Movie Review | Pengabdi Setan 2: Communion (2022)

Friday, 4 November 2022



Pengarah : Joko Anwar 
Penulis Skrip : Joko Anwar
Pelakon :Tara Basro, Endy Arfian, Nasar Anuz, Bront Palarae, Muhammad Adhiyat, Ratu Felisha, Jourdy Pranata, Muzakki Ramdhan, Fatih Unru, Nafiza Fatia Rani, Iqbal Sulaiman, Kiki Narendra, Ayu Laksmi
Syarikat Produksi : Rapi Films, Sky Media, Brown Entertainment, Legacy Pictures, Come and See Pictures 
Pengedar : Disney+ Hotstar 
Genre : Seram
Durasi Tayangan : 119 minit
Tarikh Tayangan : 4 Ogos 2022
Trailer :


Setelah berjaya lari dari rumah lama mereka, Bapak (Bront Palarae) bawa Rini (Tara Basro), Toni (Endy Arfian) dan Bondi (Nasar Anuz) tinggal di rumah pangsa kerajaan berhampiran dengan laut. Bapak percaya kalau ada apa-apa terjadi orang lain boleh bantu mereka sekeluarga, tak macam di rumah lama. 

Sementara Rini menguruskan rumah ketika Bapak keluar bekerja, Bondi dan teman-temannya bermain di luar. Di hadapan rumah pangsa tersebut ada dataran yang luas. Anehnya Bondi selalu terjumpa batu nisan tanpa nama yang ditanam di situ. 


Toni pula jatuh suka dengan Tari Daryati (Ratu Felisha) yang tinggal di tingkat 9 dan berusaha untuk ambil hati dengan membaiki barang kepunyaan Tari. Setelah membaiki radio Tari, suara aneh mula mengacau Tari. Sama juga dengan jiran lain yang mula mendapat gangguan seperti Wisnu Hendrawan yang tinggal selang tak jauh dari keluarga Bapak. 

Rini tahu ada sesuatu yang tidak kena dengan rumah pangsa tersebut tapi tak ambil pusing kerana jaminan Bapak. Dalam masa yang sama wartawan Budiman Syailendra (Egi Fedly) dipanggil oleh Inspektor Heru Kusuma (Rukman Rosadi) kerana terdapat kejadian aneh apabila semua mayat keluar dari tanah dan berkumpul di hadapan gambar Raminom (Ayu Laksmi). Kerana perkara itu, dia segera pergi ke rumah pangsa kerajaan namun dek kerana ribut, semua jalan sudah terputus sementara keluarga Bapak diganggu oleh pocong. 


Perceritaan sekuel Pengabdi Setan lebih menghiburkan dengan gangguan aneh di rumah pangsa walaupun pace agak perlahan. Tak puas hati dengan plot dalam sekuel sebab tak banyak yang Joko Anwar dedahkan sama ada dari keluarga Bapak ataupun tentang cult yang menculik Ian (Muhammad Adhiyat) dalam Pengabdi Setan (2017).

Cerita Pengabdi Setan 2 ni menggunakan susur masa bersejarah di Indonesia bila pernah terjadi kes pembunuhan misteri di mana individu bertatu ditembak sehingga mati. Jumlahnya seramai 2 ribu orang tapi dalam filem ni diolah kepada seribu orang atau mungkin seribu dibunuh oleh si polan dan seribu lagi oleh watak lain. Sama juga dengan peristiwa Konferensi Asia-Afrika. 

Lepas tengok babak Heru dengan Budiman rasa macam terpukul pula dengan saranan Heru sebab tak semua artikel konspirasi tu mengarut. 


‘Berita seperti ini tak akan diizin keluar. Perintah dari atasan untuk tutup mulut dan hilangkan semua bukti. Jangan beritakan di akhbar. Beritakan di media lain. Atau kau buat majalah baru atau akhbar baru. Buat seolah-olah ini adalah berita mengarut. Tapi aku yakin pasti ada yang akan percaya.’ – Heru Kusuma

Peran utama adalah watak Rini tapi yang meninggalkan impak adalah Endy Arfian bila dia deliver watak Toni dengan riak wajah maksimal. Berdekah tengok dia kena temankan Ustaz Mahmud (Kiki Narendra) tengok semua mayat di rumah masing-masing. Nak marah Toni kena guna mancis pun tak boleh sebab lampu suluh terhad zaman tu. 


Bondi dengan kawan-kawan dia pun kelakar bila masing-masing bercerita tentang keluarga. Kalau Bapak buat kerja banyak tapi gaji sikit, kawannya Ari (Fatih Unru) ada ayah yang kaki pukul. Rasa relate juga lah dengan perbualan mereka sebab sama-sama B40. Patutnya Joko Anwar lebihkan lagi babak mereka bertiga di rumah pangsa ataupun bergaul dengan jiran lain. 

Watak Dino (Jourdy Pranata) pun tak dikembangkan sangat sedangkan dinamik dia dengan Toni menjadi. Kelakar masa Dino minta tolong Toni ambilkan garfu dekat rumah sebelah. Tak faham kenapa Joko Anwar masukkan watak Dino dan Tari kalau tak nak kembangkan dengan banyak. Lama kot tunggu sekuel sudahnya sekejap sangat naskhah ni diceritakan. Sebagai fans Bront Palarae, rasa nak marah watak dia cuma tidur dekat dalam bilik!


Naskhah Pengabdi Setan 2 melahirkan lebih banyak soalan tentang misteri Raminom, Ibu, Bapak dan cult yang berpakaian serba hitam juga bawa payung hitam. Heru Kusuma dah bagitahu ada sesuatu yang lebih besar akan datang jadi kita tahu lah rumah pangsa tu bukanlah sesuatu yang teruk pun. Installment ketiga nanti tolonglah masukkan banyak sikit plot keluarga ni selain pocong. Rasa geram pulak pocong yang dapat screentime banyak padahal pocong ada cerita dia sendiri kot. 


Ramai yang tak suka dengan flashlight scene dengan teknik kamera yang digunakan tapi I okay je sebab teknik tu tambahkan lagi impak dan rasa ingin tahu tentang cult yang sadis ni. Masa kamera bersilih ganti antara Bapak dengan Tini tu rasa berdebar betul sebab macam tu lah kita kalau nak mencuri sesuatu tapi tuan punya ada berdekatan saja. 

Tak pasti bila Joko Anwar akan keluarkan installment ketiga, yang pastinya I nak tengok filem-filem Joko yang lain sebab ada yang kata mungkin ada jawapan di filem lain sebab beberapa watak tu sama. Kalau ada yang baru nak tengok, tolong tengok dengan teliti sebab ada details yang Joko sengaja letak antara nampak tak nampak. Have fun! 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 =  8.5/10

2 comments

  1. Tinggi rating awak bagi. Ok akak nak tengok nanti

    ReplyDelete
  2. Wah.. Pengarah memang nak buat penonton tertunggu-tunggu sambungan lah ini.. sebab tu hint sikit je mengenai installment 1 dan 2.. Pocong pula dapat screen time banyak ye.. Tak bestlah Bront Palarae tidur je..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.