TV Show Review | Koffee with Karan Season 7 : Episode 10 (2022)

Sunday, 25 September 2022

Director : Karan Johar
Writer : Karan Johar
Cast : Karan Johar, Katrina Kaif Kaushal, Ishaan Kapoor, Siddhant Chaturvedi
Production Company : Dharmatic Entertainment
Distributor : Disney+ Hotstar India
Genre : Talk Show
Running Episodes : 13 episode (60 minutes per episode)
Release Date : 06 August 2022
Teaser : 


Lepas si suami muncul dekat Episod 7, si isteri pula buat kemunculan untuk promote filem baru, Phone Bhooth dengan Ishaan Kapoor dan Siddhant Chaturvedi. Sama macam Vicky Kaushal, Kat juga kena peril dengan Karan Johar sebab tak jemput dia ke majlis perkahwinan diorang di Jaipur. Ishaan dengan Sid pun bagitahu benda yang sama. At this point, VicKat perlu buat satu majlis resepsi untuk kawan artis dan media supaya semua happy. 

Menyerlah betul kegembiraan di muka Katrina sejak berkahwin dengan Vicky, Nampak betul dia Bahagia jadi pengantin baru as she should be after wanting that kind of relationship for decades. Setiap kali Kat sebut nama Vicky ataupun bercerita pasal marriage life dia, mesti dia senyum lebar, sengih sampai ke telinga. 


KJo : Did Zoya play matchmaker? Is that true?
Katrina Kaif : I would say that, when we did get to the point where I realized that, listen I kind of, I like this person. Zoya was one of the first people I told. And she may or may not have, you know, put some good thoughts and energies out there. 

Suka betul tengok style Siddhant Chaturvedi dekat set Episod 10 Koffee With Karan 7 ni sebab dia Nampak hip, cool and trendy. Dia bawa imej 80’s baddies dengan jaket kulit hitam, open chested shirt, metal chain dan rambut curl. He’s kinda cute! Ishaan pun comel dengan hyper energy dan mulut becok dia. Boleh imagine macam mana Kat, Ishaan dengan Sid dekat set Phone Bhoot. Dah la genre filem tu pun horror comedy, mesti bersepah fun vibes. 


Ishaan bagitahu masa dekat set Katrina level lain dengan diorang. Bila Katrina nak datang set je mesti semua orang bagi perhatian dekat Kat. Lepastu Kat ada perangai yang sama macam kawan baik dia, Anushka Sharma, bila menyembang mesti zoned out. Jasad ada depan mata tapir oh entah dah pergi mana. 

KJo : Now you and Ishaan got friendly way before this film has happened. It was a gym friendship from what I understand.
Sid : No no no, absolutely not. He was the first celebrity, the first blue tick who messaged me after the teaser was out.
Katrina : You are talking about the ‘Gully Boy’ right? 
Sid : No, no, when the teaser had come out. Not after the release of the film. That was you.
Katrina : Cause I was very supportive when I saw you in a film. 
KJo : But it’s not about you now, Katrina!


Comel betul bila tengok Kat bagitahu dia pun message Sid lepas Gully Boy cuma Ishaan terpaling awal antara semua sebab tu diorang rapat. Lepastu Sid ada movie dengan Ananya Pandey, ex Ishaan so diorang banyak hang out together. Ishaan reveal dia break up dengan Ananya macam mana Ananya sahkan dalam Episod 4 and they’re remain friends also someone’s special in his life. 

Ishaan: You’re so mean to her in that episode.
KJo: No, I meant like both of them. Breakup is always mutual, right?
Ishaan : You’re like grilling and drilling…
Katrina: One second, one second… A breakup is always mutual?


Berdekah bila Katrina tanya macam tu sebab Ranbir Kapoor tinggalkan dia pakai sticky note lekat dekat peti ais je. Macam mana Kat meroyan dalam movie Zero, macam tu lah juga in real life. That’s why dia happy sangat jumpa suami macam Vicky Kaushal. Even mentua pun saying dia dan anaggap Katrina sebagai pembawa rezeki, jauh berbeza dengan layanan yang dia dapat dari Rishi dan Neetu.

I could say this is one of the best episode sebab Karan tak sembang pasal sex, tak petik nama Alia dengan Ranveer sangat, the guests have fun and bring the fun vibes to the set. Ishaan, Kat dengan Sid semuanya comel dan kelakar. Betul lah apa Disney+ Hotstar kata, this trio has our hearts!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.