Director : Mohit Suri
Writer : Mohit Suri, Aseem Arora
Cast : John Abraham, Arjun Kapoor, Disha Patani, Tara Sutaria
Production Companies: T-Series, Balaji Motion Pictures
Distributor : AA Films, Netflix
Genre : Action / Thriller
Running Time : 129 minutes
Release Date : 29 July 2022
Trailer :
Bermula dengan tragedi pembunuhan penyanyi terkenal, Aarvi (Tara Sutaria), pihak polis dapat bukti Gautam Mehra (Arjun Kapoor) adalah pembunuhnya. Nama Gautam tak asing di Mumbai kerana dia anak taikun besar dan sering mencetuskan kekecohan dengan perangainya. Gautam bercinta dengan Aarvi tapi berakhir dengan ego masing-masing.
Sementara pegawai polis memburu Gautam, ACP V. K. Ganesan (J. D. Chakravarthy) tetap dengan teori dia yang pembunuh tersebut adalah Smiley Killer yang sudah membunuh 18 orang wanita. ACP V. K. Ganeshan terangkan tentang Rakesh yang menjadi pembunuh bersiri kerana sakit mental. Pattern mereka sama dan orang seperti ini hidup dalam personality orang kebanyakan.
Bhairav Purohit (John Abraham) pula dipanggil pihak polis kerana dia merupakan pemandu e-hailing yang menghantar Aarvi pulang ke rumah selepas berjumpa dengan Gautam. Bhairav tak ada kaitan langsung dengan Aarvi tapi mempunyai luka yang tersendiri. Dia patah hati dengan Rasika (Disha Patani) yang menggunakan kecantikan untuk memperalat Bhairav.
Filem Ek Villain (2015) merupakan kejayaan besar buat Mohit Suri tapi mempunyai kisah dan pembunuh yang berbeza dari sebelumnya dalam sekuel ni. Ada beberapa reference yang dipaparkan dan masih lagi menggunakan tema serial killer dan mental health. Idea menarik tapi olahan mengecewakan.
Ramai yang skeptikal bila Balaji Motion Pictures dan T-Series umumkan barisan pelakon untuk Ek Villain Returns sebab ramai sangat pelakon utama yang tak pandai berlakon. Tapi bila tengok trailer macam menarik sebab nak tahu siapa villain dalam movie ni. Tambah pula Mohit Suri boleh ajar pelakon supaya deliver watak ikut acuan pengarah dan penulis.
Lakonan Tara Sutaria improved dalam movie ni especially emotional scene. Pairing dia dengan Arjun Kapoor pun nampak sesuai walaupun tak banyak screentime bersama. Pairing John dan Disha pula nampak cantik secara visual lah tapi bila Disha mula buka mulut terus turn off. Makin lama makin teruk lakonan Disha. Sama lah dengan Qiran with Q tu. Pelakon sampingan dalam movie ni semuanya teruk berlakon, asal boleh je. Kecuali pelakon yang berlakon sebagai Ashu.
Banyak babak dalam Ek Villain Returns menggunakan VFX terutamanya fighting scene antara Gautam dengan Bhairav. Masa Bhairav tergantung dekat tren tu dah menarik tapi disebabkan shot tak cantik dan vfx tak kemas nampak kartun sangat. Benda tak logik kalau execute cantik, nampak meyakinkan je tapi kalau tak logik lepastu buat ala kadar je memang susah otak nak hadam.
Music score Ek Villain Returns pun lemah bila keluar lagu metal setiap kali Gauram buat perangai. Patutnya letak je lah lagu Galliyan Returns tapi versi rock sebab kekuatan Ek Villain ni pada lagu Galliyan. Boleh nampak Mohit Suri bagi fokus pada music album sebab semua lagu best dan lirik sesuai dengan emosi yang diketengahkan dalam babak tersebut.
Lagu Shaamat yang digubah oleh Ankit Tiwari dinyanyikan oleh Tara Sutaria sendiri tapi macam lagi best kalau Ankit Tiwari yang nyanyi. T-Series patut keluarkan Ankit Tiwari version sebab suara dalam dia sesuai dengan emosi pada lagu Shaamat. Suara Tara macam terkepit tak lepas habis. Lagu Dil pula lagi menusuk bila Shreya Ghoshal yang nyanyi and I have no complaints at all sebab T-Series keluarkan female version.
Masa dekat hujung pula pihak polis jumpa tengkorak dan tulang bahagian badan yang lain mangsa Smiley Killer tapi tak logik langsung lah kalau dia dah bagi makan harimau. Pengarah tunjuk dalam bucket tu ada tulang rusuk dipotong guna mesin. Sama juga bila polis kata Smiley Killer adalah si polan sebab cap jari dia penuh di mesin. Jelas bodohnya dekat situ sebab si polan bekerja sebagai pemotong daging jadi memang patutlah cap jari dia dekat mesin tu. Kalau ada DNA mangsa dekat mesin tu lain cerita lah.
Dalam filem ni semua watak nak berfalsafah pasal hidup dan cinta sampai adik Bhairav yang sekolah rendah tu pun berfalsafah dengan muka serius. Dalam Ek Villain memang banyak deep quotes tapi kena dengan cerita. Kali ni macam semua orang nak campak falsafah hidup, nasib baik lah Qiran with Q tak berfalsafah jugak. Lagi satu hal kenapa banyak sangat angin dan hujan dalam filem ni? Dalam mall pun kemain angin tiup rambut Rasika.
Sayang lah franchise Ek Villain rosak sebab sekuel tak sebagus filem pertama. Biar jadi pengajaran juga pada Mohit Suri supaya cari penulis yang bagus. Harap installment ketiga nanti ada skrip padu, pelakon bagus dan music album yang kuat untuk naikkan balik franchise action thriller ni.
1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.4, 3. Audio +0.8, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.7, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.3, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0.2 = 4.6/10
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.