WEBTVASIA PERKENAL BINTANG MUDA BAHARU, AHIRINE AHIRUDIN

Wednesday, 14 September 2022


Ahirine Ahirudin, atau mesra dengan panggilan E, merupakan graduan Ijazah Komunikasi Massa (Kewartawanan) dari Universiti Teknologi Mara (UiTM). Sebelum melangkah ke dalam dunia lakonan, gadis jelita ini pernah terlibat dalam dunia media sebagai wartawan penyiaran di salah sebuah syarikat produksi televisyen popular Malaysia. Tidak hanya itu, Ahirine juga pernah mengutip pengalaman sebagai penulis automotif untuk salah satu akhbar Inggeris terkemuka negara. Merupakan anak kedua daripada 3 beradik, Ahirine pernah menanam cita-cita untuk menjadi seorang pelakon dan juga berhasrat untuk menjelajah satu dunia bersama ‘buah hati’ beliau iaitu, motorsikalnya. 

Ahirine kemudian beralih angin menjadi pelakon aksi dan lagak ngeri untuk beberapa buah filem yang bakal ditayangkan nanti. Semakin serius dalam memacu kerjaya seninya, gadis lasak dan penuh berbakat ini bakal membintangi filem usahasama Malaysia dan Singapura, What! The Heist arahan Matt Lai, yang mana beliau memegang watak Bangkok, serta filem Remp-It 2 yang bakal ditayangkan tidak lama lagi. Majlis Sesi Ramah Mesra bersama Ahirine ini diadakan untuk memperkenalkan secara rasmi artis baharu di bawah naungan Prodigee Asia Talent (PAT). PAT, adalah sebuah syarikat pengurusan artis di bawah WebTVAsia yang juga merupakan syarikat hiburan digital terbesar di Asia. 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif serta pengasas WebTVAsia, Fred Chong, “Ahirine mempunyai personaliti yang unik dan sangat special. Peluang untuk beliau melebarkan sayapnya di dalam industri lakonan ini sangat luas. Pihak pengurusan juga sentiasa menggalakkan Ahirine menceburkan diri dalam pelbagai bidang bukan sahaja di dalam negara, tetapi di luar negara. Kami sentiasa menyokong segala  minat dan aktivitinya samada dalam sukan permotoran atau bidang lakonan. Kami pasti, Ahirine bakal menjadi bintang filem yang hebat pada satu hari nanti. Harapan kami juga, semoga beliau terus berdedikasi  dan komited sebagai seorang anak seni yang mempunyai pelbagai kebolehan dalam dunia hiburan tempatan untuk mencuba segala peluang di depan mata. WebTVAsia juga selalu menggalakkan artis-artis di bawah naungan kami untuk aktif di laman sosial, kerana platform ini turut memberi impak yang besar dalam menaikkan lagi profil mereka. 

Ahirine yang juga aktif dalam sukan lasak dan aktiviti permotoran turut berkongsi, “Saya amat bersyukur kerana WebTVAsia memberi peluang kepada saya untuk mengembangkan lagi bakat saya serta menyokong kerjaya saya sebagai bakat baharu di dalam industri hiburan tempatan. Saya juga berharap lebih ramai orang yang mengetahui kewujudan saya di dalam industri hiburan tempatan supaya saya dapat menonjolkan lagi bakat yang saya ada. Bersama keluarga baharu saya,  WebTVAsia, saya yakin pihak pengurusan banyak menyusun dan mengajar saya mengenai selok belok dunia hiburan, lakonan mahupun pengacaraan. Saya juga masih mentah dalam industri ini, masih banyak yang perlu saya belajar dan perbaiki”

Ahirine juga menyatakan keinginannya bekerjasama dengan produksi - produksi filem hebat tempatan serta antarabangsa. Akhir sekali, Ahirine berharap agar orang ramai dapat menyokong dan menantikan kemunculan beliau akan datang. Antara aktiviti terkini Ahirine, WebTVAsia bakal menerbangkan Ahirine ke Thailand, untuk mengendalikan sebuah program sukan permotoran bertaraf dunia bersama salah sebuah produksi televisyen antarabangsa. Selain itu, Ahirine turut menjalinkan kerjasama dengan beberapa jenama  terkenal seperti Armor All, Yamaha, Toyota, Colgate, SpoTV dan banyak lagi. 

Untuk sebarang berita dan maklumat lanjut berkenaan Ahirine Ahirudin, sila layari laman Facebook rasmi Prodigee Asia Talent.

Platform media sosial Ahirine Ahirudin : Instagram | Facebook | Twitter | Tiktok

2 comments

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.