TV Show Review | Koffee With Karan Season 7 : Episode 1 (2022)
Saturday, 24 September 2022
Director : Karan Johar
Writer : Karan Johar
Cast : Karan Johar, Alia Bhatt Kapoor, Ranveer Singh
Production Company : Dharma Productions
Distributor : Disney+ Hotstar India
Genre : Talk Show
Running Episodes : 12 episode (60 minutes per episode)
Release Date : 07 July 2022 - 16 September 2022
Teaser :
Tahun 2021 Karan Johar umumkan untuk cancel talk show yang dah bersiaran selama 18 tahun kerana backlash yang dia terima lepas kematian Sushant Singh Rajput. Ramai juga artis dan selebriti tolak request dia untuk datang ke talk show ni. Tapi entah kenapa tak ada angin, tak ada ribut KJo umumkan musim ke-7 untuk Koffee With Karan bersama line-up penaja.
Episod pertama Karan Johar panggil anak angkat kesayangan dia, Alia Bhatt Kapoor dan gandingkan bersama co-star Ranveer Singh untuk promote movie baru, Rocky Aur Rani Love Story Ki Kahani. Ramai lah yang excited dari teaser yang Disney+ Hotstar India keluarkan sebab tu first appearance Alia lepas kahwin dengan Ranbir Kapoor. Dekat jari pun terletak elok je sebentuk cincin berlian.
Alia bagitahu yang keluarga Kapoor berbeza dengan keluarga Bhatt yang mengamalkan kehidupan atheist. Sejak bercinta dengan Ranbir, banyak benda dia mula adapt macam buat puja setiap pagi dan pergi ke kuil atau join upacara puja for few special occasions. Alia cerita jugak pengalaman dia masa Ranbir melamar dan masa majlis kahwin diorang.
Ranveer pun sama bila keluarga berketurunan Sindhi yang extrovert berkahwin dengan keluarga Padukone yang introvert. Dah 10 tahun in relationship dengan Deepika pun, bapa mentua dia masih lagi tak biasa dengan suasana extrovert. Banyak benda dua belah keluarga boleh belajar dari perbezaan tu.
Selain dari kisah perkahwinan Ranveer dan Alia, berdekah dengan perangai Ranveer dekat set Kofee With Karan 7 tapi kalau ikutkan setiap kali dia datang pun penat nak gelak.
Ranveer : Do you know why I have soft spot for you, Karan? Because you and I have the same problem. Just because we are light-footed in this journey of life, people think of us as frivolous. Which is not the case. They were like “Please dress sober, and you should like allow your serious and intellectual side to be known and seen.” And I’m like “Wow it’s so overrated though”. There should be happiness, cheer and lightness of being, no?
Karan : You up the fashion stakes; you wear what you wear. You walk the talk, you do what you do and you do it well. Why should you bother? Does it make you feel good?
Ranveer: Yeah I mean like what else we’re here for? To have fun, man.
Thanks to KJo sebab tanya bila Alia dengan Ranveer jadi best buddy sebab Alia memang tak ramai kawan dalam industry selain Varun Dhawan yang debut dengan dia dalam Student of The Year 1 (2012). Well, Sid Malhotra ex dia lepastu diorang dah tak bertegur lepas putus tahun 2017 even Aditya Roy Kapoor yang rapat dengan Sid pun kata dia tak suka Alia sebab hipokrit. Yang tak boleh blahnya, Ranveer boleh pulak rapat dengan Alia padahal dia rival kepada Deepika Padukone dalam industry.
So Alia bagitahu start dengan movie Gully Boy (2019) bila dia dengan Ranveer kena pergi promote movie tu ada banyak interview, even travel dalam kereta yang sama so slowly diorang mula rapat. Masa Alia berlakon dalam Gangubhai (2022), Ranveer datang tolong dekat set sebab dia tak mampu nak lakonkan macam Sanjay Leela Bhansali nak. Siapa lagi dia nak reach out kalau bukan pelakon kesayangan SLB kan? Berdekah teruk bila Alia suruh tunjuk mimicry pelakon Bollywood lain. Menjadi gila masa Ranveer mimic Hrithik Roshan tu.
Episod ni banyak gelak sebab Ranveer walaupun tak banyak teh tertumpah tapi I enjoy dengar cerita Alia pasal relationship dia dengan Ranbir Kapoor, pasal friendship dia dengan Ranveer and vice versa. I menyampah bila Ranveer merajuk masa Alia pilih chemistry dia dengan Varun daripada dia dengan Ranveer. I agree 100% on that sebab sebagai fans Varia, chemistry Alia dengan Varun nampak natural sangat. Ranveer baru berlakon 1 movie dengan Alia plus chemistry diorang nampak forced and awkward dalam Gully Boy. Mungkin dalam movie Rocky Aur Rani Love Story Ki Kahani nanti nampak cantik but still I’ll choose Varia.
Ranveer tebus balik rasa menyampah tu dalam Glam Slam game bila dia call Arjun Kapoor. My favorite friendship dekat Btown - #TheBabas.
"You are my darling! I love you. Yes, see how he loves me. In spite of having very poor signal all the way up in Leh and Ladakh, he FaceTimed me back and made me win the final round." - Ranveer to Arjun
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
Musykil juga bila Alia boleh berkawan baik dengan Ranbir walaupun rival dengan deepika.. Tapi okay je.. Mesti syok layan diorang sembang..
ReplyDelete