Movie Review | Garis Waktu (2022)

Thursday, 22 September 2022


Pengarah : Jeihan Angga
Penulis Skrip : Benni Setiawan
Pelakon : Reza Rahadian, Michelle Ziudith, Anya Geraldine, Giras Basuwondo, Izabel Jahja, Rulyani Isfihana, Bambang Paningron, Rakhmadian Siraj
Syarikat Produksi : MD Pictures, Dapur Film 
Pengedar : MD Pictures, Disney+ Hotstar Indonesia
Genre : Romantik / Drama
Durasi Tayangan : 100 minit
Tarikh Tayangan : 24 Februari 2022
Trailer :


Garis Waktu mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Senandika (Reza Rahardian) yang bekerja di Kafe Senjakala bersama rakan baiknya, Giras (Giras Basuwondo) dan hidup sebatang kara. Dika juga habiskan masa bersama Bu Asih (Rulyani Isfihana) di rumah kebajikan dengan membantu kanak-kanak lain mendapat pendidikan asas. 

Dika bertemu dan jatuh cinta dengan April (Michelle Ziudith), seorang anak keturunan bangsawan yang kaya raya. Cinta mereka terhalang kerana orang tua April mementingkan status dan darjat. April minta bantuan kawan baiknya, Sanya (Anya Geraldine) yang pernah bekerja sebagai produser TV tapi berhenti kerana ingin luangkan masa untuk Youtube channel dia sendiri. 


Menyedari bakat hebat Dika, Sanya setuju untuk cipta langkah baru bersama dalam dunia musik. April pula pergi ke London untuk sambung pelajaran sebagaimana yang orang tua dia telah aturkan dan pegang dengan janji Dika untuk setia bersama. Tapi takdir ada rencana lain untuk mereka bertiga. 

“Kebetulan adalah takdir yang menyamar.” - Senandika

Naskhah Garis Waktu adalah adaptasi dari novel karya nukilan Fiersa Besari yang diterbitkan pada tahun 2016. Selain dari penceritaan romantik drama yang dipaparkan, naskhah Garis Waktu juga mengangkat lagu yang digubah sendiri oleh penulis novel tersebut - "Garis Waktu", "Melawan Hati", dan "Diam dan Terdiam". Semuanya dinyanyikan semula oleh Reza Rahadian sendiri dengan karakter dan tona suara dia yang dalam dan serak. 



Masa tengok filem ni macam pernah nampak pula pelakon watak Sanya lepastu baru teringat dia yang berlakon sebagai Lydia dalam drama Layangan Putus. No wonder lah chemistry Anya dengan Reza lebih kuat dari Michelle. Tapi kalau ikutkan timeline, filem Garis Waktu dibikin sebelum drama Layangan Putus. Walaupun tak banyak screentime Anya dan Reza bersama tapi momen diorang berdua lebih menyerlah dari lead pairing. 


Personally kisah Dika dan April adalah kisah biasa tapi jadi istimewa sebab bait puitis tentang takdir dan semesta dalam hubungan mereka berdua yang buatkan cerita jadi menarik. Mungkin sebab selera I macam tu la kot, suka dengan bahasa puitis, lelaki yang berbakat dalam bidang seni. Jangankan kata-kata, props dalam bilik Dika pun tepat menggambarkan karakter dan personaliti Dika. 

Rumah keluarga April pun menawan dengan tema yang bersifat alam semulajadi dan nusantara. Boleh nampak lah rumah tu guesthouse untuk pelancong tapi ada beberapa babak yang melahirkan screenplay yang kuat untuk meyakinkan itu rumah keluarga April. 


Suka dengan cara pengarah Jeihan Angga bermain dengan props untuk jelaskan penceritaan dan kuatkan emosi dalam filem ni. Macam April tak suka kopi tapi mula kerap minum sebab jatuh cinta dengan Dika tapi bila percintaan mereka berantakan, Sali (Izabel Jahja) bawa secawan teh untuk anak dia. Masa Sali pujuk April untuk bagi peluang kedua dan fikir masak-masak dengan keputusan tu dia hidangkan kopi. Cara dia halus je tapi tinggalkan kesan. 

Filem Garis Waktu ada sinematografi yang menarik, music album yang menghangatkan jiwa ditambah dengan kisah cinta romantis namun kisah mereka berdua tak cukup kuat untuk diangkat dalam seni layar. Perlu banyak lagi babak antara Dika dan April atau kuatkan lagi drama antara ketiga watak. Mudah sangat cinta Dika dan April goyah dan mudah sangat April buang Sanya dari hidup dia. 


Sama juga dengan Dika yang lupakan terus jasa Sanya untuk naikkan dia sebagai artis terkenal. Sepanjang setahun April di London, Sanya yang bekerja keras untuk Dika. Habiskan masa, wang dan tenaga dia. Memang lah dia buat silap tapi boleh dimaafkan, dia pun tak dapat enough credit untuk sumbangan dia. Belum lagi nak kena hadap beberapa pihak yang terjejas akibat keputusan mengikut emosi Dika. 

Kalau ikutkan banyak lagi ayat puitis dari novel Garis Waktu tapi penulis cuma masukkan sikit dan ayat yang berulang. Flashback pun ulang balik scene dekat awal padahal lebih menarik kalau masukkan momen yang kita tak pernah tengok antara Bu Asih dan Dika sebab Dika kata ada banyak kenangan antara mereka berdua. Sayanglah penulis dan pengarah tak guna bahan yang banyak untuk kuatkan genre drama. Tersia. 

1. Team Production +0.4, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.7, 6. Genre + 0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.4 =  6.2/10

1 comment

  1. Baca review ini terus rasa macam nak cari novel garis waktu tu.. Rasa macam pernah nampak..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.