Penulis Skrip : Jujur Prananto, Mira Lesmana, Riri Riza
Pelakon : Nirina Zubir, Nicholas Saputra, Caitlin North Lewis, Lukman Sardi, Cornelio Sunny, Chandra Satria, Ahmad Ramadhan Al Rasyid
Syarikat Produksi : Miles Films
Pengedar :
Genre : Thriller / Drama
Durasi Tayangan : 102 minit
Tarikh Tayangan : 8 Julai 2021 (25th Bucheon International Fantastic Film Festival), 11 November 2021 (Indonesia)
Trailer :
Naskhah thriller drama yang ditayangkan di Bucheon International Fantastic Film Festival ke-25, Korea Selatan juga tercalon dalam 4 kategori anugerah di Indonesia Film Festival mengangkat tema keganasan rumah tangga antara Dina (Nirina Zubir) dan suaminya, Gion (Lukman Sardi).
Bukan hanya kerana mendera isteri saja Gion dimasukkan ke dalam penjara malah kerana mengedar dadah juga. Setelah 4 tahun di dalam penjara, akhirnya Gion dibebaskan kerana pandemic Covid-19 yang semakin mendadak jangkitannya pada rakyat Indonesia. Mendengar berita tersebut Dina bawa anak perempuan tunggalnya, Laura (Caitlin North Lewis) pergi ke Villa Dewata untuk bersembunyi.
Di sana mereka bertemu dengan Raka (Nicholas Saputra), arkitek yang kehilangan anaknya dalam kemalangan jalan raya. Laura meminta bantuan Raka untuk cari penjual patung antik milik ayahnya supaya dia dapat duit lumayan untuk beli kereta tanpa pengetahuan Dina. Sepatutnya patung antik tersebut ditinggalkan di rumah lama dengan harapan Gion berhenti memburu mereka.
Penceritaan Paranoia olahan Riri Riza agak perlahan, mungkin untuk menguatkan elemen drama atau thriller. Plot pada first half tak lah begitu kuat sampai hilang minat untuk fokus dengan kisah keluarga kecil di Bali ni. Nasib baik sinematografi yang berlatarkan keindahan Bali mencuri tumpuan terutamanya kawasan sekitar Villa Dewata yang direka berkonsepkan nusantara.
Masuk second half momentum Paranoia semakin menarik bila Gion berjumpa dengan Rahim (Cornelio Sunny) untuk tahu di mana Dina dan Laura bersembunyi. Raka juga sudah tahu apa rahsia di sebalik patung antik kepunyaan Gion dan kenapa dia beria mencari. Berdebar juga lah bila Raka dapat tahu rahsia tu dan ambil tindakan seterusnya.
Patutnya pengarah masukkan lagi babak antara ayah dan anak sebab di mata Laura, Gion adalah ayah baik dan penyayang. Mungkin lebih mendalam emosi tu bila dia memberontak terpaksa tinggalkan Gion dan ikut Dina berpindah ke beberapa tempat. Mungkin lagi bertambah geram kalau tengok Gion manipulate Laura dengan kata-kata dia. Boleh kata naskhah Paranoia kurang menyengat sebagai naskhah drama sebab tak cukup rencah.
Caitlin dibawa masuk seolah untuk menjadi pasu bunga, pamerkan kecantikan sedangkan banyak ruang untuk watak dia berkembang sebagai anak yang tertekan dengan masalah keluarga. Anak yang memberontak kerana terkurung di rumah tanpa perhatian sesiapa. Tak ada pun babak Laura bercakap dengan gambar Gion ataupun apa-apa perbuatan yang tunjuk dia rindu dengan Gion.
Sama juga dengan watak Raka yang tak cukup kuat sebagai ayah yang kehilangan anak akibat kereta yang dipandunya. Patutnya Raka luahkan juga pasal bekas isteri yang halang dia jumpa Nadine lepas kemalangan tu. Setiap orang ada cara masing-masing bila berdepan dengan trauma tapi penulis tak bagi peluang langsung pada watak Raka. Tipu lah kalau kata kebanyakan yang tengok filem ni sebab filemnya dan bukan sebab Nicholas Saputra.
Idea untuk buat si isteri paranoid dengan berita suami dilepaskan dari penjara dan dalam masa yang sama bertemu dengan orang yang trauma kerana kehilangan tu dah menarik. Sebab masa pandemic kita cuma fokus dengan virus tapi tak terfikir macam mana ngeri orang yang hidup dengan pendera seperti Gion. Sayangnya olahan untuk menjadikan naskhah yang bagus masih banyak lagi perlu diperbaiki. Rasanya lagi sesuai jadi filem pendek ataupun music video saja.
1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +.5, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.2, 7. Themes +1, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought + 0.2 = 6.2/10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
i tahu plot dia macam tu tapi still tak puas hati kenapa Gion dilepaskan. kesian Dina terpaksa jadi perlarian sebab takut Gion dapat jumpa diorang.
ReplyDeletetu lah, suami macam tu, anak pula tak boleh diharap
Delete