Pelakon : Azira Shafinaz, Nasha Aziz, Zul Ariffin, Amir Nafis, Jay Iswazir, Danielle Sya, Izzy Reef, Zaftfarrel Mikhael, Sherie Merlis, Putri Jannah
Syarikat Produksi : Infinitus Gold, Astro Shaw, Jazzy Pictures, A Next Star Productions, MM2 Entertainment, Chain FX
Pengedar : Astro Shaw
Genre : Seram
Durasi Tayangan : 98 minit
Tarikh Tayangan : 29 April 2022 (Far East Film Festival Ke-24 di Udine, Itali), 20 Oktober 2022 (Malaysia)
Trailer :
Naskhah seram arahan Kabir Bhatia yang ditayangkan secara perdana di Far East Film Festival Ke-24 di Udine, Itali, Bucheon International Fantastic Film Festival 2022 ke-26 dan Neuchâtel International Fantastic Film Festival 2022 ke-21 mengambil masa selama 3 tahun untuk berjumpa penonton pada 20 Oktober 2022 nanti.
“Talbis Iblis” (Tipu Daya Iblis) menceritakan tentang Hajar (Azira Shafinaz), yang melarikan diri dari ke Bukit Abu Merah bersama suaminya, Arshad (Amir Nafis) untuk melahirkan anak luar nikah bagi mengelakkan orang ramai mengetahui dia hamil. Hajar adalah anak kepada doktor psikologi terkenal di ibu kota namun hubungan mereka berdua dingin sejak kematian adiknya, Hazim (Zaftfarrel Mikhael).
Dah banyak cara Hajar buat untuk ‘buang’ bayi tersebut tapi masih juga melekat namun dalam keadaan yang cacat. Melalui ejen Zaini (Jay Iswazir), mereka berjumpa dengan Mak Ju (Nasha Aziz), seorang bidan yang pakar dalam memberikan penjagaan terbaik dan sulit sebelum dan selepas kehamilan. Urusan harian Mak Ju juga dibantu oleh Nasir (Zul Ariffin) yang lebih banyak diam dan memerhati.
Mak Ju memberikan penjagaan, pertimbangan, kasih sayang ibu kepada Hajar, dan yang paling penting, pemahaman yang tidak pernah dialami daripada ibunya. Tetapi Hajar tidak sedar bahawa Mak Ju sedang mencari wadah jiwa yang sempurna untuk arwah anaknya, dan anak Hajar yang dalam kandungan boleh membantu menghidupkan kembali arwah anaknya.
Penceritaan Talbis Iblis mempunyai tiga latar masa yang menceritakan tentang kisah Junaidah (Danielle Sya) dan Nasir (Izzy Reef) ketika muda, Hajar (Putri Jannah) dan Hazim ketika tragedi dan juga waktu sekarang. Dari awal sehingga ke hujung cerita Kabir Bhatia cuba rungkai sedikit demi sedikit tentang identiti dan rahsia setiap watak.
Kekuatan Talbis Iblis terletak pada sinematografi memukau hasil karya Nurhanisham Muhammad yang menjadikan Pulau Carey terlihat indah. Tak banyak jump scare dalam filem seram ni tapi suasana rumah tersebut cukup untuk buatkan bulu roma berdiri tegak. Shot cantik setiap kali Mak Ju sediakan minuman beri dan limau nipis untuk Hajar. Kita pun jadi teringin sekali nak minum setiap kali tengok.
Watak Mak Ju pun menarik perhatian setiap kali dia berlembut dan beri perhatian lebih pada Hajar. Bukan sebab dia nak dengan anak tu semata tapi sebab sejarah hidup Hajar lebih kurang sama dengan dia. Bezanya Mak Ju ada Nasir yang setia teman dari zaman muda dulu sementara Hajar selalu dihamun oleh Arsyad. Macam mana Mak Ju menyampah tengok Arsyad, sama lah juga perasaan bila nampak Arsyad buat perangai.
Boleh kata semua pelakon yang diambil dalam Talbis Iblis ni deliver watak dengan baik cuma ada beberapa watak yang tak dapat screentime yang cukup untuk berkembang. Watak Junaidah dengan Nasir masa zaman muda contohnya sebab masih lagi tak tahu apa kelebihan yang Nasir dapat bila setia dengan Junaidah. Macam mana Zaini elak dari dikesan pihak polis pun jadi tanda tanya juga sedangkan Nasir dah tegur suruh kawal nafsu. Orang luar pun tahu sesiapa yang datang ke kawasan tu terutamanya di kawasan jeti akan hilang tanpa dikesan.
Naskhah Talbis Iblis menarik sebagai naskhah seram yang menjaga kualiti dari kebanyakan aspek namun ada banyak sub-plot atau babak yang boleh dimasukkan juga dikembangkan supaya cerita lebih kukuh dan lebih mendalam emosinya.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.5 = 7/10
khabir batia kalau buat filem memang lawo , pandai dia cari tempat yg lawo2... tapi akak memang takkan tengok la filem seram gini. Baca dekat sini bolehla dik oi...
Assalamualaikum tuan rumah. Izinkan saya menambah. Saya baru keluar menonton sendirian di pawagam tanpa ada penonton lain. Sebagai peminat filem seram, bersendirian menonton filem ini sangat mengujakan!
Sebenarnya ada lebih 25 kejutan, cuma antara menjadi ataupun tidak. Saya suka intensiti 20 minit terakhir dan pergantungan cerita. Di hujungnya saya terfikir, "Adui, kenapa tak perasan!"
Ada beberapa pesanan dan kritikan sosial, tidak terlalu seram tetapi pastinya bukan untuk ibu-ibu mengandung.
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
Tengok snippet pun dah seram!
ReplyDeletekhabir batia kalau buat filem memang lawo , pandai dia cari tempat yg lawo2... tapi akak memang takkan tengok la filem seram gini. Baca dekat sini bolehla dik oi...
ReplyDeletehaha tak seram sangat lah, dah boleh agak dia punya jumpscare tu. boleh tutup mata awal2 kekeke
Deleteuihh kena masuk list ni. khabir bhatia punya filem mmg terbaik
ReplyDeletecerita seram kalau tengok ramai ramai ni berani la hahaha
ReplyDeletepenulisan review sangat menarik...ada keupayaan untuk menulis secara komersial
ReplyDeleteAssalamualaikum tuan rumah. Izinkan saya menambah. Saya baru keluar menonton sendirian di pawagam tanpa ada penonton lain. Sebagai peminat filem seram, bersendirian menonton filem ini sangat mengujakan!
ReplyDeleteSebenarnya ada lebih 25 kejutan, cuma antara menjadi ataupun tidak. Saya suka intensiti 20 minit terakhir dan pergantungan cerita. Di hujungnya saya terfikir, "Adui, kenapa tak perasan!"
Ada beberapa pesanan dan kritikan sosial, tidak terlalu seram tetapi pastinya bukan untuk ibu-ibu mengandung.
Bila tahu sinematografi dia memukau, rasa nak tengok tapi sebab seram.. Kita baca review kawan-kawan jelah.. hehehe..
ReplyDelete