Berlatarkan tahun 1871 ketika British berkuasa di tanah India, puak Khameran hidup dalam keadaan yang terancam kerana kasta mereka paling rendah berbanding penduduk kota Kaza yang lain. Raja-raja dan orang kaya menyerahkan emas dan barang kemas kepada askar British supaya puak Khameran diusir dari hutan.
Shamshera (Ranbir Kapoor) tak mahu bertarung hingga menggadaikan nyawa yang lain tambah pula isterinya sedang sarat mengandung. Namun janji Shuddh Singh (Sanjay Dutt) menyebabkan puak Khameran dikurung dalam kubu yang dibina jauh dari kota Kaza. Puak Khameran dilayan seperti hamba, dirantai dan dipaksa bekerja tanpa upah. Shamshera yang kecewa ditipu dan gagal melindungi puaknya, berjanji mencari jalan untuk keluar supaya dapat bebaskan puak Khameran.
Dalam kubu tersebut ada satu terowong rahsia yang menghubungkan telaga dengan sungai Aazaad. Malangnya belum sempat Shamshera keluar dari kubu tersebut, dia dibunuh dengan kejam oleh puaknya sendiri.
25 tahun kemudian, Balli (Ranbir Kapoor) pula bercita-cita untuk jadi pegawai polis sebab geram dituduh anak pengkhianat sejak kecil. Dengan ilmu seni pertahankan diri yang diajar oleh Pir Baba (Ronit Roy), kawan baik Shamshera, Balli berjumpa Shuddh Singh tapi pada hari penilaian tersebut dia dapat tahu kisah sebenar ayahnya dan perjuangan terhadap puak Khameran. Balli keluar dari kubu tersebut dan pergi ke kota Nagina untuk sambung perjuangan tersebut bersama Sona (Vaani Kapoor) dan Doodh Singh (Saurabh Shukla).
Dah lama tunggu movie Shamshera ni keluar sebab berita dah keluar sejak 2018 lagi tapi tertangguh sebab pandemik. Bila dah keluar 22 Julai 2022 lepas, tak banyak pun yang buat review untuk filem ni sebab ada kempen untuk boikot filem Bollywood. Terpengaruh dengan negative reviews, batalkan je lah niat untuk tengok dekat cinema dan tunggu keluar dekat streaming platform.
Penceritaan Shamshera agak panjang sebab pengarah Karan Malhotra masukkan 6 buah lagu dalam filem. Patutnya lagu Fitoor dengan Hunkara buat untuk promo material sebab mengganggu penceritaan. Lagu Parinda dengan Shamshera tu okay lah sebab bergerak seiring dengan cerita dan lirik dia pun sesuai dengan situasi pada babak tersebut.
Sinematografi dari Anay Goswamy tampak meyakinkan dengan set rekaan untuk menggambarkan kawasan kota Kaza, kubu Khameran dan juga kawasan hutan tapi tidak untuk kota Nagina. Nampak sangat set yang dibikin untuk menempatkan pembesar dan orang kaya. Sedangkan kubu untuk kurung puak Khameran juga set rekaan di studio Film City, Mumbai. Penggunaan VFX juga tak kemas terutamanya bila melibatkan sekawan burung gagak dan keretapi.
Kekuatan Shamshera terletak pada lakonan Ranbir Kapoor yang menggalas dua watak utama dan berbeza – Shamshera dan Babli. Walaupun bawa dua watak yang seakan sama fizikal dan karakter, tetap nampak perbezaan antara keduanya. Masa Balli berjumpa dengan Shamshera rasa hanyut sekali dalam babak tu. Screen presence Ranbir memang sesuai lah dengan aura ketua puak yang dibawa dalam naskhah Shamshera. Masa Shuddh Singh duduk sebelah Shamshera tu, tenggelam terus aura Sanjay Dutt padahal fizikal Ranbir lagi kecil dari dia. Hilang terus avatar villain yang dia bawa sejak zaman Agneepath (2012) dulu.
Action stunt pun kemas dan menarik walaupun cuma pakai kapak besar berlawan dengan askar British yang guna senapang dan pistol. Babak Balli bertarung dengan Colonel Freddy Young (Craig McGinlay) pun best tengok sebab banyak guna hand-to-hand combat.
Pelik juga kenapa pengarah masukkan burung gagak dan bawa roh Shamshera masa berjumpa dengan Balli dekat atas gunung rupanya burung gagak adalah penghubung antara dunia nyata dan kematian. Selain bertindak sebagai mediator, burung gagak adalah simbol kepada kelahiran semula.
Pertama kali Ranbir bekerja dengan Vaani dan tak sangka langsung chemistry diorang menyengat. Sayangnya watak Sona tak dapat banyak ruang pun sebagai tulang belakang dan peniup semangat Balli. Kerja dia menjerit dan mengharapkan Balli datang selamatkan setiap kali ditangkap. Masa perang antara Khameran, askar British dan polis India pun Sona dukung anak dan menjerit saja. Sedih betul tengok.
Naskhah Shamshera boleh jadi penebus untuk Yash Raj Films lepas gagal dengan filem Thug Of Hindustan (2017) namun malangnya, YRF masih lagi terperangkap dengan templat yang sama.
1. Team Production +0.7 , 2. Visual +0.6, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 7.8/10
Sinematografi dan muzik sangat menarik. Metafora interpretasi burung gagak tu juga sangat unik. Mungkin sebab lain budaya lain cara tapi mesejnya sampai kot.
Ohh wow....while reading this it recalled my last Hindi movie. With your good review rating, I'm gonna watch it this coming weekend, yeah! Cheers Siennylovesdrawing
Seronok kan tengok filem hindi dan tamil. Kesungguhan mereka dalam apa sahaja situasi buat kita tahu mereka memang pejuang. Tidak gentar dan lawan sampai habis.
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
Sinematografi dan muzik sangat menarik. Metafora interpretasi burung gagak tu juga sangat unik. Mungkin sebab lain budaya lain cara tapi mesejnya sampai kot.
ReplyDeleteWow. 7.8/10 markah diberi. That's quite acceptable la kan. Rawlins, kalau nak layan Bollywood kena ada mood sebab biasanya 2 hours and more kan.
ReplyDeleteok dah masuk list. biasa weekend baru layan movie Bollywood..Jalan cerita macam best je
ReplyDeleteMenarik juga jalan cite filem ni kan! Almost the same like perjuangan Mat Kilau juga ni... good to watch! boleh masukkan dalam list...
ReplyDeleteOhh wow....while reading this it recalled my last Hindi movie. With your good review rating, I'm gonna watch it this coming weekend, yeah! Cheers Siennylovesdrawing
ReplyDeleteAM memang peminat filem Bollywood. Nak masukkan dlm wishlist movie yang nak tgk jugala.. cant wait to watch it!!
ReplyDeleteThank you Farhana.. baru berkira-kira nak tengok ke tak.. Masuk list dulu..
ReplyDeleteSeronok kan tengok filem hindi dan tamil. Kesungguhan mereka dalam apa sahaja situasi buat kita tahu mereka memang pejuang. Tidak gentar dan lawan sampai habis.
ReplyDeleteMemang best sekali layan movie hindustan macam ni, thanks for the recommendation nanti sis nak watch juga.
ReplyDelete