Producer : Jung Chul-min
Cast : Yoo Jae-suk, Oh Na-ra, Jeon So-min, Jessi, Mijoo (Lovelyz), Lee Sang-yeob, Jo Se-ho, Choi Tae-joon
Production Company : tvN
Distributor : tvN, Viu
Genre : Mystery / Comedy
Running Episodes : 14 episodes (90 minutes per episode)
Release Date : 18 March 2022 – 17 Jun 2022
Episod bermula dengan hujan di musim bunga dan mereka semua berkumpul di dalam kedai barangan antik sementara membincangkan topik sebelum bergerak ke destinasi. Masa diorang shoot episod ni, Jessi bagitahu dia busy dengan lagu Zoom. NaRa nak join music video Zoom tapi Jessi segan nak bagi orang lain join sebab tak senonoh sikit lagunya. Tapi Mijoo, NaRa dengan Soomin bukannya jenis yang behave pun dalam rancangan tu.
Beria Mijoo dress up macam remaja dalam Episod 4 sebab ada Choi Tae-joon yang kacak walaupun berpenampilan serba ringkas. Nasib baik Tae-joon dah kahwin dengan Park Shin-hye, kalau tak lagi menjadi lah Mijoo menggedik. Sweet bila tengok Jae-seok pakai topi Lovelyz sebab Mijoo bagi merchandise tu tapi sebab masuk tv terpaksa lah editor blurkan nama girl group tu.
Topik kali ni ialah Cart before the horse: The main dish is just for show. Tempat pertama ialah cyber café yang menghidangkan sashimi. Tak ada yang pelik pun dengan internet café yang keluar dari kebiasaan sebab dekat Korea, internet café adalah tempat untuk orang spend time seharian di situ. Dalam drama Korea banyak je internet café yang hidangkan menu makan tengahari ataupun makan malam. Dari snek hingga lah makanan berat, semuanya ada. Malah internet café yang sediakan tilam pun dah wujud.
Restoran kedua ialah restoran yang mempunyai pekerja yang kacak dan cantik untuk tatapan para pelanggan. Menariknya restoran ni kaut hasil jualan sehingga 50 juta won setiap bulan dengan menggunakan konsep tersebut. Bukan setakat pekerja saja mempunyai fizikal seperti model malah restoran juga Instagramworthy dengan suasana yang nyaman dan makanan yang sedap.
Awalnya mereka berlima cuma upload video dekat Instagram dan Youtube untuk bagitahu pelanggan tentang restoran Concrete Jungle tapi jadi viral sebab menawan. Sementara pekerja lelaki bertugas sebagai chef di dapur yang menghadap ruang makan, pekerja perempuan pula bertugas sebagai pelayan restoran.
Jae-seok syak restoran ni fake tapi semua orang happy dapat merasa makanan sedap yang dihidangkan. Jae-seok makan sampai tumpah dekat baju. Happy la dia dapat makan ramyeon sedap sebab dia minat dengan sebarang jenis mi.
Tempat terakhir ialah restoran BBQ Korea yang menghidangkan aiskrim berperisa Galbi sehingga melonjakkan jualan mereka. Sang-yeob menjerit masa nampak aiskrim tu sebab kawan dia hadiahkan food truck dengan aiskrim yang sama dekat set.
Sebelum ni owner buka restoran dengan dua orang anak lelaki tapi bila anak perempuan tamat pengajian, dia cuba cipta aiskrim berperisa makanan Korea macam sujeonggwa, sikhye, dongchimi, perisa daging rusuk dan banyak lagi.
Dari awal sampai ke hujung becok betul mulut Tae-joon cari hint lah, cuba semua makanan yang ada sampai Jae-seok tanya kalau dia nak try jadi permanent cast dekat The Sixth Sense memandangkan Soomin tak ada.
‘I think Jae-seok is the spy because he won’t acknowledge what I’m doing. Everytime I ask a good question, he shoots it down. I thought he’d help me out since I haven’t been on TV in a while.’ – Tae-joon
Kalau team production nak tambah orang dekat Musim 4 nanti please panggil Tae-joon sebagai cast tetap sebab dia seorang yang kelakar dan masuk air. Tenggelam terus Sang-yeob yang dah memang sedia tenggelam dari musim pertama dulu. Function teruk lah Tae-joon dalam episod ni selain aktif cari hint, meriahkan suasana lepastu siap jadi driver lagi. Beruntung betul isteri dia dapat suami macam ni.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.