Pelakon : Oka Antara, Indah Permatasari, Ge Pamungkas, Yayu Unru, Ira Wibowo, Lydia Kandou, Sheila Dara, Bima Azriel, Keira Vanaya, Jordan Omar
Syarikat Produksi : Starvision Plus
Pengedar : Disney+ Hotstar Indonesia
Genre : Drama / Komedi
Durasi Tayangan : 119 minit
Tarikh Tayangan : 30 April 2022
Trailer :
Adam (Oka Antara), Laras (Indah Permatasari), dan Dicky (Ge Pamungkas) merupakan tiga beradik yang bersaing untuk dapatkan rumah tetamu milik ayah mereka, Dahlan (Yayu Unru). Sebelum meninggal, Dahlan ingin mewariskan kepada salah seorang anaknya yang benar-benar layak sebagai pengurus dan 70% keuntungan dari rumah tetamu akan diberikan kepada calon tersebut.
Keputusan untuk menentukan siapa yang layak bukanlah terletak di tangan Dahlan sebaliknya pada para pekerja di Salma Guesthouse. Sesiapa yang mampu tawan hati pekerja dan memudahkan kerja serta menarik lebih ramai pelanggan maka dia lah yang akan dipilih sebagai pengurus baru. Adam, Laras dan Dicky diberi masa selama satu bulan untuk menentukan kemahiran mereka.
Masing-masing ada kelebihan tersendiri bila Adam mempunyai kemahiran bercakap dan memujuk pelanggan kerana dia bekerja di call centre. Manakala Laras pula bekerja di Panti Werdha Putri Kasih, rumah jagaan orang tua jadi dia tahu bagaiman untuk cari funder dan jaga kebajikan pekerja di rumah tetamu nanti. Dicky pula lebih santai kerana dia adalah anak kesayangan Dahlan.
'Dam, kalau kamu terpilih, kita bisa masukkan Kevin ke mana aja dan bapak ngaak bisa mengatur kita lagi. Kan itu wang kamu.'- Rini
Bila layan naskhah Gara-gara Warisan arahan Muhadkly Acho macam roller coaster ride sebab kejap sedih, kejap berdekah dengan babak lucu. Bukan saja komedi datang dari barisan utama malah watak sampingan seperti pekerja di rumah tetamu. Pelanggan pun banyak benar kerenahnya. Rini (Hesti Purwadinata), isteri Adam paling banyak momen kelakar dengan idea untuk buat social media content.
Masuk bab drama kebanyakannya datang dari watak utama kerana konflik antara Laras dan ibu tirinya, Sri Astuti (Ira Wibowo) ataupun ketidak adilan Dahlan dalam menjaga anaknya. Dari kecil sampai besar Adam terpaksa mengalah dengan adik bongsunya, Dicky.
Sampai kita pun rasa menyampah dengan Dahlan sebab lebihkan Dicky hanya kerana anaknya sakit jantung berlubang. Bila besar, jadi penagih dadah dan habiskan duit bapa sedangkan Adam terpaksa berkorban impian dan hidup. Nak kasihan dengan Dahlan pun tak boleh sebab melampau sangat walaupun dia ada sebab dia sendiri. Kalau dia tak halang impian Adam mungkin tak lah rasa marah sangat dengan tindakan dia.
Disebabkan konflik rumah tangga dari kecil, ketiga beradik memang tak ada bonding yang kuat. Sikit saja benih ragu datang mula lah berantam. Kalau Adam dengan Dicky boleh faham lah kenapa tak rapat tapi Adam dengan Laras pun tak lah ada pertalian erat pun. Tak diberitahu kenapa dan tak juga dikembangkan sebaiknya untuk dua watak ni.
Kali kedua tengok lakonan Sheila Dara lepas filem Teka Teki Tika (2021) yang lebih memberi ruang berbanding naskhah Gara-Gara Warisan. Namun lakonan dia masih menyerlah sebagai teman wanita Dicky yang banyak bagi moral support supaya dapat keluar dari kancah dadah. Sheila dan Ge tampak serasi bersama dalam ruang yang terhad. Tak pasti Sheila dengan Ge nyanyi guna suara sebenar ataupun suara penyanyi latar, yang pastinya lagu tu sedap.
Walaupun happy ending tapi masih lagi tak puas hati dengan Dahlan sebab tak sedar kesilapan dia dengan Adam. Kalaupun dia ayah tapi yang salah tetap salah, tak pernah pun dia minta maaf seikhlas hati, menyesal ataupun ucap terima kasih pada anak sulung dia. Nasib baiklah arwah isteri dia, Salma (Lydia Kandou) yang banyak pujuk Adam masa kecil.
Dalam filem dah nampak berat sebelah dekat mana, bayangkan dunia nyata yang memang banyak kisah anak sulung terpaksa berkorban untuk keluarga. Rasa tak puas hati tu dari awal cerita sampai ke hujung sebab nak tunggu momen Adam dengan Dahlan tapi sayangnya tak ada. Haihhhh
1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.4 = 7.7/10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
Geram pulak bila baca. Kasihan anak yang jadi mangsa pilih kasih ni
ReplyDeleteBest juga tengok drama komedi kisah kekeluargaan ni. Boleh relate dengan life kita.
ReplyDeletetak suka parent pilih kasih macam. genre komedi mesti kelakar tapi i takut nangis pula bila part adam ni. macam tak adil betul..huhu
ReplyDelete