BUSANA LAGI HEBAT, DALANG LAGI SOHOR THE MASKED SINGER MALAYSIA KEMBALI UNTUK MUSIM KETIGA

Wednesday, 14 December 2022

Seringkali mencetus tanda tanya—Siapakah di sebalik topeng?, ‘The Masked Singer Malaysia’ kini kembali untuk musim ketiga! Dengan rekaan busana yang hebat-hebat belaka serta disulami suara-suara yang mantap, ‘TMSMY’ pastinya sekali lagi menggamatkan suasana dengan showmanship yang tiada bandingan.

Musim pertama ‘TMSMY’ sebelum ini telah menyaksikan penyanyi popular tanah air, Aina Abdul dinobatkan sebagai Juara dalam kostum Bunga Raya. Manakala penyanyi versatil, Shila Amzah pula merangkul kejuaraan untuk musim kedua dengan kostum Rambutan. Sememangnya ‘TMSMY’ menjanjikan kemantapan pemilik suara di sebalik kehebatan busana dan topeng pada setiap musim.

Tampil dengan lebih gah, ‘The Masked Singer Malaysia’ musim ketiga bakal membuka tirainya semula dengan kehadiran 15 orang barisan selebriti terkemuka negara yang terdiri daripada nama-nama hebat dari pelbagai cabang seni seperti penyanyi, pelakon, pelawak, personaliti TV, atlet sukan, pempengaruh media sosial dan ramai lagi. Mereka akan bertanding dan memaparkan kehebatan bakat nyanyian masing-masing di hadapan barisan juri selebriti. Hanya suara sahaja yang akan dipertaruhkan pada masa yang sama membuatkan panel juri meneka dan berdebat siapa dalang di sebalik topeng.

‘The Masked Singer Malaysia’ menggunakan format asal program realiti popular dari Korea Selatan, “The King of Mask Singer” yang juga diadaptasi di negara-negara lain seperti Indonesia, Thailand, China dan Amerika Syarikat yang berjaya mencetus satu fenomena yang cukup diminati ramai.

‘The Masked Singer Malaysia’ musim ketiga ini bakal menyaksikan penglibatan seramai lapan orang personaliti yang terdiri daripada pelbagai cabang industri hiburan untuk menduduki kerusi Juri Tetap termasuk tujuh muka baharu. Mereka adalah Elly Mazlein, Zul Ariffin, Sharnaaz Ahmad, Shuib Sepahtu, Emma Maembong, Didie Alias dan Atu Zero. Ella Aminuddin pula kembali sebagai juri untuk tiga musim berturut-turut. Manakala pengacara tersohor, Datuk AC Mizal menggalas tugas sebagai hos sekali lagi.

Mengekalkan format asal program realiti ‘The King of Mask Singer’, kesemua peserta ‘The Masked Singer Malaysia’ musim ini akan memakai kostum menutupi susuk tubuh sambil menyembunyikan identiti masing-masing. Hanya suara dan kreativiti persembahan sahaja yang akan menjadi pertaruhan untuk menentukan kedudukan peserta dari minggu ke minggu sehinggalah dinobatkan sebagai juara. Untuk musim ini, program ini akan bersiaran dalam durasi dua jam sehingga tiga jam bagi setiap episod, berlangsung selama 10 minggu dan sesi rakaman dibuat di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

Terdapat 15 kostum menarik dan unik yang akan dipakai oleh barisan peserta iaitu Mawar Berduri, Kurita, Si Tangkis, Betta Fish, Lollipop, Bertih Jagung, Zirafah, Abg Burger, Mr Parrot, Manggis, Pizza Panas, Brokoli, Nyoq Muda, Dewi Angsa dan Si Mawas. Seperti musim terdahulu, busana-busana ini direka khas oleh Akma Suriati Awang serta mendapat sentuhan istimewa daripada Hatta Dolmat.

The Masked Singer Malaysia” musim ketiga akan mula bersiaran pada setiap hari Jumaat, mulai 23  Disember 2022, jam 9.00 malam di saluran Astro Warna HD dan juga boleh distrim secara eksklusif menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel. Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM 99.99 sebulan untuk enam bulan pertama. Whatsapp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 untuk menikmati rancangan hiburan ini di Astro.

FORMAT DAN KONSEP ‘THE MASKED SINGER MALAYSIA 3’

1. Untuk 11 minggu berturut-turut, 15 selebriti akan membuat persembahan di mana mereka akan menyanyi di dalam sepasang kostum yang akan merahsiakan identiti mereka, bukan sahaja susuk fizikal, malah suara bercakap juga akan diubah.

