Producer : Jung Chul-min
Cast : Yoo Jae-suk, Oh Na-ra, Jeon So-min, Jessi, Mijoo (Lovelyz), Lee Sang-yeob, Jeon So-min, Aiki, no:ze
Production Company : tvN
Distributor : tvN, Viu
Genre : Mystery / Comedy
Running Episodes : 14 episodes (90 minutes per episode)
Release Date : 18 March 2022 – 17 Jun 2022
Sama dengan Episod 8, Somin datang juga ke set The sixth Sense sebagai panel jemputan untuk hilangkan rindu panel yang lain. Jae-seok pantang betul kalau Mijoo ataupun Somin braid rambut sebab dia kata sama macam ikan masin kena gantung dekat pasar. Dok sibuk argue pasal fesyen masing-masing Somin tanya kenapa semua orang tak perasan yang Jessi dengan Sang Yeob pakai baju warna matching. Patutnya diorang pakai episod lepas sebab boleh match dengan warna mint chocolate chip tteokbokki.
Tetamu jemputan The Sixth Sense kali ni antara yang popular di Korea melalui dance survival show, Street Woman Fighter – no:ze dan Aiki. Riuh set bila no:ze dengan Aiki show off dance skills diorang. Mijoo dengan Somin paling kecoh sekali. Melambung betul pujian bila tengok performance tu. Happy Jessi bila no:ze dengan Aiki menari lagu Zoom. Sejak lagu Zoom keluar, PD bermurah hati betul promote lagu baru Jessi.
Topik untuk Episod 9 ialah ‘Why are you here?! Restaurants with unusual combinations.’ Di mana setiap restoran gabungkan dua konsep berbeza untuk tarik pelanggan. Restoran pertama, Milan Driver’s Restaurant menggabungkan makanan Itali dengan Korea. Chef dapat idea masa dia pergi ke Milan dan bawa balik vibe tersebut ke Korea.
‘The soft tofu in this cream taste like cheese. I don’t really like creamy pasta though.’ – Jae-seok
Terliur tengok diorang makan soft tofu boiled-down doenjang pasta sebab lebih kurang carbonara pasta cuma chef tambah tofu lembut dalam masakan. Lepastu makan pasta dengan doenjang. Doenjang ialah pes soya diperbuat dari kacang soya yang diperam. Kuantiti dalam masakan tak boleh banyak sangat sebab rasa dia masam dan masin. Nak tau rasa doenjang macam mana, makan lah taucu haha.
Joenju bibim pasta pun nampak sedap mungkin sebab presentation dia menarik kot. Pasta biasa yang ditambah sayur, daging mentah dengan telur mentah. Jessi suka dengan semua menu sebab bau Itali tu kuat walaupun ada bahan makanan Korea.
Restoran kedua ialah restoran yang menghidangkan Dongamtang, gabungan menu Gamjatang dengan Tonkatsu. Kalau ikutkan resipi ni baru lah sebab gamjatang makanan berkuah, tonkatsu pula daging babi bersalut breadcrumbs. Memang tak ada lah orang nak buat sebab bila serve, tonkatsu tu akan lemau dan kuah pun akan jadi berminyak.
Bila makan Dongamtang tu semua puji tonkatsu dia sedap tapi kuah tu rasa macam budae jjigae sebab kuah dia tak pekat sangat macam gamjatang. Na Ra pula cakap kimchi lobak putih tak sedap bila makan dengan kuah gamjatang. Sang Yeob dah mula syak restoran kedua tu fake, somin pun cakap breadcrumbs dari tonkatsu tu mula rosakkan rasa kuah bila dibiarkan lama.
Kelakar bila tengok Jae-seok kena marah dengan Jessi dan Mijoo bila dia minta jjajangmyeon dekat owner restoran padahal restoran ketiga akan hiding menu yang sama. Chef di restoran ketiga pula gabungkan jjajangmyeon dengan samgyeopsal. Disebabkan gabungan dua menu popular ni, restoran tersebut dapat jualan setinggi 80,000 dollar sebulan.
Jae-seok rasa restoran ketiga tu fake sebab portion dia terlampau banyak untuk seorang tapi Na Ra kata side dishes dengan main dish adalah gabungan yang sesuai sebab semua side dish tu hilangkan rasa berminyak. Menariknya dalam episod ni kedua-dua team pilih Somin sebagai spy tanpa sebarang sebab, saja nak petik nama Somin. Betul ke tak tekaan tu kena tengok sendiri lah episod ni.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.