Cast : Millie Bobby Brown, Henry Cavill, Helena Bonham Carter, David Thewlis, Susie Wokoma, Adeel Akhtar, Louis Patridge
Production Company : Legendary Pictures, PCMA Productions
Distributor : Netflix
Genre : Mystery / Adventure
Running Time : 129 minutes
Release Date : 04 November 2022
Trailer :
Sekuel naskhah penyiasatan dari keluarga Sherlock kini menceritakan perjalanan Enola Holmes (Millie Bobby Brown) yang membuka agensi penyiasatan sendiri di kota London. Malangnya nasib tak menyebelahi dia kerana tak ada pun yang percaya kebolehannya dan kes letupan di kota London diberi kredit sepenuhnya kepada Sherlock Holmes (Henry Cavill).
Satu hari Enola didatangi seorang budak perempuan bernama Bessie Chapman (Serrana Su-Ling) yang perlukan bantuan untuk mencari kakaknya yang hilang. Kakaknya, Sarah Chapman (Hannah Dodd) mempunyai rambut berwarna merah, suka pada tanaman dan pelihara tikus di rumah. Mae (Abbie Hern) tegah Bessie bercerita kepada Enola dan beri amaran supaya berdiam diri sahaja atau rancangan mereka akan gagal.
Enola yang berdegil masih menyiasat kehilangan Sarah kerana gadis tersebut mempunyai dokumen penting berkaitan dengan kilang mancis. Ada sesuatu di kilang tersebut yang kelihatan meragukan terutamanya pekerja di situ terdedah dengan bahaya penyakit typhus. Enola juga menjadi buruan Inspector Grail (David Thewlis) yang juga menyampah dengan Sherlock.
Dalam masa yang sama Sherlock Holmes menyiasat misteri penyelewengan dana yang berlaku di pejabat kerajaan. Misteri yang sukar diselesaikan oleh Sherlock sehingga dia ditemui mabuk oleh Enola dan masing-masing beritahu tentang kes masing-masing. Boleh kata Enola minta tolong abang dia lah sebab antagonis dalam sekuel agak bijak.
Kalau dalam Enola Holmes (2020), anak bongsu Holmes ni dijaga oleh Mycroft Holmes (Sam Claflin) tapi dalam sekuel Enola dijaga oleh Sherlock Holmes sementara Eudoria (Helena Bonham Carter) masih lagi menghilangkan diri.
Memandangkan sebelum ni dah kenal siapa Enola dan kisah keluarga dia jadi dalam sekuel ni lebih banyak fokus dan terarah kepada kes yang berat untuk diselesaikan. Bukan Sherlock dengan Enola je yang stuck, yang tengok pun susah nak cari jawapannya.
Exactly my face for the whole time.... T.T
Misteri yang dibawa berkisarkan kejadian sebenar yang berlaku di London pada tahun 1888 bila kilang mancis Bryant & May Matchgirls. Sarah Chapman menjadi ketua reformasi yang menentang diskriminasi jantina dan penindasan di tempat kerja – upah rendah, bekerja lebih masa, persekitaran kerja yang teruk dan denda yang berlebihan. Kisah Sarah Chapman makin hilang ditelan zaman jadi cicit dia minta team production untuk kenalkan kembali figura hebat ni.
Kalau sebelum ni pengarah masih kekalkan pesona Sherlock Holmes sebagai penyiasat yang bagus tapi kali ni penulis kuatkan lagi karakter Enola seiring dengan pertumbuhan umurnya. Dalam Enola Holmes kita nampak dia baru keluar tengok dunia dan ada potensi untuk jadi detektif jadi dalam sekuel Enola dah berdiri standing dengan Sherlock. Eudoria pun terkejut dengan potensi Enola dan sebagai fans Enola I sangat berpuas hati. Well now I have new fiction figure to look for!
Sembang mengenai lakonan Millie Bobby Brown, sepenuhnya meninggalkan impak dari awal hingga ke akhir cerita walaupun pengarah masukkan mesej yang Enola memang kuat tapi sekuat mana pun kita tetap juga perlukan bantuan orang lain juga. Nak ubah sesuatu perlukan suara yang kuat sebab tu Eudoria, Edith dan yang lain sentiasa bersama.
Pelik juga lah kenapa Sherlock tak minta tolong Mycroft sebab berkaitan dengan hal kerajaan rupanya pengarah tak boleh nak masukkan watak Mycroft bila Sam busy dengan schedule lain. So pengarah buat lah watak Sherlock ego taknak minta bantuan sesiapa which even better lah sebab nasihat Eudoria kepada anaknya tampak padu dan meninggalkan impak.
Watak Tewkesbury (Louis Partridge) tak banyak sangat dalam installment kedua ni tapi kehadiran dia buatkan hati berbunga sebab handsome teruk. Hopefully dalam Enola Holmes 3 nanti watak dia dapat lebih banyak ruang dan bekerjasama dengan Enola untuk misi penyiasatan dia.
Excited bila tengok ada kemunculan watak Inspector Grail sebab dia dulu berlakon dalam franchise Harry Potter. Slowly cast Harry Potter mula berpindah ke Enola Holmes. Kalau franchise ni berjaya mencipta fanbase yang besar, kira satu kejayaan lah buat UK dapat tarik semula minat audience lepas Harry Potter.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
baru tengok semalam. Best sgt!
ReplyDeleteBaguslah pengarah bubuh mesej walaupun kuat tetap memerlukan bantuan.. Dalam peancangan juga nak tengok nie..
ReplyDelete