Dah lama nak update pasal Mashiho dengan Yedam keluar dari TREASURE sejak pengumuman rasmi dari YG Entertainment melalui applikasi Weverse 8 November 2022 lepas. Baru hari ni kuat sikit nak update sebab keluar khabar angin yang Yedam akan release solo album tak lama lagi.
Bermula dengan pengumuman dari YGE tentang Yedam dan Mashiho ambil tempoh untuk berehat dari aktiviti TREASURE pada bulan Mei 2022, memang banyak lah tweet overthinking ataupun email template yang minta update tentang Mashidam. Awalnya YGE kata Mashiho ambil tempoh berehat sebab sakit sementara Yedam fokus untuk sambung belajar.
Yang buatkan hiatus period ni jadi fishy bila YGE tak bagitahu dengan jelas alasan Yedam dengan Mashiho untuk berehat. Bukan saja mengejut malah apa saja content yang melibatkan Mashidam akan dipadam serta-merta. Macam official group photos masa summer camp, video individu untuk TREASURE x SMASH dan juga content untuk TRUZ. TREASURE juga dilarang untuk sebut nama Mashiho dan Yedam apatah lagi untuk bercerita tentang mereka berdua.
Kalau hiatus, semua yang melibatkan ahli yang hiatus masih lagi sama tapi kenapa sampai ban terus? Awal tu boleh lah terima keputusan untuk hiatus selama beberapa bulan sebab TREASURE ada Japan Tour pada bulan 12 tapi YGE update pula TREASURE akan kekal dengan 10 orang ahli sampai awal tahun 2023. Bila keluar content Ongredients, masa Junkyu bagitahu foreign members ada 3 orang sedangkan sepatutnya 4 orang memandangkan Mashiho adalah ahli Jepun, ramai yang pelik dan paksa YGE bagi update keadaan sebenar.
Maka 8 November terjawablah beberapa persoalan tentang status Mashiho dan Yedam sebagai ahli TREASURE. It does break my heart. Rasa kecewa sebab Mashiho yang kata tunggu dia balik, Yedam yang dengar impian Yoshi dengan Jihoon untuk TREASURE kekal 12 orang, Yedam juga yang canang YGE the best company. Tapi kalau orang dah nak pergi, biarlah pergi sebab Yedam stay sebab nak jaga hati, lain pula yang jadi nanti. Mental health dia, karya dia mungkin terjejas kalau dia stay.
Tak pasti Mashiho sakit apa sebab tak ada sesiapa pun yang update cuma YGE minta doakan supaya Mashiho cepat sembuh sebab sakit dia agak teruk. Mungkin Mashiho yang minta rahsiakan supaya privasi terjaga, supaaya dapat rehat secukupnya.
Lepas pengumuman rasmi dari YG Entertainment tu keluar, memang ramai lah Mashmellow (fandom Mashiho) dengan Black Swan (fandom Yedam) yang marah sebab Teumes tak percaya dengan tweet diorang. Ramai yang attack Doyoung sebab bagi harapan OT12 Forever, yang marah Haruto terus lupakan Mashiho dan banyak lagi.
Tengok cara TREASURE pun, diorang pun sama terkejut juga dengan Teumes. YGE pun kata kehilangan Mashiho dan Yedam merugikan syarikat sebab kedua-duanya aces dalam TREASURE. Tapi kalau itu keputusan Mashidam, semua pun kena terima dengan hati terbuka. Nak kata Teumes terluka teruk rasanya 10 orang member yang lain lagi sedih sebab diorang training sekali, makan sama-sama, tidur sama-sama, create memories together, making vows with each other tup tup takdir rencanakan yang lain.
Doyoung paling rapat dengan Mashiho dan Yedam pun terkejut dengan keputusan tu, sama juga dengan Jihoon yang sebilik dengan Mashiho dan rapat dengan Yedam sejak YG Treasure Box (2018). Junkyu yang selalu jaga Mashiho dan antara the best hyung untuk Yedam dari YGTB. Nak sembang pasal sedih, Junkyu lagi sedih sebab semua kawan yang training dengan dia semuanya keluar. Mungkin sebab tu lah dalam documentary film, Haruto tanya Asahi dia okay ke tak masa gubah lagu Thank You. Masa Ashi down, Mashiho tempat dia mengadu so that scene alone gives a huge heartbreak selain dari lirik lagu tu sendiri.
'Thank you that I met you, I was so happy
You, you, you, you're with me
All the memories are shining
Thank you for leaving me
All we have to do is walk on the flowery path
Instead, I promise you don't get sick
And I promise you meet a good person' - Thank You, Asahi ft Haruto
Keputusan mengejut ni memang susah nak diterima tambah pula bila tuan punya badan keluar macam tu tanpa bagi apa-apa kata akhir. Sooner or later, mungkin cerita tentang kenapa diorang keluar ni akan diketahui juga macam iKON dengan Hanbin, macam 2NE1 jadi kita tunggu je lah masa tu sampai.
Since TREASURE ada 10 orang lagi member dan bias I HyunHaYo, I will keep supporting them till the end, maybe? For Mashiho, speed recovery for you and for Yedam, all the best for solo. Thanks for the memories.
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
Semoga peminat menerima dengan hati yang terbuka
ReplyDeleteMungkin nak kan privasi, sebab tu tak bagi tahu sakit apa.. Tapi okaylah dah ada pengumuman rasmi dari biar fans tertanya-tanya..
ReplyDeletebosanlah dengan YG, nak tunggu comeback bukan kemain berjanggut last2 sis resign dari follow kpop..haha
ReplyDeleteTo be honest sy sedih juga nie bila dapat tau dorg dah left huhu... Dah lah minat Yedam & Mashiho huhu
ReplyDelete