Running Episodes : 12 episode (60 minutes per episode)
Release Date : 06 August 2022
Teaser :
Pairing dalam Episod 3 keluar dari kebiasaan sebab Akshay Kumar datang dengan Samantha Ruth Prabhu, pelakon South industry yang akan debut dalam Bollywood movie. Tak pernah tengok lakonan Samantha sebelum ni dan tak kenal karakter dia macam mana cuma tahun ni kecoh dengan kes cerai dia dengan Naga Chaitanya tahun lepas.
Pelik juga kenapa KJo pilih pairing ni rupanya sebab ikut carta Ormax, Akshay Kumar dan Samantha Ruth Prabu kedua-duanya duduk di tangga pertama untuk keseluruhan India. Tahun lepas dan tahun ni memang kejayaan besar untuk South India sebab movie diorang banyak yang bawa balik untung dan juga dipuji oleh pengkritik filem. Tak hairan lah kalau ramai pelakon dari South yang masuk dalam carta. Bukan setakat di pawagam malah di streaming platform juga.
Yang menyampahnya bila KJo kata dekat Samantha, apa perasaan kalahkan Alia Bhatt dan duduk di tangga teratas. I was like pfftt. Muka Samantha pun macam eh jugak lah tapi sebab dia jenis chill, tak lah dia nak terkesima sangat dengan soalan tu.
‘I should be honest. I am paying someone at Ormax.’ – Samantha Ruth Prabhu
Akshay pula utarakan soalan kenapa pelakon Bollywood tak suka berlakon dalam 2-hero ataupun 3-hero film? Zaman 80-an dulu penuh poster dengan muka pelakon, sama lah juga dengan zaman 90-an dan awal 2000 tapi bila masuk new gen Bollywood dah mula berkurang dah lepastu mati terus. Ingat lagi lepas filem Gunday, Arjun Kapoor buat statement dia dah taknak berlakon dalam 2-hero film padahal dalam Gunday dia berlakon dengan kawan baik dia sendiri, Ranveer Singh.
‘As a producer, I’m telling you it is impossible to cast a 2-hero film, two any actor, two female leads, two male leads. It’s just becoming more and more …. I don’t know. I think it’s also… It’s insecurity that ‘I can’t own this film completely.’ Or like ‘There will be a one-upmanship, which will affect my stardom’. You ask any Bollywood producer, any producer across the border. I’ve been around for 25 years, and if I can find it difficult, I can imagine what it’s like for anybody else even having a dream to cast.’ – Karan Johar
Thanks to Akshay for pointing out one of the serious issues in Bollywood apart from nepotism which has been a ridiculous debate. Mungkin sebab ramai yang mengejar box office collection sampai jadi insecure. Tapi perspektif Akshay si pelakon berbeza ye dengan Akshay si produser sebab walaupun dia berlakon dalam 2-hero film, dia akan cut screentime hero lagi satu. Tu pun satu hal jugak kenapa ramai pelakon baru taknak bekerja dalam projek yang ada ramai pelakon. Boleh jadi tahun depan akan keluar balik trend 2-hero films ataupun 3-hero films sebab South makin cemerlang sejak ada franchise Baahubali dan terbaru, movie RRR.
I suka tengok KJo bagi love and life advice dekat Samantha bila sembang pasal penceraian dia. Kalau I jadi Samantha pun I akan pergi dekat Karan untuk advice. Akshay pula bagi nasihat emas dekat semua suami supaya dengar apa yang isteri cakap. Dia survived sampai sekarang sebab dia biar Twinkle yang buat keputusan dan dengar semua cerita Twinkle.
‘Listen, I have a bone to pick with you. You are on some level the reason for unhappy marriages. Because you have marketed this idea of marriage, wedding attires and wedding songs. You know, from our youth, you have portrayed life to be Kabhi Kushi Kabhi Gham. When, in fact, the reality is K.G.F.’ – Samantha Ruth Prabhu
Bila tengok episod 3 ni boleh faham lah kenapa ramai yang suka Samantha sebab selain dari cantik, dia gelak pun comel dan pandai bergurau.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
Baca pasal Samantha dalam ini buat teringin nak tengok pula episod ini.. First time tau pasal Samantha nie..
ReplyDelete