Beri Sumbangan Kepada Asnaf PPR Lembah Subang 2

Friday, 2 December 2022


Selain bantu klien dalam urusan guaman, ada juga urusan lain yang diberikan perhatian seperti beri sumbangan kepada yang memerlukan menggunakan harta pusaka yang diamanahkan dari pengurus tadbir. Bulan lepas kami diberi kesempatan untuk beri sumbangan kepada beberapa orang asnaf di kawasan PPR Lembah Subang 2. 

Kalau ikutkan perlu bagi kepada 5 buah keluarga asnaf tapi ada yang kena pergi buat rawatan susulan dengan doktor pakar dan ada juga yang terpaksa ditahan di wad. Kita mampu merancang saja untuk program ni tapi ikut rezeki masing-masing lah macam mana. 


Nak berurusan di sini, kami berjumpa dengan Puan Bada selaku AJK Surau PPR Lembah Subang 2 untuk tahu status asnaf. Kemudian cari tarikh yang sesuai untuk buat program sumbangan tu. Memandangkan PPR Lembah Subang 2 ni dekat saja dengan pejabat Ram Reza & Muhammad cawangan Petaling Jaya, tak ada masalah sangat lah untuk pergi setiap rumah untuk bagi sumbangan. Bajet dalam sejam setengah dah habis sebab setiap rumah berbeza blok jadi kena berjalan lebih sikit. 

Sambil berjalan tu sambil ambil tahu kawasan kejiranan PPR Lembah Subang 2. Kawasan ni memang terjaga lah sebab sekitar koridor, kawasan tangga dan laluan semuanya bersih dari sebarang tahi kucing atau sampah. Setiap blok pun nampak cantik dan bersih sebab dijaga oleh AJK Surau dan JMB. 


Lawatan pertama ke rumah penjual satay yang mesra dipanggil Abang Jo di mana baru saja sembuh dari strok. Masa PKP dulu terlantar atas katil sebab strok dan tak boleh bekerja langsung. Lepas makan ubat, buat rawatan susulan dengan fisio baru keadaan beransur pulih. Masa melawat tu pun tangan sebelah kiri belum dapat grab barang sepenuhnya. Ada masa tak boleh bergerak langsung. Ada masa terketar-ketar. 


Walaupun sumbangan kami agak lambat namun sekurang-kurangnya dapat bantu tampung perbelanjaan harian yang lain. Mungkin boleh juga guna duit sumbangan tersebut untuk beli supplement supaya badan Abang Jo makin kuat untuk berniaga semula. 

Rumah kedua pula melawat warga emas yang tinggal dengan anak bongsu tapi masa kami datang ni anak dia keluar bekerja. Kebanyakan masa berehat atas katil atau kerusi malas di ruang tamu sebab tak kuat untuk bergerak. Nak bercakap pun perlahan saja suaranya sebab dah uzur. 



Rumah ketiga pula tak ada respon, mungkin sebab tak sihat sangat. Sebelum datang katanya ada dekat rumah tapi bila datang panggil tak menyahut. Maka terpaksa lah kami tinggalkan saja duit sumbangan kepada Pn. Bada dan AJK surau yang lain. Semoga sampai lah kepada keluarga yang memerlukan. 


PPR Lembah Subang 2 ada banyak program dan aktiviti kejiranan, kalau ada rezeki dan kelapangan Insya-Allah akan pergi dan join aktiviti dekat sini sebab dekat je dengan office. Lepas ni kalau nak bagi sumbangan pun dah tahu mana nak pergi dan dengan siapa nak berurusan. Sesuai lah dengan objektif CSR firma untuk bantu masyarakat sekitar. Semoga dengan sumbangan kami dan klien dapat bantu sedikit sebanyak keluarga yang memerlukan. 

1 comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.