Director : Yoo In-shik
Writer : Moon Ji-won
Cast : Park Eun-bin, Kang Tae-oh, Kang Ki-young, Joo Jong-hyuk, Ha Yoon-kyung, Baek Ji-won, Jung Han-bit, Joo Hyun-young, Jeon Bae-soo, Choi Hyun-jin
Production Companies : AStory, KT Studio Genie, Nangman Crew
Distributors : ENA, Netflix
Genre : Drama
Episodes : 16 episodes (64 – 82 minutes per episode)
Release Date : 29 June – 18 August 2022
Trailer :
Extraordinary Attorney Woo mengisahkan tentang peguambela bernama Woo Young-woo (Park Eun-bin) yang menghidap autism spectrum disorder sejak kecil. Dibesarkan oleh ayahnya, Woo Gwang-ho (Jeon Bae-soo) yang berhenti dari SNU kemudiannya buka kedai gimbap di Hapjeong, Seoul.
Disebabkan Gwang-ho merupakan pelajar jurusan undang-undang, Young-woo juga mempunyai minat yang sama. Buku akta habis dibacanya sehingga lah menjadi pelajar terbaik di SNU namun tiada firma guaman yang ingin ambil dia bekerja. Gwang-ho minta bantuan Han Seon-young (Baek Ji-won), CEO Hanbada ambil anaknya bekerja sebagai peguam.
‘You can score well just by having a great memory. What we need is someone who can communicate with clients and plead a case. Someone with social skills who can speak eloquently. How do I train someone who can’t even introduce themselves… properly?’ - Senior Attorney Jung Myung-seok
Awalnya Jung Myung-seok (Kang Ki-young) tak suka dengan kehadiran Young-woo kerana kekurangannya tapi bila kebolehan Young-woo selesaikan kes yang sukar, buka mata dia untuk lihat Young-woo setara dengan peguambela yang lain.
Disebabkan kebolehan Young-woo juga, Tae Soo-mi (Jung Han-bit), CEO Taesan berminat untuk ambil Young-woo bekerja selepas habis tempoh probation di Hanbada. Sayang kalau dia lepaskan permata macam Young-woo tanpa dia tahu tentang identiti sebenar peguam autism tersebut dalam hidupnya.
Dari trailer lagi dah nampak menarik drama Extraordinary Attorney Woo arahan Yoo In-shik ni sebab bawa sesuatu yang baru dalam dunia guaman. Tak pernah lagi kita nampak peguam autism yang obsess dengan ikan paus. Kes guaman yang dikendalikan Hanbada pun menarik macam percintaan antara lelaki biasa dan perempuan kurang upaya, kes wedding dress terkoyak semasa majlis berjalan dan lain-lain.
Macam too good to be true pun ye jugak lah watak Young-woo ni sebab semua cabang dalam bidang guaman dia buat untuk tunjuk yang dia dah khatam semua buku akta di Korea dan luar negara. Tapib oleh pejam mata lah sebab Hanbada banyak handle kes korporat so boleh faham lah kalau ada criminal ataupun conveyancing terselit tu.
Love angle antara Young-woo dengan Lee Jun-ho (Kang Tae-oh) tu macam tak perlu ada dalam drama ni sebab draggy dan fiksyen sangat. Kalau penulis tone down sikit ataupun buat diorang berkawan macam biasa pun dah okay. Nampak macam Jun-ho tu suka dekat Young-woo sebab cantik semata. But that’s just my personal take on their love story lah sebab chemistry tak strong satu hal, macam gigih nak menyumbat pun satu hal lagi.
Suka tengok watak Kwon Min-woo (Joo Jong-hyuk) yang awalnya nampak macam opportunist dan selfish dekat Hanbada tapi makin hujung makin nampak karakter yang sebenar. Kenapa dia gigih sangat sampai jumpa Tae Soo-mi ataupun kenapa dia geram bila dapat tahu Young-woo masuk sebab kabel. Siapa je lah tak marah kalau kita berusaha keras dari sekolah tapi tempat kena caras dengan orang masuk guna kabel. Dalam Episod 5 boleh nampak dia sedih sebab confession enterpreneur tu. Hopefully Season 2 nanti penulis bagi peluang dan ruang untuk watak Min-woo berkembang sebagai peguambela yang bagus standing dengan Young-woo.
Lakonan Park Eun-bin sebagai peguam autistik harus dipuji lah sebab dia ambil tawaran berlakon dalam masa yang singkat dan consult dengan banyak pihak supaya lakonan dia tak mengguriskan hati mana-mana pihak terutamanya pesakit autism dan keluarga mereka. Kalau tengok dekat dalam drama tu Young-woo selalu kira sampai 3 sebelum masuk dalam mana-mana ruang, muka dia pun selalu nampak blur tapi tak lah over, cara dia berjalan pun berbeza dengan orang normal. Pakaian dia pun kebanyakannya longgar dan formal sebab penghidap autism ni sensitif dengan sentuhan jadi tak semua fabrik sesuai dengan kulit diorang.
Apart from autism character, I suka layan drama Extraordinary Attorney Woo ni sebab ada ilmu pasal guaman yang impressive. Sebelum ni managing partner ada cakap kena tengok judge tu orangnya macam mana sebelum buat hujahan and yes benda tu ada penulis masukkan dalam drama ni bila Hakim Ryu Myeong-Ha (Lee Ki-Young) jenis suka tengok susur galur keturunan peguam. Ada juga hakim yang senang terbeli dengan hujahan peguam yang suka buat aktiviti sukarelawan.
Yang belum tengok drama Extraordinary Attorney Woo ni boleh lah layan dekat Netflix. Kalau nak tunggu musim 2 macam lambat lagi sebab tayang tahun 2024 memandangkan Kang Tae-oh nak join military dulu hihu
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.6/10
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.