TV Show Review | The Sixth Sense Season 3 Episode 10

Wednesday, 9 November 2022

Producer : Jung Chul-min

Cast :  Yoo Jae-suk, Oh Na-ra, Jeon So-min, Jessi, Mijoo (Lovelyz), Lee Sang-yeob, Nucksal, Code Kunst

Production Company : tvN

Distributor : tvN, Viu

Genre : Mystery / Comedy

Running Episodes : 14 episodes (90 minutes per episode)

Release Date : 18 March 2022 – 17 Jun 2022

First time tengok Code Kunst dekat variety show (sembang macam tengok banyak variety show). Untuk Episod 10 ni team production panggil Code Kunst dengan Nucksal sebagai panel jemputan untuk teka yang mana asli dan rekaan semata. Code bagitahu Mijoo happy bila ZICO dengan Gray datang set sebab diorang handsome tapi dia dengan Nucksal level sederhana dan tak seteruk Jee Seok-jin.

Jae-seok risau bila tengok Code Kunst dekat set sebab dalam episod ni diorang akan pergi makan dekat beberapa tempat sedangkan Code ada penyakit aneroxic. Dia boleh hidup dengan makan 2 lapis rumpai laut kering sehari. 

Topik untuk Episod 10 ialah ‘It exists or it doesn't’ di mana tempat pertama ialah kedai basikal yang mempunyai pelbagai jenis basikal. Pelbagai jenis tu bukan terbahagi kepada pengguna dewasa ataupun kanak-kanak tapi basikal unik yang tak pernah dijumpai dekat mana-mana tempat. Ada basikal digabungkan dengan kerusi roda, basikal berbentuk bulat dengan 5 bangku dan pedal, basikal dengan threadmill, basikal tinggi, basikal segi tiga dan banyak lagi. 

Kelakar tengok perangai Code dekat kedai basikal ni sebab muka dia nak try semua jenis basikal tapi muka sepesen je. Jae-seok dengan Na Ra pun happy try semua basikal unik yang ada. Semua basikal dekat kedai tu direka dan dihasilkan sendiri oleh owner. Ada juga klien yang datang minta hasilkan basikal yang sesuai ikut citarasa dan fizikal mereka supaya selesa digunakan semasa ride. 

Tempat kedua pula ialah restoran yang tidak mempunyai meja ataupun kaunter. Asalnya restoran tersebut adalah bekas kilang kemudian diubah suai menjadi restoran tapi owner nak keluar dari kebiasaan. Tak ada hiasan sangat pun kecuali skirt putih di dinding kedai. Kedai tu pun malap sebab owner tak letak banyak lampu. Sinki dekat tandas pun pecah untuk sesuaikan dengan konsep restoran tersebut. 

Jessi dah bising bila tengok skirt satu hal lepastu owner restoran nak masakkan mi untuk Jae-seok sebab Jae-seok suka makan yang tu. Jae-seok syak Nucksal spy untuk minggu tu sebab dia boleh faham seni yang dibawa oleh owner restoran kosong. Tak kisah pun dengan untung ataupun jualan asalkan seni restoran tu sampai kepada pelanggan. 

Tengok makanan yang dihidangkan dekat situ simple je, sesuai dengan konsep restoran. Kalau I rasa nak makan something yang simple dan sedap, memang restoran tu lah yang dicari. Beef brisket dengan daun chinwamul nampak sedap. Tak luak langsung makanan Mijoo dengan Na Ra sebab Code tak makan sangat. Jae-seok membebel sambil suap mi masuk mulut sebab tu laju habisnya. 

‘You don’t need music because people make music talking. That’s the concept here. Don’t you think so?’ – Na Ra

Tempat terakhir ialah restoran barbecue yang jual daging diperam selama 480 jam lamanya. Daging yang diperam semuanya naik kulat supaya rasa daging berbeza dengan daging biasa. Untuk perapan pula, suhu, kelembapan dan angin adalah 3 faktor yang main peranan penting. Kalau tersilap sikit dah boleh rosakkan kualiti daging dan hilang nilai komersial. Disebabkan perkara tu, restoran tersebut mempunyai storage tersendiri.

Sangyeob kata daging tub au macam keju, mungkin sebab cara perapan tu sama. Dekat Europe ada keju yang tumbuh kulat biru. Lagi lama diperap, lagi wangi dan berkualiti keju tu. Konsep yang sama juga lah untuk daging ni. 

Jae-seok kata restoran ketiga tu asli sebab daging berkulat tu unik malah cara chef tu bercakap pun nampak dah biasa explain dekat pelanggan. Tapi Sangyeob, Na Ra dengan Code rasa restoran tu palsu sebab kulat dekat daging tu hilang lepas beberapa jam macam dry ice yang cair bila defrost something. Yang mana satu betul, yang mana pula rekaan kena tengok lah episod ni. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.