'Kak Ana, jom lah lunch dekat kedai tomyam depan Pheonix tu, ajak Mia dengan Wani sekali!'
Jarang tau kitorang nak lunch dekat luar selain hari Jumaat tapi memandangkan Lin beria ajak makan tengahari dekat restoran Thai Nyonya BBQ ni, kitorang pun onz je lah sebab Mia kata restoran ni masak sedap. Waktu makan tengahari ada lunch set yang murah.
Sepatutnya pergi hari Isnin tapi Mia ada legal aid pulak so anjak pergi hari Selasa tapi Wani tak ada sebab dia MC gara-gara gastrik. Nak pergi hari lain, Lin si driver grab pulak busy jadi pergi je lah hari Selasa tu. Nanti ada rezeki lain, pergi lagi ramai-ramai buat rombongan cik lin.
Dekat Restoran Thai Nyonya ni mainly serve seafood lah sebab logo restoran dia pun ketam merah. Restoran ni pork free tapi tak ramai sangat orang melayu yang makan sini. Tempat dia walaupun menyerlah dari jalan utama tapi susah juga nak parking dan nak menghala masuk ke kawasan restoran. Mungkin sebab tu dia boleh jual murah sebab kawasan dia tak berapa nak cun sangat. Cun tak cun pun semedang ramai orang especially masa lunch hour.
Mia kata menu fav dia, tomyam glass noodle sebab sedap. Portion pun banyak so Mia dengan Lin order menu tu. I order kueytiaw goreng thai.
Tak lama pun nak tunggu dia masak tomyam glass noodle ni sebab kuah tomyam memang diorang masak banyak gamaknya. Tinggal nak masukkan bahan dengan mi je. Glass noodle pun celur satu minit dah siap masak. Tengok warna kuah pun dah boleh agak level pekat dia kan? I suka tomyam dia sebab tak ada santan. Masa kitorang pergi ni kuah dia a bit masin tapi bila makan dengan kueytiaw goreng tu tak lah terasa sangat pun.
Mungkin sebab glass noodle tak menyerap banyak bahan perasa kot macam mi atau kueytiaw. Puas hati lah makan seafood dia sebab fresh dan besar saiznya. Walaupun kueytiaw dia tak banyak tapi bahan dia letak tu banyak. Berbaloi dengan harga RM9.90 sepinggan. Ada banyak lagi menu lain macam menarik untuk dicuba - Wet Butter Chicken, Green Curry Chicken, Fried Basil Leaf Seafood dengan set bakar dia. Terliur jugak tengok ketam merah sebab 3pcs RM50 je. Nanti nak datang lagi lah!
Sebelum ni Mia ada ajak tapi tak sempat nak pergi, ni dah pergi dan ada menu yang jadi target lepas ni boleh pergi lagi. Selera Mia boleh dipercayai lah sebab dia orang utagha so selera kitorang tak lari jauh haha
For drinks kitorang order iced milk tea dengan iced green tea. Kesian Lin tak dapat order iced green tea sebab tinggal satu je. Next time eh Lin hahaha berapa kali next time dah menyebut ni. Restoran Thai Nyonya BBQ ni a bit crowded lah kalau waktu tengahari sebab restoran dia kecil je tapi service dia laju so no worries lah even keluar lunch lambat pun. Boleh je halo halo kalau nak reserve meja dekat talian ni 012-227 6183 tapi kena sembang omputeh je lah sebab diorang tak faham bahasa melayu sangat.
Mia : Ms can I get fork? Fork, fork fork...
Me : Weh nasib baik kedai ni prok-free kalau tak ada yang bawak pork instead of fork
Lawak hambar kan tapi kedai tak hambar hihu. Boleh waze ni haaa.... Restoran Thai Nyonya, Ara Damansara, 2, Jalan PJU 1a/1, Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor
*updated
Try lunch set squid salted egg dengan sup tomyam. Nyummmm!
Melalui gambar tu, nampak besar juga eh mangkuk tu. Rasa nak try lahh nampak sedap!
ReplyDeleteNampak sedap semua makanan..sama gak ngan Din Tai Fung kt NuSentral, pork free dan xde org melayu yg makan situ...was was agaknya..tapi speechless ramai je order Food Panda kat situ...hehehe...
ReplyDeletePernah cuba nak singgah makan sini tapi masa tu ramai orang. Lepas ni boleh try lah. Geram tengok kuah tomyam pekat tu.
ReplyDeleteko nih..buat akak telan air liyo je... gambor makanan feveret tu..ke teao..tomyam pekat pekat..huishhh
ReplyDeletenampak sedapnyer tomyam siam
ReplyDeleteNampak sedap lah koey teow tuuu, btw VM follow sini yaa :D
ReplyDeletehttps://vanillamaple.blogspot.com/
Confirm halal ke? Or sbb xde pork je terus cakap halal?
ReplyDeleteada I cakap halal ke? kau nak makan, makan lah. taknak makan, sudah. takde orang paksa pun.
Delete