Cast : Ji Sung, Seo Ji-hye, Lee Soo-kyung, Heo Sung-tae, Lee Geung-young, Oh Dae-hwan, Park Hye-eun
Production Companies: Studio Dragon, Mays Entertainment
Distributors : tvN, Disney+ Hotstar
Genre : Mystery / Thriller
Running Episodes : 16 episodes (77 minutes per episode)
Release Date : 27 July 2022 – 15 September 2022
Trailer :
'Truth holds no power unless people believe it.'
Ha Woo-Shin (Ji Sung) dan Song Soo-Hyun (Ji Sung), adik-beradik kembar yang mencari senjata pembunuhan mendiang ayah mereka. Pembunuhan yang berlaku 22 tahun lepas menjadi misteri walaupun Lee Chang-woo (Cho Seong-ha) mengaku melakukan pembunuhan tersebut dan Kim Won-Joong (Kim Jung-ho) menjadi saksi.
Sementara anak tunggal saksi, Kim Seo-hee (Lee Soo-kyung) cuba yakinkan Soo-hyun yang pembunuhan tersebut berkait dengan Chairman Kwon Jae-kyu (Lee Kyoung-young), Woo-shin pula menggunakan peluang sebagai penulis jemputan pergi ke rumah chaebol tersebut untuk mencari Adamas.
Adamas adalah perhiasan berbentuk anak panah bertatahkan permata juga berlian yang bernilai billion won. Kerana banyak mata yang tertumpu pada Adamas kerana nilainya, Woo-shin pula ingin mencuri Adamas sebagai bukti utama pembunuhan ayahnya. Eun Hye-soo (Seo Ji-hye), menantu perempuan chaebol tersebut juga bagi maklumat yang sama dan mempunyai motif untuk balas dendam terhadap Chairman Kwon kerana membunuh kekasihnya.
Naskhah berkisar pembunuhan dan chaebol merupakan tema menarik yang menjadi tulang belakang drama Adamas terbitan Studio Dragon. Macam mana chaebol kawal hampir kesemua bahagian dalam negara malah mereka antara puppet master di sebalik tag Presiden. Macam mana Team A ditubuhkan khas untuk bersihkan kerja jahat chaebol dan juga perkara lain.
Sebab utama tengok drama ni tak lain tak bukan, kerana Ji Sung gara-gara lakonan mantap. Tak hairan sangat dengan watak kembar tu sebab dalam drama Kill Me Heal Me (2015) dia pernah lakonkan lebih dari 4 watak. Setakat nak ubah personaliti yang berbeza tu apalah sangat untuk dia tambah pula kembar jarang berada dalam satu babak yang sama.
Momentum penceritaan Adamas sentiasa meningkat dari satu episod ke satu episod seterusnya kerana banyak rahsia dalam rumah Chairman Kwon dan beberapa plot twist dihidangkan menguatkan lagi genre thriller tersebut. Ada twist yang boleh ditebak sepantas kilat tapi ada misteri yang disimpan ketat oleh pengarah sampai tiba masa untuk didedahkan.
Ji Sung dengan Seo Ji-hye ada potential untuk jadi partner in crime yang kuat namun watak Woo-shin agak dominan dan tampak angkuh. Tak faham kenapa dia selalu pandang rendah pada Hye-soo sedangkan perempuan tersebut yang banyak bantu dia. Boleh nampak muka kecewa Hye-soo bila Woo-shin layan dia kasar padahal penulis tu ada tempat istimewa di hati dia sebab senyuman dia sama macam Minjo (Ahn Bo-hyun).
Watak Reporter Kim agak menjengkelkan sebab melambatkan kerja orang. Betul lah dia ketengahkan prinsip dan ihsan dia tu tapi tak kena tempat bila dia nak defend penjenayah. Macam nampak SIH lemah pula sebab tak brief dia betul-betul pasal siapa musuh atau target mereka dalam operasi tu. Antara kelemahan drama Adamas ialah mempunyai terlampau ramai pelakon sampai mewujudkan minor conflict yang tidak perlu. Patutnya SIH direct je contact Soo-hyun instead wujudkan watak Reporter Kim yang lemah. Sama juga dengan watak Dong Rim (Shin Hyun-seung) dan Security Park (Go Yoon).
Selain penceritaan, pelakon dan misteri yang diketengahkan, kagum juga dengan art team yang berjaya cipta rumah Chairman Kwon yang mempunyai seni bina unik dilengkapi sistem sekuriti tinggi. Bukan saja rekaan setiap ruang malah hiasan yang digunakan pun menepati citarasa eksklusif, sesuai dengan persona Chairman Kwon yang mementingkan kecantikan visual. Tona warna yang digunakan juga cantik malah bertambah memukau setiap kali perkataan Adamas muncul bersama font yang menghidupkan elemen aesthetic.
Memandangkan wujudnya Team A yang menjaga Chairman Kwon dan keluarganya, ada juga watak kumpulan Korean National Police Agency: Special Investigation Headquarters (SIH) yang sentiasa memerhati gerak-geri mereka. Jadi banyak lah pertarungan antara dua kumpulan ni.
Ji Sung pun ada juga tapi tak tahu lah kenapa sejak dia berlakon dalam drama Doctor John (2019), dia suka jaga muka. Pengarah pun suka betul focus muka dia kalah heroin. Kalau bertumbuk dengan orang pun, muka ada calar manja. Macam babak kereta dia meletup dekat kubur tu, ejen SIH dah barai, dia elok je terbaring dalam posisi tak mengaibkan dengan calar manja. Menangis pun handsome padahal orang lain dah meraung macam mati bini.
Tengok gaya macam drama Adamas ni akan dibikin Season 2 sebab ada beberapa persoalan yang belum terjawab. Sakit hati juga kenapa penulis simpan watak Sun (Park Hye-eun) yang psiko padahal dah layak dibunuh. Harapnya ada berita baik dari team production.
1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8.6/10
haha i tak suka drama korea ni bila director suka fokus muka pelakon penuh satu frame. tahulah kulit diorang cantik tapi xyah nak zoom dekat sangat..
dalam Devil Judge pun watak Jisung terlalu dominan sampai tenggelam watak yg lain. itu yang i malas nak tengok drama ni walaupun plot dia macam menarik juga..
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
haha i tak suka drama korea ni bila director suka fokus muka pelakon penuh satu frame. tahulah kulit diorang cantik tapi xyah nak zoom dekat sangat..
ReplyDeletedalam Devil Judge pun watak Jisung terlalu dominan sampai tenggelam watak yg lain. itu yang i malas nak tengok drama ni walaupun plot dia macam menarik juga..
Samalah.. tengok sebab Ji Sung tapi tersuka pula dekat si Sun tu.. Maybe ada season 2..
ReplyDelete