Blog Performance November 2022

Thursday, 1 December 2022


Kalau orang tanya macam mana bulan November, jawapannya macam Jisoo kata 'Not bad, but not good'. Hujung tahun kalau tak berkicap ketiak semua kerja tak sah. Nak jadi lipas kudung pun tak mampu sebab tangan ada dua, otak ada satu. Beria sangat kang ada yang MC sebab bp drop. Bulan 9 dah kena, takkan nak kena lagi. Kerja makin menimbun, nak sakit atau cuti pun tak tenang T.T

1. PV


Performance bulan November makin merudum ye, jauh beza betul dengan bulan Oktober. Memandangkan bulan ni bertambah kerja sebab kena ganti colleague sepanjang dia maternity leave, maka tak ada la berbalas kunjungan. Nak update sehari pun tak mampu. Masa weekend baru sempat update review yang dah terperam lama. 

Tapi okay lah kot sebab daily PV 2k ke atas dan paling tinggi pun sampai 7k masa minggu kedua. Mungkin sebab I update review Pengabdi Setan 2 dan drama review Rampas Cintaku sebab tengah hype masa tu. Untuk all stats PV, sekarang dah cecah 3.4 juta so harapnya bulan Disember boleh cecah 3.5 juta pulak. Tak nak target banyak sebab takut tersasar hihu

2. Posts


Terkejut masa dapat email dari Google Search Console sebab movie review filem Qodrat dapat banyak pageclicks. Dalam Popular Post pun duduk tangga kedua untuk bulan November. Tengok Popular Post memang penuh dengan review je lah sebab bulan ni update review je. Press release tak dapat banyak pun maka kena lah pulun update. Nasib baik bulan November banyak movie dan dramaa yang best. 

3. Bilangan Entri

Pulun update pun bila congak balik rupanya tak boleh nak cecah target jugak sampai 60 entry. Bulan November short 10 entry, lagi teruk dari bulan Oktober. Nasib baik lah dekat bulan May dah pulun sampai 90 entry jadi tak lah jauh beza dengan himpunan entry tahun lepas. Bulan Disember ada 2 kali public holiday dan tak ada event lagi so far so nak try cecah 60 entry ataupun lebih. Movie pun banyak lagi tak tertengok dan few pending reviews. Menangis lah macam ni T.T

For my readers and blogger friends, thank you for visiting and your comment very much appreciated. Stay safe everyone :)

7 comments

  1. keep it up!!! bagus wat mcm ni kannn

    ReplyDelete
  2. daily PV ammi alahaiiiii celah gigi PV awak je.
    kerja memang tak akan pernah habis..tapi bila kena relief orang lagilah stress dia lain maciam sbb nak jaga dateline dia...dateline kita.

    ReplyDelete
  3. WOW! Hebatnya PV. Tahniah Farhana

    ReplyDelete
  4. Hujung taun je sebok dia lain macam kan Farhana.. Apa pun take care tau.. Buat ikut kemampuan je.. Jangan over do.. Paling penting kesihatan.. Nanti dah tenang tenang boleh berbalas kunjungan..

    ReplyDelete
  5. walaupun drop banyak masih lagi maintain 100k pv. goodluck untuk penghujung tahun :)

    ReplyDelete
  6. Perghhh..PV Masih di tahap Okayh ek..walaupun x berapa nak hapdet....Nice ye...x payah risau sgt..huhu

    ReplyDelete
  7. Tahniah, Kak Farhana. Semoga dipermudahkan urusan untuk tulis entri dengan lebih kerap lepas ni.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.