Book Review | Mawaddah Ilmi Ingin Pulang (2021)

Tuesday, 1 November 2022

Penulis : Auni Zainal

Penerbit : Iman Publication

Helaian : 513 mukasurat / 44 bab

Genre : Drama

Tarikh Cetakan : Mac 2021 (Cetakan Pertama)

Harga : RM 30.00 (Semenanjung Malaysia), RM33.00 (Sabah & Sarawak)

Sinopsis:

Dia diam apabila marah

Dia diam apabila sedih 

Dia diam apabila kecewa

Mawaddah Ilmi tidak tahu apa masalah dirinya. Namun, dia sentiasa pasti yang dia tak berhak disayangi, apatah lagi layak ke syurga. 

“Aku tak pernah buat apa-apa dengan betul. Aku menyusahkan orang lain sejak dulu. Semuanya salah aku sebab aku tak cukup baik.”

Pendirian Mawaddah berubah sejak Iffat Rusyaidi melihat dia diamlukan semasa suatu temu duga. Dia sentiasa mengelak daripada Iffat, sehinggalah dia menyedari Iffat sebenarnya mengetahui kisah silamnya yang selama ini dilindungi. 

Sehelai nota dari masa lalu membuatkan Mawaddah tersedar bahawa ada sesuatu dalam dirinya yang dapat diselamatkan – jika dia berani memaafkan dan mencintai dirinya sendiri. 

Review: 

Novel ketiga nukilan Auni Zainal I baca tahun ni dan tak sangka langsung berjaya habiskan novel tebal yang diterbitkan oleh Iman Publication. Walaupun 513 mukasurat sahaja tapi tulisan dia kecil jadi ambil masa selama seminggu untuk habiskan. 

Novel Mawaddah Ilmi bertemakan kesihatan mental yang dialami Mawaddah bila dia menjerumuskan diri dalam kemurungan hinggakan dia perlukan bantuan Dr. Afnani untuk kembali sihat. Sakinah, adiknya sentiasa pujuk Mawaddah untuk pulang jenguk mak di kampung. Lepas apa yang berlaku di zaman persekolahannya, Mawaddah rasa sukar untuk buka hati untuk bercakap dengan mak. 

Tambah pula selepas dia bercerai dengan Najwan dan tidak mampu untuk menjaga anak perempuannya, Najah. Dia perlu dirawat jika dia ingin masuk syurga yang diidamkan tapi layak kah Mawaddah yang penuh dosa pergi ke sana? 

Mawaddah adalah seorang penulis freelance di Tapir House yang ditadbir oleh Iffat Rusyaidi, juga salah seorang penulis di syarikat penerbitan tersebut. Semakin kerap Mawaddah berjumpa Iffat, semakin banyak dia belajar untuk buka hati dengan memafkan. Senang untuk relate dengan Mawaddah kerana sudut mental health dan pemikiran Mawaddah tu sama. Dia rasa dia kena seksa diri dia dan rasa worthless walaupun di mata Iffat, Mawaddah adalah segalanya. 

Suka semua sesi Mawaddah dengan Dr. Afnani sebab I pun boleh belajar benda yang sama walaupun sesi ni tak banyak memandangkan Mawaddah takut untuk berjumpa. Sungguhpun begitu, sesi mereka padat dengan jawapan yang dicari. 

“Kita selalu terjemah apa yang ada dalam jiwa kita kepada bentuk fizikal, untuk kita faham apa yang berlaku. Sebab ia boleh dilihat dengan jelas, boleh dibetulkan, boleh nampak solusi. Kadang-kadang kita tak pasti apa perasaan kita, jadi kita pantulkan perasaan tu pada benda fizikal. Pada gambar, rumah, sofa… Cuma mungkin kita terlalu pantul semuanya pada perkara fizikal sampai kita lupa benda yang paling utama, asasnya, akarnya, ada di sini… (jantungnya) dan di sini…. (kepalanya)’ – Dr. Afnani

Penulisan Auni Zainal tidak lah terarah pada cinta Islamik, biasa saja namun berjaya bawa kita sentiasa muhasabah diri dan tingkatkan iman dengan percaya pada keesaan Allah. Kisah cinta Mawaddah dengan Iffat pun tidaklah mendalam kerana mereka cuma berkawan dan banyak simpan dalam hati tanpa meluahkan. 

Ada kejutan yang boleh ditebak dan ada juga kejutan yang berjaya buat I terkejut. Kisah Mawaddah ni tak ada banyak watak walaupun tebal sebab tu boleh baca sikit-sikit. Banyak stop bukan sebab tak best tapi sebab tak ada banyak masa untuk baca. I baca sebelum tidur so kalau terlajak baca walaupun ada benda syok menunggu di bab sebelah tetap terpaksa juga berhenti untuk tidur. 

To be honest dekat belakang memang banyak drag dengan monolog dan drama cliché dari Mawaddah dan banyak skip sebab malas nak baca benda meleweh. Ada juga momen yang I rasa Mawaddah terlampau berlembut sampaikan orang pijak kepala, mungkin sebab nak highlight persona Iffat sebagai hero di mata Mawaddah. Tapi nak salahkan Mawaddah pun tak boleh juga sebab dia dah bagitahu awal-awal yang dia memang lebih senang untuk berdiam diri dan bersembunyi.

'Dan begitulah tabiat harapan. Harapan tidak pernah mati. Harapan mampu memberikan kekuatan kepada manusia sepanjang hayat mereka. Disebabkan itu ada manusia yang tidak sanggup merealisasikan harapan kerana realiti meletakkan harapan kepada risiko. Realiti hanyalah untuk orang-orang yang berani.' - Auni Zainal

Anyway, I syak Auni Zainal adalah Melody sebab playlist Bora Café Saturday Playlist ada banyak lagu BTOB hshshs. I enjoy the playlist so much 😊

1. Author +1, 2.Plot +0.6, 3. Genre +1, 4. Social Message +1, 5. Personal Thought +0.4 = 4/5

2 comments

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.