Bulan lepas Kak Liya bagitahu dia jadi live audience untuk program Terpaling Juara TV3, menjerit lah masa dia bagitau tu sebab ada Kapten Akim. Terus Kak Liya ajak join sekali jadi supporters untuk Aqeesh. I onzzz je sebab Aqeesh anak didik Akim dalam program ni. Sambil jerit Aqeesh, boleh lah jerit nama Akim sekali.
Program Terpaling Juara ni bersiaran setiap hari Ahad jam 9 malam jadi audience kena datang sebelum jam 8.30 malam di Plaza Alam Sentral. Tapi I tersalah baca dan pergi ke Plaza Shah Alam. Happy dinner dekat Starbucks jam 7.30 malam lepastu pergi cari Tingkat 5. Kemain melenggang tapi tak jumpa lepastu pakcik guard tu tegur cari apa. I cakap cari program Terpaling Juara, TV3.
'Dik, plaza ni belum pernah lagi buat program dengan TV3. Tu Plaza Alam Sentral. Takpe, tempatnya dekat je dengan sini'
Mencicit kitorang lari pergi ke parking sebab masa tu dah pukul 8 lebih. Dah lah salah plaza lepastu salah masuk simpang lepastu salah jalan sesat entah ke mana. I nak pergi tengok Akim Ahmad je kot, dah kenapa penuh pancaroba perjalanan nak ke sana entah. Dah nak nangis dah masa salah jalan tu sebab takut tak sempat masuk tapi Kak Liya kata takpe, belum start pun lagi. Pintu studio pun baru je bukak.
8.20 malam sampai jugak ke Plaza Alam Sentral, park kereta dekat basement terus naik lif pergi Tingkat 4 then naik eskalator ke Tingkat 5. Lega bila nampak meja pendaftaran. Check nama, tunjuk IC, covid test result dengan MySejahtera kemudian dapat sticker hijau dari staff. Settle terus masuk set.
I dengan adik dapat seat sebelah parents Aqeesh. Belakang seat I ada Team Kerja Gila Akim. Row sebelah fan club Rahmad MEGA, Row sebelahnya fan club Shaz dengan Hazami. Belakang ada fan club Aina Abdul.
Sebelum program start, crew test suara crowd level mana. Crew pesan supaya jangan main phone bila kamera shoot muka audience. Boleh update dekat socmed, boleh record tapi kena jadi audience yang sporting. Onzzzz!
Jauh jugak seat dengan para mentor. Akim nampak seperti bilis.
Best jugak jadi live audience ni sebab boleh tengok depan mata, macam pergi mini konsert. Nak pulak lagu untuk Minggu Ke-3 semuanya lagu best. Start dengan Aqmal perform lagu fav, Rashidah Taman Utama. Nampak api keluar depan mata, dengar fan club Aqmal cheers bagi support. Kalau tengok dekat TV mana nampak semua tu. Feel dia tak sama.
Lepastu sambung performance kedua, Sepi Sekuntum Mawar Merah dari Ifa Raziah. Masa ni suasana agak tegang jugak lah sebab Dato Hattan tegur kenapa tak perform elok-elok then Ifa jawab dia nak terjatuh sebab dress dia. Masa dia perform tu bukan dengar sangat sebab I karok dekat bawah hahahaha. Member kat atas stage dah nak tersembam dah.
Happy tengok Aqeesh perform Tak Tercapai Akalmu sebab sesuai dengan suara dia yang boleh reach high note even energy level Aqeesh pun mantap. Akim puji performance Aqeesh malam tu sebab dia kata masa rehearsal biasa je. Rupanya simpan untuk perform depan juri. Sama juga dengan Shaz yang perform lagu Purnama Merindu. Memang bagus dia keluar dari bayang Tokti tapi yang tak bagusnya banyak salah lirik. Mungkin nervous.
Seat I walaupun tak masuk dalam TV tapi kira cun jugak lah sebab artis lalu sebelah untuk pergi ke backstage. Tak semua tapi dapat jumpa Shaz, Rahmad MEGA, Ifa Raziah dengan dress dia, Aina Abdul siap small pat dekat bahu adik I. Aina Abdul wehhhhh.
Naim Daniel minta tunjuk ajaar dari juri
Masa commercial break boleh nampak juri jemputan dengan kesemua kapten Terpaling Juara buat apa. Susah betul nak nampak Akim masa ni, asal break je dia hilang. Macam ada something come up but don't know what hihu.
Penat sebenarnya jadi live audience ni, mana nak jadi fangirl Akim Ahmad, nak pegang banner Aqeesh, nak rakam momen, nak ambil gambar, nak buat story, nak live tweet, nak menyanyi, nak menari lagi pergghhh peminat terpaling busy nyahhhh.
Haziq, Hael Husaini dan maskot Vivo
Kelakar masa commercial break fans Shiha Zikir jerit nama Shiha sampai dia pun terkejut. Kemain panjang dia menjerit. Tu kalau tak dapat jumpa lepas habis program mesti kecewa. Najwa bagitahu masa performance Rahmad MEGA dengan lagu Ghazal Untuk Rabiah tu ada dancer dan pemain muzik dari ASWARA. No wonder lah menari cantik je.
Tak sangka dekat hujung program ni ada plot twist sebab sepatutnya minggu ketiga ada penyingkiran dan bottom 2 adalah Ifa Raziah (Kapten Naim Daniel) dengan Hazami (Kapten Akim). Dato' Hattan tak setuju buat penyingkiran sebab baru lagi bertanding. Tak patut lah buat penyingkiran sebab masing-masing baru nak warm-up. Terpinga Shiha dengan Haziq contact pihak produksi untuk kelulusan tiada penyingkiran.
Dato' Hattan taknak final nanti ada dua kapten je padahal Hazami dengan Ifa Raziah berbeza kapten. Mungkin high possibility ada kapten yang akan habis kerja awal kot tapi adat pertandingan lah kan? I macam tak setuju lah dekat sini tapi kalau pihak poduksi dah luluskan, kita enjoy the show je lah.
Habis program tu kitorang tunggu dekat luar untuk bergambar dengan artis dan selebriti. Najwa kata ada Amir Masdi sekali malam tu tapi tak nampak lah pulak. Aman Aziz pun sama. Tahu tahu ghaib dah.
Haziq kira mesra peminat lah, dah habis kerja pun sporting je layan semua yang tunggu dekat luar. Memang ramah orangnya selain handsome. Naim Daniel pun comel jumpa fan clubs dia sekejap sementara tunggu turn dia interview dengan media.
Hael Husaini keluar kejap untuk bergambar tapi tak buka mask pun. PA dia bagi masa sekejap je untuk bergambar sebab Hael kena rushing pergi schedule lain pulak. I tak sure schedule lain ataupun kena balik awal.
Shaz was soooo pretty that night
Haruslah bergambar dengan Aqeesh kan? I baru tahu Aqeesh iKONIC tapi tak pasti lah dia ID ataupun fandom lain haha tak sempat sembang banyak pun sebab dah lewat malam dah. Esok nak masuk kerja on time. Lama jugak tunggu Aqeesh sebab dia ada interview dengan media sebelum keluar. Bila tanya mana Akim rupanya dah balik dah. Me sad :(
Anyway, all the best Aqeesh untuk performance minggu ni. Nak karok puas-puas sebab lagu minggu Ke-4 ada Rampas dan Mewangi hiksss!
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
tengok live memang best tapi malas nak follow kat tv, sis baru perasan program ni sebab banyak sgt kontroversi..haha
ReplyDelete