Pak Kopi Food Truck Dataran Ara Damansara

Tuesday, 22 November 2022


Tak silap masa awal bulan Amalin bagitahu ada kopi sedap dekat Dataran Ara Damansara ni. Tak tahu lah kenapa dekat area Oasis ni tak banyak cafe hipstur ataupun franchise brand kopi buka dekat sini selain Starbucks dengan San Francisco Coffee. Banyak naik dekat area Kelana Jaya tapi malas lah nak pergi sampai sana sebab jauh. Order dekat Foodpanda pun kena order ramai-ramai supaya tak terasa sangat service fee tu. 

Bila Amalin kata ada kopi sedap dan murah, memang excited lah nak try. Kebetulan pula masa tu tengah cari barang terus singgah dekat Pak Kopi ni. Memandangkan Pak Kopi ni guna food truck je, kawasan dia park berubah-ubah ikut mana yang kosong. Dekat sini yang tak syoknya, parking terhad tapi banyak kedai dengan pejabat. 


Dekat food truck tu ada tulis sejak tahun 1969 tapi ni pertama kali nampak Pak Kopi. Mungkin famous dekat tempat lain, baru nak masuk area sini. Dekat Pak Kopi ada Kopi Ping Kaw, Teh Ping Kaw, Kopi Magic Crystal Ping, Teh Hong Kong Style, Cocoa Ice, Refreshing Lemon Tea, Traditional 3 Layers Jelly Milk Kopi, Traditional 3 Layers Jelly Milk Tea, Cham Ice dan White Kopi Kaw. 

Harga bermula dari RM3.90 hingga paling mahal RM6.90 untuk 700ml minuman tapi rasanya saiz cup je tinggi, lepastu ais banyak haha. 


I kata nak minum kopi ais tapi sebab semua kopi dia pekat, terus ubah fikiran order Teh Ping Kaw. Next time lah kot minum kopi dia pulak sebab masa tu sibuk nak cari barang takut lupa nak balas minum air masak banyak. Kang demam pulak sebab dehydrated. 

Rasa dia tak manis sangat sebab Pak Kopi ni tak letak gula banyak supaya jaga kesihatan tapi yang tak syoknya minuman dekat Pak Kopi ni guna susu sejat so gula tetap banyak lah. Sekali sekala minum boleh lah sebab rasa dia sedap, kena dengan tekak I yang tak suka manis. 

4 comments

  1. Ala.. guna susu sejat ke.. Baru nak cuba.. hehehe..

    ReplyDelete
  2. Peminat kopi tentu suka kalau jumpa ni

    ReplyDelete
  3. menariks....nampak pun pekat helok je

    ReplyDelete
  4. pekat betul tp tulah tak minum air banyak mmg kena batuk, demam

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.