TV Show Review | The Sixth Sense Season 3 Episode 11

Wednesday, 9 November 2022

Producer : Jung Chul-min

Cast :  Yoo Jae-suk, Oh Na-ra, Jeon So-min, Jessi, Mijoo (Lovelyz), Lee Sang-yeob, Jeon So-min, Noh Sa-yeon, Kang Daniel

Production Company : tvN

Distributor : tvN, Viu

Genre : Mystery / Comedy

Running Episodes : 14 episodes (90 minutes per episode)

Release Date : 18 March 2022 – 17 Jun 2022

Comel betul Sang-yeob ajar Jessi baca Hangeul dekat coffee truck yang peminat dia hantar untuk celebrate birthday Sang-yeob yang ke-39. Dalam episod ni So-min datang balik ke set, tak pasti lah sebab birthday Sang-yeob ataupun sebab Kang Daniel datang. Sweet tengok team production buat birthday cake untuk Sang-yeob tapi semua orang taknak Sang-yeob jadi host sebab bosan. 

Mengamuk Mijoo bila tahu Kang Daniel nak datang tapi dia pakai biasa-biasa je. Sakit hati dia PD tak bagitahu langsung siapa tetamu jemputan padahal idol comel. Kang Daniel dijemput datang untuk promote album baru, The Story. Mungkin Jessi yang suruh jugak sebab diorang ada duet sama-sama dalam lagu Don’t Tell.

Menarik topik dalam episod ni sebab berkaitan dengan figura bersejarah negara Korea iaitu Mun Ikjeom di mana dia adalah orang pertama yang bawa benih kapas ke Korea buat pertama kali. Topik The Mun Ikjeom of restaurants! The first ever restaurants bawa 3 restoran yang menggunakan konsep ni di sekitar Seoul. 

Restoran pertama ialah restoran Portugis yang pertama di Korea. Manager restoran pernah bekerja di restoran Portugal dan balik ke Korea untuk buka franchise selepas 5 tahun di sana. Walaupun restoran ni baru berusia 3 tahun di Korea tapi restoran asal dah beroperasi selama 150 tahun. Masalahnya Mijoo, Na Ra, somin dengan Jessi tak banyak tanya pun pasal restoran atau makanan sebab manager tu handsome kemain. Menyampah Jae-seok tengok perangai gedik masing-masing. 

Terliur tengok makanan Portugal yang dihidangkan sebab guna sotong memandangkan Porto terletak di kawasan perairan. Sa-yeon kata rasa arroz de Polvo macam lebih kurang makanan Korea mungkin sebab kuah dia yang pedas dengan pes tomato yang banyak. Menu kedua ialah cold pasta yang menggunakan chipirones iaitu anak sotong yang hanya boleh dijumpai di Laut Mediterranean. Menu terakhir ialah francesinha yang menggabungkan roti dengan daging kemudian ditutup dengan lapisan keju yang tebal. Na Ra dengan Jessy happy dapat makan francesinha sebab daging tu sedap.

Restoran kedua ialah restoran sushi yang menghidangkan sushi sepanjang 50m dan dipatenkan. Paten pertama ialah label ‘Tail Sushi’ manakala paten kedua pula cara pembuatan sushi tersebut. Owner memang personally minta team production masukkan sushi dia dalam rancangan The Sixth Sense untuk promote sushi yang unik ni. 

Walaupun unik tapia gak susah nak makan sampai Kang Daniel ambil masa untuk habiskan satu sushi. Sang-yeob kata restoran sushi ni macam fake sebab cara pemotongan sushi tu benda biasa dan tak perlu sampai kena paten. Hint dari team production pun tak ada kaitan dengan restoran sushi. 

Mijoo, Jessi, Na Ra dengan Somin syak Jae-seok spy untuk Episod 11 seperti kebiasaannya sebab apa yang dia cakap mesti tiba-tiba. Ada je yang dia nak petik. Jae-seok kata muka diorang berempat nampak serupa bila judge so dia ambil gambar untuk buktikan pandangan tu. 

Restoran terakhir ialah barbecue restoran di Seoul yang menghidangkan saluran darah dan putting babi. Di daerah Chungcheong saluran darah babi dijual di Chungju, Cheongju dan Goesan. Owner restoran tu pertama kali cuba saluran darah babi masa umur 20 tahun dan dia dah jual bahagian ni selama 20 tahun berniaga. Bahagian putting babi pula tak ada putting tapi daging di sebaliknya. 

Jae-seok kembang tekak nak makan walaupun Somin kata sedap sebab owner dah perap elok. Saluran darah agak kenyal tapi sedap dimakan. Na Ra syak owner bagi daging bahagian lain sebab diorang bukannya tahu pun owner ambik dari bahagian mana. Kang Daniel pula pertikaikan saiz saluran darah tu sebab besar. Kalau lembu mungkin betul saiz dia besar macam tu. Susah untuk kedua-dua team pilih restoran mana yang palsu sebab masing-masing ada keunikan tersendiri. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.