Major (Siddhant Chaturvedi) dan Gullu (Ishaan Khatter) obsess dengan hantu dan benda-benda menyeramkan namun malangnya tak ada seorang pun dari mereka yang berjaya lihat hantu. Sehinggalah mereka berdua terkena renjatan elektrik dalam sebuah parti dan berjumpa dengan Ragini (Katrina Kaif).
Ragini bagi idea supaya kelebihan baru mereka digunakan untuk bantu roh lain yang senasib dengan dia. Berkeliaran sana-sini mencari jalan untuk dapatkan kebebasan ke alam seterusnya. Dari idea tersebut maka terwujudlah Phone Bhoot walaupun idea tersebut kedengaran merepek di telinga ayah Major (Manu Rishi Chadda) dan juga appa Gullu (Kedar Shankar). Tak cukup dengan kena tampar, mereka berdua diketawakan dan trending di media sosial kerana prank calls dan meme.
Sampai lah satu hari mereka berdua dapat panggilan untuk selamatkan Dolly yang dirasuk oleh roh Lavanya (Nidhi Bisht). Ayah Dolly terlibat dalam kes langar lari di lebuhraya Pune-Mumbai sehinggakan keluarga Lavanya hidup dalam kemiskinan kerana hilang tempat bergantung. Dari situ makin banyak lah yang minta bantuan untuk halau hantu yang mengganggu mereka.
Dalam masa yang sama, Atmaran Dhyani (Jackie Shroff) berasa terancam kerana keuntungan syarikatnya jatuh 35% dek kerana kejayaan Phone Bhoot. Rahu (Manuj sharma) dan Ketu (Kedar Shankar) cadangkan supaya cari IT developer untuk buat apps sama canggih macam Phone Bhoot. Mereka juga hantar Chikni Chudail (Sheeba Chada) untuk bunuh Major dan Gullu.
Filem ketiga Katrina bersama penerbit Excel Entertainment lepas filem Zindagi Na Milegi Dobara (2011) dan Baar Baar Dekho (2016). Bukan saja berbeza genre dari dua filem sebelumnya malah genre yang baru juga dalam karier lakonan Katrina Kaif. Namun tak lah sukar untuk Katrina lakonkan sebab dia jadi hantu yang cantik dan menggoda, boleh kata watak Ragini lebih kurang watak Dimple dalam Mere Brother Ki Dulhan (2010).
Sama juga dengan screentime yang Katrina dapat bila dia lebih mendominasi berbanding Ishaan dan juga Siddhant. Vibe pun lebih kurang sama sebab dalam filem Mere Brother Ki Dulhan (2010), kedua-dua watak lelaki tergilakan Katrina. Apa saja yang Katrina buat semuanya nampak seronok di mata dua pemuda ni.
Selain Katrina, kekuatan filem Phone Bhoot arahan Gurmmeet Singh terletak pada dinamik duo Ishaan dan Siddhant sebagai kawan baik sejak kecil lagi. Mereka berdua mempunyai karakter yang berbeza dan latar belakang yang berbeza. Gullu merupakan pemuda Tamil yang suka minum the tarik panas sementara Major anak Brigadier yang garang, pemuda Punjabi yang gilakan lassi sejuk. Kalau ayah Major nak anaknya jadi askar, ayah Gullu pula letak harapan untuk anak tunggalnya sambung legasi saintis yang melancarkan roket ke angkasa. Sayangnya dua-dua tak boleh diharap dan habiskan duit mereka sehingga mencecah Rs50 juta termasuk bunga dan GST.
VFX yang digunakan dalam Phone Bhoot tampak berkesan pada jalan cerita and I’m glad director guna hantu betul dan bukannya hantu VFX. Bukan saja sinematografi indah memaparkan keindahan Pune malah set yang digunakan juga terikat dengan genre yang dibawa.
Music album hasil karya komposer Tanishk Bagchi dan yang lain merancakkan lagi suasana. Lagu Kinna Sona dan Kaali Teri Gutt memang ajak orang menari sekali dengan trio ni. Pengarah memang tahu kekuatan barisan pelakon utama sebab trio ni semuanya pandai menari.
Walaupun banyak aspek positif dari naskhah seram komedi ini namun ada juga kelemahannya bila jalan cerita menggunakan lawak recycle. Ada masanya mengena tapi ada masanya naik jelak macam babak Ragini buka cerita tentang Dushyant Singh (Armaan Ralhan) kemudian Gullu tak sudah-sudah salah sebut nama Dushyant. Plot juga ada yang berubah macam idea Ragini lebih kepada scam orang untuk dapatkan duit tapi Phone Booth end up tolong roh jumpa cahaya tapi Ragini claim tu idea dia? Sama juga bila Ragini janji akan tolong mereka berdua cari duit untuk bayar hutang tapi dia blah macam tu je padahal hutang tak langsai lagi.
Dialog Phone Bhoot pula banyak reference dari filem terbitan Excel Entertainment ataupun perkara yang membabitkan barisan pelakon. Untuk yang layan filem zaman 80-an mungkin faham bila ada babak atau dialog yang berkisar tentang Jaggu Dada. Boleh kata Phone Bhoot akan menghiburkan penonton kalau individu tu hardcore Bollywood fans.
Selain itu, Phone Bhoot mungkin lebih menarik kalau pengarah tambah banyak lagi babak Major dan Gullu pergi tangkap hantu dan bukannya drag dekat babak bertarung dengan Atmaran. Sayang lah sebab filem ni ada banyak potensi untuk jadi lebih kelakar dengan cara mereka tangkap hantu guna kelebihan baru tapi tersia.
Anyway I’m excited for Phone Bhoot 2 and thank you for bringing Fukrey team in this movie!!!
1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.6 = 7.4/10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
Alahai, comelnya jalan cerita 😊
ReplyDeleteSyok nak layan kalau kelakar seram..
ReplyDelete