Dulu masa kecik bila balik kampung tok mesti jamu ayaq cendawan mekah. Tak pasti lah kenapa nama dia cendawan mekah padahal bukan bawak balik dari Mekah pun. Tok suka buat dalam balang jernih yang besar dan simpan dekat dalam almari di ruang tamu. Senang nak bagi minum bila orang datang.
Sekarang ni tak perlu tunggu balik kampung sebab Jungkook BTS dah popularkan air yang kaya dengan probiotik ni yang digelar dengan nama kombucha. Makin ramai yang keluarkan minuman kombucha ni lepas Jungkook frust bila ARMY borong air kesukaan dia sampai habis. Dia baru sempat minum sebotol je masa tu.
Teh kombucha adalah teh hasil fermentasi larutan teh dengan gula yang kemudian ditambahkan mikroba pemula iaitu bakteria Acetobacter xylinum dan beberapa ragi iaitu Saccharomyces cerevisiae, Zygosaccharomyces bailii dan Candida sp.
Dekat Malaysia selalu nampak jenama Wonderbrew keluarkan pelbagai jenis perisa teh kombucha. Sebelum ni dah pernah beli perisa asli jadi kali ni beli perisa gabungan kombucha dan buah kedondong ataupun orang utagha panggil buah amra.
Ingredients:
filtered water, organic cane sugar, green tea, amra, organic Kombucha culture
Rasa dia tak lari jauh pun dari kombucha asli tapi ada manis manis masam buah amra bila minum. Harga untuk 230ml dalam RM9 macam tu. Kalau perut jenis tak tahan ataupun sensitif dengan kafein tak boleh minum sangat air kombucha ni. Masa minum ni pun behave je minum seteguk dua lepastu selang dalam 4 atau 5 jam baru minum lagi sikit sebab rasa dia agak kuat lah.
Selain dari rasa dia yang sedap, packaging dari Wonderbrew pun menarik sebab guna botol kaca berwarna coklat gelap ni. Rasa macam nostalgik betul bila minum sebab teringat air cendawan mekah yang tok bagi dekat kampung dulu. Air ni bagus untuk kesihatan luar dan dalam macam pulihkan sistem pencernaan dan cantikkan kulit.
Wonderbrew pula ada buat pek promosi untuk pelanggan yang nak beli secara pukal ataupun langgan setiap hari. Nak tengok semua promo pergi je dekat akaun Instagram Wonderbrew.
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.