TV Show Review | Koffee With Karan Season 7 : Episode 4 (2022)

Sunday, 25 September 2022


Director : Karan Johar
Writer : Karan Johar
Cast : Karan Johar, Ananya Panday, Vijay Devrakonda
Production Company : Dharmatic Entertainment
Distributor : Disney+ Hotstar India
Genre : Talk Show
Running Episodes : 12 episode (60 minutes per episode)
Release Date : 06 August 2022
Teaser :


Kalau episod sebelumnya ada Samantha Ruth Prabhu yang akan debut dalam Bollywood, dalam Episod 4 pula ada Vijay Devrakonda yang akan debut dalam movie Liger di bawah terbitan Dharma. Boleh kata Ananya Panday dan Vijay datang untuk promote movie diorang dekat Koffee With Karan 7. Vijay pun datang untuk diperkenalkan kepada peminum kopi sebagai cheese yang disebut-sebut dalam Episod 2. 

I excited nak tengok episod ni sebab ada Ananya Panday, my fav in Gen Z’s batch tapi episod ni agak dull sebab Vijay agak introvert dan sentiasa bagi jawapan diplomatik. Muka KJo pun pasrah bila dok cucuk tapi tak dapat jawapan panas yang dia nak. Ananya dah warning awal yang Vijay memang hard to crack. 


Awal lagi KJo tanya apa status Ananya dengan Ishaan Khatter, Kartik Aryaan dan Aditya Roy Kapoor. Dalam Episod 2, Sara bagitahu the reason dia break up dengan Kartik sebab ‘He’s everyone’s exes’ tapi Ananya refute the rumours yang dia dengan Kartik cuma kawan. Lagipun masa tu dia in relationship dengan Ishaan. At her age, relationship datang dan pergi lah bukan something serious pun. I don’t know if it’s a mutual breakup sebab Ishaan dengan Ananya tak sembang apa sangat. Belum ada sesi throwing shade maksudnya. 

KJo tumpahkan teh yang Ananya dengan Aditya Roy Kapoor sembang mesra dekat parti. I dah boleh nampak KJo tengah cuba mencari isteri untuk Adi. Mungkin lepas ni ada movie Ananya dengan Adi since dah KJo dah bagi hint macam ni. Tapi untuk jadi isteri tu macam tak mungkin sebab suami Ananya dah ditulis sejak kecil. Dari hint dalam episod ni, Aryaan Khan. 


Masa KJo aju soalan dekat Vijay tentang nepotism, Vijay cakap benda tu privileged yang tak semua orang dapat tapi dia sendiri taknak ubah sesuatu yang dia bersyukur tentang perjalanan hidup dia. Berbeza dengan Ananya yang sentiasa kena troll sebab lahir sebagai anak pelakon yang pernah top tahun 80-an. 

‘Of course, it takes a toll on me. I can’t sit here and pretend I’m happy or I’m very strong and I can deal with everything because I think as a 19-years old when you’re constantly told that you’re ugly or you’re flat chested or you look a certain way or insult my parents or my sister, it gets a little scary and gets a little sad sometimes because I’m like what did I do so wrong you know because I try to be kind, nice person, I work very hard. I’m very sincere about my work. I love acting. As far as I can remember I wanted to be an actor so sometimes I’m just like I’m just a girl trying to do my job. I didn’t know what I did so wrong to hurt or offend people. But then I also can understand where people are coming from and it’s okay.’ – Ananya Panday


I agree 100% on this one sebab melampau sangat lah orang selalu troll dia tak sudah padahal dia tak lah teruk sangat sampai tak boleh berlakon langsung. Kalau letak dia sebelah Janhvi Kapoor, Sara Ali Khan dengan Tara Sutaria, I would always choose Ananya Panday dan lakonan dia pun dipuji oleh film critics. 

Anyway walaupun episod ni agak dull tapi Ananya berjaya tolong KJo untuk buat Vijay selesa untuk bercerita. No wonder lah Ananya boleh berkawan dengan Vijay sebab dia ada banyak jugak cerita cuma tak pandai bercerita. I love this introvert-extrovert equation. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +0.6, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 9.5/10

1 comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.