TV Show Review | Koffee With Karan Season 7 : Episode 6 (2022)
Sunday, 25 September 2022
Director : Karan Johar
Writer : Karan Johar
Cast : Karan Johar, Sonam Kapoor, Arjun Kapoor
Production Company : Dharmatic Entertainment
Distributor : Disney+ Hotstar India
Genre : Talk Show
Running Episodes : 12 episode (60 minutes per episode)
Release Date : 06 August 2022
Teaser :
Happy bila teaser Episod 6 keluar sebab my fav actress, Sonam Kapoor finally made an appearance! Untuk musim ni Sonam Kapoor datang dengan adik sepupu dia, Arjun Kapoor. Dah lama nak tak nampak Sonam sebab dia pindah ke London and expecting a baby. That’s why dia skipped Cannes tahun ni. A bit bummed but that’s okay lah sebab yang pergi sana pun cantik belaka.
‘Let’s face it, Sonam Kapoor’s Koffee episodes are the reason why so many entertainment websites exist.’ – Netizen
Baru duduk tak sampai belas minit KJo dah ajak Sonam bergosip sebab KJo kata dia menyampah dengan trend pelakon dan selebriti Bollywood yang dress up sakan dekat airport tapi tak ada flight pun. Saja datang sana nak dapat perhatian paparazzi. Last time yang orang dok kecoh bila selebriti Bollywood acah nak lari dari paps padahal PR diorang yang panggil paps pergi tempat tu.
Tak habis hadam pasal airport looks lepastu KJo drop bombs pasal karpet merah Cannes. Selama ni ingatkan yang dijemput je pergi sana rupanya ada yang pakai cantik lepastu berjalan dekat Croisette supaya diambil gambar like whatttt? Sonam is me, shocked!
Tu belum sembang pasal Urfi Javed yang bayar paps untuk ambil gambar tak senonoh dia padahal tak ada pergi mana pun. Hari-hari ada muka dia pakai baju pelik. I mean, buat lah Instagram account sendiri lepastu post dekat sana. Banyak mana pun tak kisah sebab tu account kau, lantak kau. I follow account paparazzi sebab nak tengok Btown celebs pergi mana tapi hari-hari kena hadap si Urfi dan baju tak senonoh dia.
Bila sembang pasal Arjun Kapoor, KJo banyak tanya tentang relationship dia dengan Malaika Arora Khan sebab semua orang nak tahu bila diorang nak kahwin. They make a great couple, both are happy together and being a great influence in each other’s life so one thing remain unanswered is when is the date lah kan? I suka cara Arjun berfikir tentang relationship diorang, nampak matang dari jawapan dia.
‘We are 15 days apart. We are literally, I have pictures of us always together. We are in the same class, we have literally always been together. So there is a point where, its love which is unconditional, right? You have to accept whatever makes the person that you love so much, happy. And obviously there is this stability and happiness, and a sense of calm which has come into his life, recently, which wasn’t as much there before, he was like meandering quite a bit. So, whatever makes him happy, makes him happy. So obviously I will be supportive of anything that gives him happiness.’ – Sonam Kapoor
Penat tengok Sonam dengan Arjun bercerita pasal relationship masing-masing. Kalau Arjun dah cover line cantik punya, Sonam akan mencelah sampai Arjun nampak macam villain dalam cerita tu. Seriously, Kapoor kena buat reality show macam The Fabulous Live of Bollywood Wives. Maheep dalam show tu pun dah kelakar, Anil Kapoor sejenis kelakar, Sonam is a mess, sama jugak dengan Janhvi. Dharmatic Entertainment need to book them, seriously.
Suka tengok Sonam Kapoor petik nama Priyanka Chopra sebagai top actress dan tak ikut skema jawapan KJo which is Alia Bhatt.
‘Sorry. Honestly I still feel that Ranbir is the best right now. Because I’m seeing him everywhere. He is promoting some film right now. He’s promoting Shamsera. Also, your film. Ayan’s film he is promoting. It’s Shiva No. 1?’ – Sonam Kapoor
Sampai ke sudah ada je yang keluar dari mulut Sonam sampai KJo tak larat nak gelak. Arjun Kapoor dah risau meme dengan headline yang keluar nanti. Musim 8 nanti KJo kena invite Sonam datang dengan Ranveer Kapoor atau Varun Dhawan pulak sebab diorang tak pernah bekerja sekali tapi dua-dua ada personaliti yang sama macam Sonam.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
Aduhai.. terus rasa macam nak tengok episod ini seba nak tengok Sonam..
ReplyDelete