TV Show Review | The Sixth Sense Season 3 Episode 13

Wednesday, 9 November 2022

Producer : Jung Chul-min

Cast :  Yoo Jae-suk, Oh Na-ra, Jeon So-min, Jessi, Mijoo (Lovelyz), Lee Sang-yeob, Kim Ji-min, Kim Min-kyu

Production Company : tvN

Distributor : tvN, Viu

Genre : Mystery / Comedy

Running Episodes : 14 episodes (90 minutes per episode)

Release Date : 18 March 2022 – 17 Jun 2022

Excited tengok teaser dalam Episod 12 sebab episod ni Kim Min-kyu datang. Dia pelakon handsome yang berlakon second lead dalam drama Business Proposal (2022). Macam mana Mijoo happy tengok Min-kyu, macam tu jugak lah berbunga bila tengok episod ni. Dah la handsome, ada lesung pipit dalam pulak tu.

Makin happy Mijoo bila Min-kyu bagitahu yang dia suka lagu Ah Choo! Padahal lagu tu dah 7 tahun lebih. Jarang tetamu recognize siapa Mijoo tapi Min-kyu bawa berita gembira untuk Mijoo. Jae-seok pun tak larang Mijoo menggedik minggu ni. 

Topik episod ni ialah ‘Unique cohabitations that unexpectedly go well together’ di mana dua konsep digabungkan dalam satu tempat. Macam tempat pertama, pusat karaoke ada meja study untuk pelajar siapkan tugasan. Dalam drama Hospital Playlist (2020) diorang akan pergi karaoke untuk release tension jadi sama lah dengan pusat karaoke ni. 

Jessi kata susah nak percaya tempat ni wujud sebab pelanggan cuma perlu bayar 10 dollars untuk 7 jam. Tapi boleh jadi tu strategi owner untuk secure jualan sebab kebanyakan yang datang adalah pelajar sekolah dan universiti. Pusat karaoke dia terjejas sebab pandemik jadi dia kena keluar dari kebiasaan. 

Tempat kedua ialah restoran mi yang dijual di kedai buah yang terletak di kawasan perumahan. Tak mustahil pun sebenarnya konsep ni sebab dua-duanya makanan yang serasi digabungkan. Pemilik restoran tersebut sebenarnya mempunyai kedai buah di Seoul jadi dia guna buah-buahan bermusim sebagai topping dalam hidangan mi. Macam buah strawberry sebagai topping untuk bibimguksu. 

Bukan luar biasa sebab dekat Cameron Highland dah buat macam ni dengan aiskrim strawberry, nasi lemak sambal strawberry. Tu belum masuk cendols durian yang famous dalam Kampung People. Menu Korea pun selalu guna buah pir sebagai topping untuk ramen atau mi sejuk bila masuk musim panas. 

‘Maybe I’m being too pedantic. It’s just the sauce tastes like the sauce in “Bae Hong Dong’.’ – Jae-seok

Tempat ketiga ialah café untuk anjing peliharaan yang menghidangkan menu fine-dining. Jessi senang betul terbeli dengan café ni sebab dia ada anjing. Sang-yeob dengan Min-kyu terhibur bila CEO explain pasal café dia sebab memory lost bila nervous sangat. 

PD bagitahu memandangkan panel tak boleh makan menu yang dihidangkan dekat situ, crew bawak Chewie (anjing Jessie), Marble (anjing manager Na Ra) dengan Couque kepunyaan PD. Chewie comel tapi sama macam Jessi jugak perangainya, garang betul kalau ada yang nak pat dia. Couque pula aktif berlari sana sini sampai Na Ra tak larat nak kejar. Marble taknak duduk dekat meja tapi nak stay dengan tuan dia. Geram je tengok Marble sebab comel sangat. 

Menarik tengok menu yang disediakan oleh owner café sebab kaya dengan protein yang diperlukan oleh anjing dan dihidangkan secara eksklusif. Couque laju betul makan sampai comot bulu dia bila gelojoh sangat. Chewie tak angkat muka langsung bila makan sampai jilat pinggan hingga licin. Jessi dah tahu nak bawak Chewie pergi mana kalau nak makan sedap. 

Power betul café ni sebab sediakan steak dan wain untuk anjing makan. Terkejut Jessi tengok Chewie makan sebab sedap sangat. Ji Min sibuk jaga Couque sampai dia pun cuba sekali menu tu. Tak ada masalah pun nak makan sebab bahan yang sama je owner café guna. Ji Min kata macam isi dumpling yang diorang biasa makan. 

Susah nak teka yang mana satu palsu sebab semuanya nampak biasa dan senang diteka. Spy pula orang yang tak disangka-sangka. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.