Masuk bulan Oktober Kementerian Kesihatan Malaysia bawa berita baik kepada rakyat Malaysia bila applikasi MySejahtera ada features baru, iaitu kad penderma darah digital. Masuk je applikasi MySejahtera kemudian update profile dan klik di bahagian profile. Nanti nampak lah jumlah menderma dan apa keistimewaan yang akan diberikan mengikut tahap keistimewaan.
Tapi tak semua individu yang menderma akan terima data yang sama sebab Kad Penderma Darah Digital cuma ambil kira mereka yang menderma darah menggunakan sistem Blood Bank Information System (BBISV2) sahaja yang sedang digunakan di seluruh negara buat masa ini. Sebab tu akan ada bilangan derma di buku derma darah tak sama dengan data yang ditunjukkan pada applikasi MySejahtera.
Terdapat 22 buah pusat pendermaan darah yang menggunakan BBISV2:-
1) Pusat Darah Negara
2) Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor.
3) Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu
4) Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat, Johor.
5) Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.
6) Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kelantan.
7) Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak.
8) Hospital Taiping, Perak.
9) Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.
10) Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang.
11) Hospital Pulau Pinang.
12) Hospital Miri, Sarawak
13) Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, Pahang.
14) Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang.
15) Hospital Seri Manjung, Perak.
16) Hospital Umum Sarawak.
17) Hospital Sibu, Sarawak.
18) Hospital Tawau, Sabah.
19) Hospital Queen Elizabeth II, Sabah.
20) Hospital Sandakan, Sabah.
21) Hospital Melaka.
22) Hospital Tuanku Ja’afar Seremban, Negeri Sembilan.
Tempoh untuk MySejahtera update bilangan menderma pun makan masa paling lama pun 24 jam. Kalau tak ada juga, kena contact pusat darah ataupun berhubung secara terus dengan admin MySejahtera di media sosial. Sama juga kalau ada ralat atau perbezaan data dengan buku derma darah.
Data dekat applikasi MySejahtera memang sama lah dengan yang dekat buku sebab baru ada kekuatan untuk menderma pun pada tahun 2018 lepastu pandemik. Setiap kali team bank darah datang ke Star Avenue mesti sama dengan tempoh datang bulan ataupun waktu sekitarnya maka tak cukup lah hemoglobin untuk menderma. Jumlah darah yang diambil setiap kali menderma lebih kurang 5 liter (10-12 pain) darah dalam badan.
Pernah juga cukup syarat untuk derma tapi buku derma pula tak bawak sebab kebetulan terjumpa pusat derma darah buka booth masa tu. Nak menapak ke pusat menderma darah memang malas sebab kena naik Grab. Tak mampu betul nak hadap traffic jam di bandaraya tu walaupun tahu kepentingan menderma darah ni boleh tolong selamatkan nyawa pesakit pembedahan, mangsa kemalangan atau untuk merawat pesakit leukemia, barah, penyakit jantung, penyakit hati dan hemophilia. Tssskkk....
Terima kasih kepada KKM yang ambil inisiatif untuk wujudkan Kad Penderma Darah Digital sebab sebagai seorang yang pelupa, kad digital ni tersangatlah membantu. Lepas ni boleh tunjuk MySejahtera apps je dekat nurse lepas derma darah. Dan kerana jealous tengok orang lain dapat keistimewaan lebih tinggi darjatnya maka Pana akan rajin menderma darah mulai dari sekarang!
Wah dah mudah.. Semoga lebih banyak hospital akan dimasukkan dalam MySejahtera..
ReplyDelete