Cast : Sosie Bacon, Jessie T. Usher, Kyle Gallner, Robin Weigert, Caitlin Stasey, Kal Penn, Rob Morgan
Production Companies : Paramount Players, Temple Hill Entertainment
Distributor : Paramount Pictures
Genre : Psychology / Horror
Running Time : 115 minutes
Release Date : 22 September 2022 (Fantastic Fest), 30 September 2022 (United States)
Trailer :
Smile mengisahkan kehidupan Dr. Rose Cotter (Sosie Bacon) selepas berjumpa dengan pesakit skizo bernama Laura Weaver (Caitlin Stasey). Kata Laura dia melihat seseorang yang mempunyai senyuman paling menakutkan dia pernah lihat seumur hidup dan dia bukannya gila. Laura adalah pelajar PhD yang sihat tapi berubah mendadak selepas kematian professor seni di universiti tempat dia belajar.
“It looks like people, but it’s not a person,” Laura
Sebelum Laura bunuh diri, dia mempamerkan senyuman paling menakutkan kepada Dr. Rose sehingga pengarah hospital, Dr. Desai (Kal Penn) minta supaya dia pulang berehat selama seminggu. Trevor (Jessie T. Usher) pelik melihat perubahan Rose di rumah dan setiap malam ada gelas wain yang pecah kerana Rose takut dengan sesuatu yang hanya Rose nampak.
Rose cuba untuk keluar dari rumah dan pergi ke majlis hari jadi anak buah dia dan hadiahkan keretapi mainan. Malangnya semasa sesi buka hadiah, anak buah dia menjerit kerana Rose hadiahkan bangkai kucingnya, Mustache yang hilang beberapa hari lepas. Rose menjerit seperti orang gila dan cederakan diri sendiri bila ternampak Laura.
Trevor minta Dr. Madelline (Robin Weigert) untuk datang dan buat terapi kepada tunangnya. Rose pernah mengalami trauma kerana ibu dia bunuh diri di hadapannya. Rose menolak mentah-mentah cadangan Dr. Madelline untuk bertenang sebab dia tahu dia bukan terkesan sebab trauma tapi sebab roh Laura datang mengganggu.
Rose minta bantuan Joel (Kyle Gallner), polis detektif dan juga bekas kekasihnya untuk bantu siasat apa yang terjadi pada Laura sebenarnya. Rose dapat tahu Laura dapat sumpahan dari professornya manakala professor tersebut jadi saksi perempuan tua bunuh diri di art exhibition. Perempuan tua tu pula nampak lelaki asing bunuh diri di hadapan dia di stesen minyak. Kesemua mereka hanya mempunyai tempoh masa selama 7 hari sahaja untuk hidup.
Naskah psikologi seram ini merupakan kisah pendek berjudul Laura Hasn’t Sleep karya Parker Finn dan ditayangkan di SXSW Film Festival pada tahun 2020. Lepas dapat penerimaan positif, Parker Finn kembangkan kepada filem di bawah terbitan Paramount Pictures. Asalnya Paramount Pictures nak buat filem dan jual kepada streaming platform tapi tak sangka ramai pula berminat untuk tengok dekat wayang kemudiannya pecah panggung.
Menariknya Smile ni selain dari mempamerkan jump scare dalam naskhahnya, it makes me wonder juga kalau sebenarnya apa yang mangsa-mangsa ni nampak bukanlah hantu tapi lebih kepada sesuatu yang triggered trauma masing-masing. Sebab kesemuanya ada trauma besar dalam hidup dan cuba untuk disembunyikan dari pengetahuan umum. Rasa bersalah tak mampu selamatkan orang yang mereka sayang jadi trauma sampai jejaskan kesihatan mental. Sebab tu dalam Islam kata kalau bersedih jangan berlebihan dan redho dengan ketentuan takdir.
Semua mangsa bukan calang-calang orang, ramai yang berjaya dalam hidup dan mempunyai karier bagus ataupun ada keluarga yang digambarkan sebagai normal dan sempurna tapi bila trauma tu datang walaupun dalam kuantiti yang sedikit mampu runtuhkan semua yang individu tu bina atau usahakan.
Pengarah Parker Finn dah bagitahu kalau sesiapa yang ada masalah kesihatan tak disarankan untuk tengok filem ni sebab takut trigger trauma tu. Babak seram dalam filem ni tak lah mengerikan sebab hantu dia cuma senyum tapi senyuman tu menaikkan bulu roma. Tak silap masa Laura bunuh diri je lah yang menakutkan sebab penuh dengan darah.
Tak suka dengan babak Rose berlawan dengan hantu yang menyerupai trauma dia dekat hujung cerita. Nampak fiksyen betul hantunya bila pengarah guna khidmat CGI yang sederhana. Hilang terus rasa seram dari awal sedangkan pengarah boleh guna watak ibu yang sebenar. Nasib baik filem ni bukan komersial, kalau tak dah ramai yang bising tak puas hati dengan 15 minit terakhir. Recommended but not for certain people.
1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.8, 3. Audio +1 , 4. Storyline +0.6 , 5. Casting +1, 6. Genre +1 , 7. Themes +1 , 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1 , 10. Personal Thought +0.5 = 8.2/10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
Camtu baca review Farhana jelah.. Review ini pun dah lain macam rasa dia..
ReplyDelete