Movie Review | 48 Jam Untuk Indah (2022)

Thursday, 3 November 2022


Pengarah : Jose Poernomo 
Penulis Skrip : Baskoro Adi Wuryanto, Amit Jethani
Pelakon : Fedi Nuril, Kirana Larasati, Raya Adena, Verdi Solaiman 
Syarikat Produksi : MVP Pictures
Pengedar : Prime Originals  
Genre : Drama
Durasi Tayangan : 100 minit
Tarikh Tayangan : 15 September 2022
Trailer :


48 Jam Untuk Indah arahan Jose Poernomo  mengisahkan tentang Jono (Fedi Nuril) yang bekerja di sebuah kilang besi untuk menyara hidup keluarga kecilnya sementara isterinya, Marni (Kirana Larasati) mengambil upah menjahit baju. Anaknya, Indah (Raya Adena) memiliki kepintaran luar biasa dan dia yakin dengan mendaftarkan Indah di sekolah swasta boleh buka lebih banyak peluang dan tukar status kehidupan mereka yang miskin melarat. 

Satu hari Jono dipanggil oleh pihak sekolah untuk langsaikan yuran sekolah yang tertunggak atau Indah terpaksa dikeluarkan. Walaupun Indah mempunyai biasiswa namun hanya untuk yuran persekolahan saja dan bukannya caj lain juga yuran tambahan. Sudahlah yuran sebelum ni Jono dapat dengan pinjam ah long, Pak Reynold (Teuku Rifnu) sebanyak Rp 10 juta. 


Makin bertambah beban di Pundak Jono bila Indah jatuh tak sedarkan diri semasa acara di sekolah. Kata doctor, Indah cuma ada 48 jam untuk diselamatkan melalui pembedahan kerana terdapat darah beku di dalam otaknya dan menyekat saluran darah. Kos pembedahan pula menelan belanja sebanyak Rp 150 juta. Mana dia nak cari wang sebanyak tu dalam masa yang singkat? 

Penceritaan 48 Jam untuk Indah dibikin dalam template drama yang sarat dengan nasib malang bertimpa akibat dari kebodohan Jono dalam membuat pilihan. Benarlah kata boss dia, Pak Ardi (Verdi Solaiman) kerana sekolah kerajaan percuma jadi kenapa Jono perlu masukkan Indah ke sekolah swasta. Jauh lagi perjalanan Indah untuk Jono habiskan duit bersusah-payah ikat perut bayar yuran sekolah swasta. 


Kenapa Indah kena pikul beban keluarga padahal dia kecil lagi? Walaupun dia genius, tak perlu sampai letak harapan tinggi sedangkan keperluan asas pun Jono tak mampu sediakan. Dalam filem ni tak nampak langsung apa beza sekolahkan Indah di sekolah swasta. Nak kata Indah dapat banyak duit hasil dari acara yang dia join pun tak ada. Sijil pun ada dua saja yang tergantung di dinding rumah. 

Tergelak tengok babak Reynold marah Jono sebab nak pinjam lagi Rp150 juta padahal Rp10 juta pun tak mampu bayar. Siapa tak kelakar, dah la masukkan Indah dalam sekolah swasta, bila Indah sakit, Jono hantar ke klinik swasta. Poket ah long pun boleh rabak kalau layan cara Jono berfikir. Masa dia bagitahu anak buah dia tak payah susah pergi kejar Jono tu kelakar sebab dia pun tahu Jono bukannya boleh tahan lama pun. 


Lepas gagal pinjam dengan ah long dia nak curi duit boss dia yang disimpan dalam peti besi di kilang. Dah dapat duit, tak boleh nak keluar pula sebab skuad khas dah kepung. Masa ni tunggu movie habis je sebab dah tak sanggup nak layan plot cerita makin merepek. Nak buat drama punya pasal sampai masukkan apa saja asal boleh sampai cukup 100 minit. 

Babak pembedahan Indah pun seram sebab doctor cacak gunting dekat kepala dah serupa batu nisan. Kalau budak tu tak mati sebab darah beku, high possibility untuk mati sebab cara doktor buat kerja. Lepastu doktor tepek kapas gedabak dekat tepi kononnya kesan pembedahan. Rasanya Marni yang tampal sebab rambut Indah elok je tersisir rapi untuk diikat ke belakang. Masa Aldo kena langgar pun kelakar sebab jeep tu dah langgar budak pun dia makin ke depan bukannya reverse ke belakang. Movie ni drama atau komedi? 


Boleh kata hidup Indah malang juga lah sebab berbapakan Jono bila Marni dengan doktor dah bagitahu yang Indah tak akan dapat guna kelebihan istimewa dia buat sementara waktu sebab dia perlu berehat. Jono tetap dengan cara Jono paksa anak dia jawab soalan matematik yang susah. Ya Rabbi!

Nasib baiklah 48 Jam Untuk Indah ni keluar dekat streaming platform, kalau dekat wayang memang kesian siapa yang laburkan duit untuk tengok movie ni. 

1. Team Production +0.4, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.3 , 5. Casting +0.5 , 6. Genre + 0.2, 7. Themes +0.6 , 8. Editing +0.2 , 9. Social Message +0.2 , 10. Personal Thought +0.3  =  4.7/10

1 comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.