2. Identiti sebenar barisan peserta dirahsiakan dan tidak diketahui oleh semua yang terlibat dalam program ini termasuk hos, barisan juri. Malah ia juga dirahsiakan daripada ratusan krew produksi.

3. Untuk pengetahuan anda, peserta ‘The Masked Singer Malaysia’ juga tidak mengetahui identiti di sebalik topeng peserta lain sehinggalah program ini ditayangkan di kaca TV dan sehingga peserta tersingkir menanggalkan topeng dan mendedahkan identiti sebenar.

4. Sebelum setiap persembahan bermula, paparan video klu akan ditayangkan untuk memberi petunjuk bagi membantu panel juri dan juga penonton untuk meneka dengan tepat.

5. Ketika persembahan peserta berlangsung, barisan juri akan memberi tumpuan ke pentas dan meneliti setiap aspek seperti gaya suara, karakter di pentas, gaya bahasa badan dan setiap pergerakan peserta untuk meneka siapakah identiti selebriti disebalik topeng. Juri dipertanggungjawabkan untuk kesemua 100 peratus pemarkahan.

6. Selesainya setiap persembahan, pihak juri akan cuba untuk meneka siapakah selebriti di sebalik topeng tersebut.

7. Juri akan memberikan markah bagi setiap persembahan dan peserta yang menerima markah terendah akan disingkirkan pada minggu tersebut.

8. Selepas pengumuman penyingkiran dibuat di akhir rancangan, detik yang paling ditunggu-tunggu dan mendebarkan adalah saat peserta tersingkir menanggalkan topeng dan mendedahkan identiti misteri mereka buat pertama kali di hadapan hos, barisan juri dan juga penonton.

9. Peserta terakhir yang akan didedahkan identitinya pada episod terakhir merupakan juara program realiti ‘The Masked Singer Malaysia’ musim ketiga!

KENYATAAN RASMI WAKIL ASTRO

Norzeha Mohd Salleh - Ketua Saluran Astro Warna

“Apa yang membezakan Astro dengan pesaing-pesaing yang lain adalah kualiti dan kesungguhan kami dalam memberikan hiburan premium kepada masyarakat Malaysia. Ini termasuk mengadaptasi rancangan-rancangan bertaraf antarabangsa yang ternyata terbukti berjaya.

‘The Masked Singer Malaysia’ menunjukkan formula adaptasi mampu menarik minat jutaan penonton, di mana-mana platform Astro dengan nilai produksi yang tinggi, setanding dengan negara-negara lain yang turut mengadaptasi rancangan tersebut. Dengan kejayaan musim sulung dan keduanya, Astro tidak teragak-agak untuk membawa semula ‘TMSMY’ untuk musim ketiga. Tampil dengan lagi gah dan vibrant, ‘TMSMY’ kali ini tidak akan lekang oleh waktu, malah tidak akan kering daripada elemen-elemen hiburan yang penuh dengan kejutan. 

Kali ini, kami akan menampilkan 15 figura-figura tanah air yang tidak asing lagi, namun pastinya identiti mereka dirahsiakan di sebalik topeng berbusanakan rekaan-rekaan hebat. Setiap musim, kami pasti akan naikkan tahap pertandingan kami dengan kostum yang lagi hebat dan menakjubkan. Koleksi busana kami kali ini menggambarkan betapa eklektiknya design atau rekaan Akma Suriati Awang yang turut mendapatkan sentuhan istimewa Hatta Dolmat.

Selain daripada itu, kami turut memaparkan banyak muka-muka baharu sebagai Juri Tetap kami yang semestinya akan menghangatkan lagi rancangan kegemaran ramai termasuk Zul Arrifin, Shuib Sepahtu dan Sharnaaz Ahmad. Ternyata rancangan seperti ini turut menarik minat selebriti-selebriti tersohor negara bukan sahaja untuk menyertainya malah untuk menjadi juri.

Pihak Astro amat berharap agar musim ketiga kekal mengungguli hati rakyat Malaysia dengan nilai produksi yang hebat serta suara-suara mantap di sebalik topeng. Pasti semua tidak sabar untuk memula meneka-- Siapakah dalang di sebalik kelima belas topeng yang ada? Kita tunggu dan lihat!”

‘THE MASKED SINGER MALAYSIA 3’

3 comments

  1. wah..nak mula dah. suka tgk ni ramai2, pas tu teka...hiburan 1 family gitu

    ReplyDelete
  2. Lain macam kostum diorang.. Suka tengok mawar berduri dengan manggis..

    ReplyDelete
  3. harap juri tak over terjerit-jerit masa penyanyi tengah buat persembahan la macam tahun lepas itu je di pinta hehhehhe

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.