Obsess Too Much | Mixberry Jelly

Sunday, 9 October 2022


Bulan Mei lepas ada beli Obsess Cleansing Balm dan update entry lepas guna produk dari jenama kecantikan Obsess ni. Masa beli tu ternampak Obsess Too Much Mixberry Jelly ni so add to cart sekali sebab saja nak try. Kebetulan masa tu vitamin C dah habis stock so boleh lah topup kan? Harga untuk satu pek jelly ni RM69.00, boleh beli dekat Shopee ataupun dekat ejen stokis Obsess. I beli dengan Kak Yana, jiran area rumah so kalau habis roger roger je >.<

Obsess Too Much ni ada dua perisa, satu mixberry dan satu lagi campuran asam jawa dengan ramuan lain. Memang tak lah nak pilih asam jawa, kang kalau tak kena dengan tekak macam mana? So kita buat pilihan selamat, beli perisa yang boleh diterima tekak dan sebab packaging dia cantik warna ungu kekeke

Ramuan: 

Air RO, Serbuk Jeli, Ekstrak Sakura, Ekstrak Delima, Ekstrak Blueberi, Serbuk Kranberi, Ekstrak Daun Bearberi, Ekstrak Mulberi, Ekstrak Licorice, Ekstrak Biji Labu, Ekstrak Seabuckthorn Beri, Serbuk DHA (alga), Serbuk Minyak Safflower, Sukralosa. Mengandungi perisa, pewarna dan pengawet yang dibenarkan. Mengandungi pengawal asid dan penstabil sebagai kondisioner makanan yang dibenarkan. 

Kelebihan Obsess Too Much Mixberry Jelly

✅Anti-penuaan

✅Mencerahkan kulit, melembabkan kulit supaya tampak bersinar dan berseri

✅Super Antioxidants

✅Meningkatkan pengaliran darah dan menyembuhkan kulit, membantu membaiki tisu kulit dan menyembuhkan luka. 

✅Awet muda

✅Memelihara kulit dari radiasi bebas, membantu menghalang kanser kulit, menyembuhkan kulit terbakar (sunburn) dan mengurangkan radang matahari.

✅Baik untuk Eczema, sakit kulit atau ruam. 

✅Bagus untuk kesihatan mata, kuku dan rambut

✅Meningkatkan pertumbuhan kollagen dalam badan. 

Dalam satu pek ada 15 stick atau sachet panjang macam dalam gambar tu. Sepatutnya kena makan satu hari satu stick tapi disebabkan harga dia harga M40 untuk saya yang B40, maka I makan bila perlu je. Agak dedar nak demam tu haaa mula lah gagau dekat shelf. Sebab tu tak ada testimoni sebelum dan selepas. Nama pun beli sebab nak cuba. 

Cara penyimpanan dia, simpan di bawah suhu 30 darjah celcius dan jauh dari cahaya matahari. Tak payah masuk dalam peti sejuk pun sedap je makan sebab jelly memang sejuk dan rumah I pun sejuk. Disebabkan saiz dia kecil, senang sangat nak letak dalam handbag. Kalau pergi event seharian, mula lah letih lepastu dehidrasi. Koyak je bahagian atas jelly ni terus ngap masuk mulut. Balik rumah, mandi, tidur, esoknya bangun segar macam biasa. 

Memandangkan stok dah habis, boleh lah add to cart lagi. Recommended untuk yang mencari supplemen tambahan yang sedap. Sesuai untuk ibu mengandung dan remaja 12 tahun ke atas juga :)

2 comments

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.