TV Show Review | The Sixth Sense Season 3 Episode 1

Monday, 7 November 2022

Producer : Jung Chul-min

Cast :  Yoo Jae-suk, Oh Na-ra, Jeon So-min, Jessi, Mijoo (Lovelyz), Lee Sang-yeob, Song Eun-i, Yoon Chan-young

Production Company : tvN

Distributor : tvN, Viu

Genre : Mystery / Comedy

Running Episodes : 14 episodes (90 minutes per episode)

Release Date : 18 March 2022 – 17 Jun 2022

Lama tunggu The sixth Sense Musim 3 ni keluar sebab penggambaran ditangguhkan bila crew kena Covid-19. Baru episod pertama dah riuh sebab Na-Ra happy Sang-Yeob ada lagi di musim 3. Sang-Yeob pun cuak dia kena buang sebab tak perform sangat tapi dia bersyukur team production call untuk datang ke set. 

Sayangnya So-min tak dapat join musim baru ni sebab kaki dia patah masa shooting drama jadi dia terpaksa berehat di rumah saja. Tak ada lah saingan Mi-joo musim ni sebab selalu dia dengan So-min yang bersaing siapa lagi cantik bila crew panggil pelakon atau idol lelaki yang handsome. Jessi tak pernah kisah sebab Sang-yeob ada depan mata. Na-Ra pula ada boyfriend yang memerhati. Memandangkan So-min tak dapat datang jadi dia hantar coffee truck untuk semua orang enjoy dekat set. 

‘Season Three is the biggest crisi for variety shows. Normally at the of Season Three, ‘Thank you for watching’. Sometimes the casts say goodbye. So you guys must do well. – Jae-sok

Topik untuk Episod 1 ialah ‘All about South Korea's Top 1%’ di mana ada tiga individu yang mempunyai karier yang unik di Korea. Karier pertama ialah coin trader yang berjaya meraih 30 juta dollar di usia 20-an. 

Rumah trader simple je tapi barangan dekat dalam rumah semuanya eksklusif. Katanya sebab trader tersebut ada dua buah rumah dan rumah baru memang khas untuk buat trading sebab dia perlukan suasana yang tenang supaya boleh fokus. 

Masa Chan-young tengah fokus kenapa dia rasa individu pertama real, Mi-joo perasan yang pelakon All of Us Are Dead ni ada lesung pipit sebab tu comel sangat di mata dia. Terdiam terus budak tu lepas kena puji. Mi-joo memang pantang ada peluang mesti dia nak menyelit. 

Masa coin trader tu terangkan pasal coin trading semua orang fokus betul dengar sampai Jae-sok tanya semua fokus sebab nak korek tips kan? Bukan diorang je, I yang tengok pun nak tahu apa tips dia haha. Lepas tu terfikir apa benda lah I buat selama ni sedangkan ada orang lain dah boleh beli rumah besar hasil trading. 

Tempat kedua yang dilawat oleh team The Sixth Sense ialah restoran yang menjual semut sebagai bahan utama dalam makanan. Chef Joseph dengan isteri dia suka mencari sesuatu yang unik dan mencuba pelbagai resipi sampai lah boleh cipta menu yang dijual di restoran mereka. Tak sangka langsung restoran ni guna semut tapi kita mesti lah tak boleh makan sebab melemahkan daya ingatan. 

Disebabkan restoran ni eksklusif jadi makanan dia pun dihidangkan dengan portion besar tapak tangan je jadi jumlah semut tu secubit dua je. Tengok reaksi semua orang happy bila makan tu rasa macam nak try jugak. 

Individu ketiga ialah matchmaker yang mempunyai bayaran pakej setinggi 330 ribu dollars. CEO bermula dari tahun 2004 dengan lebih 20,000 orang ahli. Keahlian setiap orang berbeza mengikut kehendak yang diinginkan dari segi profesion, tahap Pendidikan, kewangan dan status. 

‘In order to ensure they meet in comfortable surrounding; it is called docking project. In short, it’s a made-up coincidence. Parents nowadays want their children to meet their destiny.’ – CEO

No wonder lah cerita orang kaya selalu nampak macam kebetulan rupanya parents diorang dah bayar untuk matchmaking agency set-up ‘kebetulan’ tu. Tak hairan lah kalau banyak duit kena labur untuk pertemuan tu. 

Nak teka yang mana satu fake susah juga sebab semua pun nampak fake. Untuk musim 3 ni team production The Sixth Sense tukar ganjaran sebab diorang dah bankrap Jessi asyik menang emas dua musim berturut-turut. Maka production come up dengan idea untuk sesiapa yang berjaya teka dengan betul akan dapat bola bertuah. Dan dalam setiap episod mereka kena teka siapa spy. Sekiranya spy berjaya hasut pemain lain, dia akan dapat lucky ball juga. Nak tengok siapa fake dan spy, kena tengok sendiri lah episod ni. 

Trailer :1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

1 comment

  1. WWah.. Terorlah Jessi ye dua musim menang..
    Alah.. Soo Min tak ada eh.. semoga cepatlah baik kaki dia..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.