Oreo Dutch Cocoa Wafer Double Choco

Friday, 16 September 2022


Dah lama nampak Oreo keluarkan Oreo Dutch Cocoa Wafer ni tapi baru sekarang nak rasa sebab teringin nak makan. Sebelum ni dah pernah beli tapi adik makan cepat sangat, know know finish. Oreo Dutch Cocoa Wafer ni ada dua perisa, satu Double Choco dan satu lagi Choco Vanilla. Oreo Dutch Cocoa Wafer ni seberat 140g dengan harga RM4.50, berbeza ikut kedai tau. Kalau beli dekat Shopee mungkin lagi murah lah kot sebab I beli ni dekat Family Mart. 

Bahan-bahan: 

Tepung Terigu, Minyak Nabati (mengandung Antioksidan TBHQ), Gula, Whey, Cokelat Bubuk (5%), Maltodekstrin, Pati Jagung, Pengemulsi (Lestin Kedelai), Garam, Perisa Sintetik (Cokelat), Pengembang (Natrium Bikarbonat)

Memandangkan I beli double choco rasa dia lebih terarah pada coklat lah, hilang terus rasa Oreo tu sebab biskut oreo kan ada rasa masin bila makan krim dia. Yang ni rasa coklat biasa dengan kepingan rangup wafer. Kalau makan wafer ni confirm bersepah sebab rapuh betul wafer tu. Tak ada apa yang menarik pun dengan wafer dari Oreo ni sebab sedap lagi Muzic cube wafer. Saiz dia sesuai untuk masuk mulut dan tak bersepah dengan crumbs sana sini. 

2 comments

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.