TV Show Review | The Sixth Sense Season 3 Episode 5

Tuesday, 8 November 2022

Producer : Jung Chul-min

Cast :  Yoo Jae-suk, Oh Na-ra, Jeon So-min, Jessi, Mijoo (Lovelyz), Lee Sang-yeob, Lee Yi-kyung, Kwon Yu-ri

Production Company : tvN

Distributor : tvN, Viu

Genre : Mystery / Comedy

Running Episodes : 14 episodes (90 minutes per episode)

Release Date : 18 March 2022 – 17 Jun 2022

Masa tengok teaser dalam Episod 4 dah boleh agak dah set The Sixth Sense Episode 5 mesti kecoh sebab ada Lee Yi-kyung yang famous dengan drama Welcome to Waikiki (2018) dan banyak lagi drama kelakar yang lain. Masa pandemik pun video TikTok dia jadi tumpuan ramai sebab banyak buat video kelakar. Walaupun muka handsome tapi tak selera Mijoo nak tackle. 

Topik kalini menampilkan makanan popular Korea iaitu Kimchi Rebellion: Korea’s National Dish. Restoran pertama ialah restoran kalguksu bertemakan Jepun yang menjual kimchi bossam bersama abalone hidup. Owner restoran ni hidangkan kimchi dengan cara dan teknik berbeza dari biasa dan disebabkan ada abalone hidup, dia cuma jual secara terhad sebanyak 10 set sahaja. 

Yuri SNSD macam susah nak percaya restoran kalguksu ni betul-betul wujud sebab interior asal boleh lepastu owner macam tergagap nak explain pasal menu yang dihidangkan di situ. Bila masing-masing makan kimchi bossam tu semuanya puji sedap sebab crunchy dan segar. Dapat pulak makan kalguksu panas-panas masa hujan memang berbunga lah hati Jae-seok. 

Restoran kedua ialah restoran yang menjual 10 jenis kimchi setiap hari. Menariknya owner restoran ni habiskan lebih 100,000 dollar untuk hasilkan kimchi yang sedap. Restoran kimchi ni dibuka sejak zaman krisis IMF melanda bila owner yang bekerja sebagai arkitek hilang pekerjaan namun terpaksa membesarkan anak kemudian hantar mereka ke kolej. Jadi dia mula belajar untuk buat kimchi sampai dia mampu hasilkan kimchi yang berkualiti dan sedap. 

Antara bahan yang digunakan adalah minari, daun bawang, daun bawang halus, chicory, timun, daun ketumbar dan kubis bermusim antara jenis sayur yang digunakan sebagai kimchi. Owner belanja sebanyak 40,000 hingga 50,000 dollar untuk pes cili dan juga belanjakan duit untuk beli kurma merah. Resipi lain dirahsiakan untuk menjaga bisnes restoran dia. 

Sang-yeob minta owner tu bagi dia sikit untuk bawak balik rumah tapi nenek tu tak nak bagi sebab semua orang boleh makan sampai lebam kimchi yang disediakan dekat situ tapi tak boleh beli atau minta lebih untuk bawa balik. Owner tu kata dia tak suka orang bazirkan kimchi yang dia buat tu. Kalau beli belum tentu makan sampai habis, apatah lagi bawa balik. Kalau nak makan, makan saja dekat kedai tu sampai kenyang. Kesian lah kalau ada yang mengidam tapi restoran kimchi ni tak buka. 

Restoran ketiga pula merupakan restoran pizza yang menghidangkan pizza kimchi. Agak susah lah nak buat pizza kimchi sebab kimchi kan makanan basah, tak lembik ke pizza kimchi tu bila dimakan? Kata manager tu diorang memang try and error untuk hasilkan pizza kimchi yang bagus untuk pelanggan. 

‘When we use kimchi as an ingredient for pizza, we thought the most important thing was choosing a kimchi that went well with pizza. So, we visited kimchi masters around the country, and we received advice about which kimchi is the best and learned how to make them. We used Seoul-style aged kimchi without seasoning. Then we use soy sauce for our bulgogi and put umami in it.’ – R&D leader

Jessi tak percaya langsung dengan pizza kimchi yang dihidangkan walaupun rasa dia sedap tapi Jae-seok kata tak semua orang akan suka dengan rasa pizza kimchi ni. Na Ra kata boleh jadi pizza kimchi tu betul sebab kalau sales jatuh bila-bila je menu tu boleh dibuang macam fast food franchise yang lain. Siapa yang dapat teka restoran mana yang betul dan spy akan menang lucky ball. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.