TV Show Review | The Sixth Sense Season 3 Episode 2

Monday, 7 November 2022

 

Producer : Jung Chul-min

Cast :  Yoo Jae-suk, Oh Na-ra, Jeon So-min, Jessi, Mijoo (Lovelyz), Lee Sang-yeob, Kim Hye-yoon, Nam Yoon-su

Production Company : tvN

Distributor : tvN, Viu

Genre : Mystery / Comedy

Running Episodes : 14 episodes (90 minutes per episode)

Release Date : 18 March 2022 – 17 Jun 2022

Episod 2 diteruskan dengan tema makanan di mana team production The Sixth Sense Musim 3 datang dengan 3 restoran yang sukar untuk terlepas dari pandangan mata. Restoran pertama merupakan restoran sashimi yang menghidangkan 60 side dishes. 

Walaupun semua orang terkejut tapi bukan sesuatu yang mengejutkan pun di kawasan tersebut sebab Jeti Yeonan tempat naik ikan, Restoran My Hometown yang sudah beroperasi selama 31 tahun ni ada meja yang panjang sebab nak letak semua 60 jenis side dishes tu kena la ada meja yang luas. 

60 side dishes yang dihidangkan adalah udang karang, samgyetang, bulgogi, mulhoe, sotong batang, ketam yang diperap dengan kicap, sotong hidup, abalone sashimi, conger sashimi, sea squirt, gamat, kerang, makanan bergoreng, cendawan yang digrill, kacang pea, limau, larva, susubukkumi dan ikan. Tengok pada set hidangan di restoran My Hometown ni memang sesuai dimakan kalau pergi makan dengan keluarga sebab merepek betul kalau boleh habiskan seorang. 

Lepas dah kenyang makan dan main game di My Hometown, team Sixth Sense bergerak ke restoran kedua yang menghidangkan makanan BBQ Korea menggunakan conveyor belt. Dalam perjalanan tu Jessi merungut sebab Sang Yeob dah tak romantik macam musim sebelum-sebelumnya. Dah masuk musim 3 pun tak ada progress lagi diorang berdua ni padahal rating mencanak sebab video sweet diorang dekat TikTok bersepah. 

Jae-seok nasihatkan Jessi supaya relaks je sebab kalau diorang bercinta lepastu putus nanti mesti awkward nak shoot sama-sama. Tapi kalau Mijoo nak start dating, dia kena go through committee dekat Antenna Entertainment dulu. Antara committee member tu Jae-seok, Sang Yeob dengan HaHa. 

Restoran kedua ni agak eksklusif interiornya, kecil dan mempunyai conveyor belt untuk setiap bahan BBQ. Dekat satu ruang ada deretan minuman alkohol berjenama dan juga ada baju plastic untuk elak bau asap melekat pada pakaian. 

Sama juga macam restoran sushi yang menggunakan konsep rotating belt, restoran BBQ ni juga menggunakan pinggan berwarna untuk menentukan harga setiap bahan. Untuk daging pula, owner akan sediakan bila ada pelanggan saja sebab daging tak boleh dibiarkan di luar terlalu lama sebab tak nak kualiti daging terjejas. 

‘The place is real. The side dishes are all typical barbecue sides.’ – Mijoo

Hye-yoon pula rasa restoran kedua fake sebab tak ada ventilation untuk asap bila grill bahan atas pemanggang. Jessi dah bising sebab asap asyik pergi dekat muka dia. Hye-yoon tambah lagi BBQ guna rotating belt tu memang menarik tapi tak selesa nak makan sebab sibuk nak mengejar bahan dekat rotating belt. Jessi pula tambah yang tempat duduk terlampau dekat sampai nak makan pun asyik berlaga siku dengan orang sebelah. 

Restoran ketiga, Coco tarik minat semua orang sebab ada kek yang direka seperti beg berjenama. Nara, Mijoo, Jessi happy teruk sebab ada kek bentuk Prada, Hermes dan LV dekat display. Jae-seok pertikaikan penggunaan logo dan nama sebenar semua kek dekat situ sebab sama sangat dengan handbag sebenar. Takkan tak ada isu copyright walaupun cuma miniature pada kek. Nam Yoon-su kata mungkin sebab display tak lama, masuk mulut customer terus hilang beg tu. 

‘According to legal person, these cakes do not violate Trademarks Law or Unfair Competition Act. Nor does it lead to confusion of the source. Furthermore, what I do is considered an homage to portray the respect I have for that brand.’ – Coco owner

Kek yang ada di Coco adalah kek whipped cream yang dibuat sendiri oleh owner. Kek di Coco ada perisa strawberi, blueberry, coklat, green tea dan grapefruit earl grey. Idea penghasilan kek bertemakan handbag ni bermula bila kawan owner request kek dengan bentuk handbag mewah untuk melamar teman wanita dia. Dari situ, dia mula dapat perhatian dan demand untuk kek bentuk handbag dengan harga 150 hingga 180 dollar. 

Susah nak teka restoran mana yang asli ataupun rekaan team production sebab masing-masing ada fishy spot masing-masing. Spy pun bijak betul untuk episod kali ni sebab tak ada sorang pun expect identiti spy tersebut. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

1 comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.