Kunafa Crisp Bukit Bintang | Crisp Cheese Kunafa

Wednesday, 21 September 2022

 

Selalu sangat nampak manisan dari negara Timur Tengah, Kunafa ni berlegar dekat social media. Kadang bila terjumpa tak terasa nak makan. Bila tak jumpa, craving pulak. Entah angin apa bertiup masa tu, tiba-tiba rasa nak menyinggah ke Kunafa Crisp di Bukit Bintang ni. Tak tahu pun restoran ni yang viral dekat TikTok sampai kena beratur sejam lebih untuk makan. 

Masa sampai ni tak ramai orang pun berbanding restoran Damascus dekat sebelah. Tempat makan penuh, dekat luar pun ramai yang menunggu kebab masak. Kalau pergi Bukit Bintang memang selalu lalu depan Damascus tapi tak pernah lagi menyinggah. Mungkin next time kot, bila ada mood nak makan shawarma. 


Dekat Kunafa Crisp ni ada 3 pilihan Kunafa - Crisp Cheese Kunafa, Cheese Kunafa Slice, Creamy Kunafa Slice. Jangan tanya apa beza sebab tak tahu. Ada orang tanya apa beza dekat Instagram diorang pun tak dapat jawapan sampai sudah. 

Kitorang pilih Crisp Cheese Kunafa dengan topping aiskrim vanila ditabur kacang pistachio ditumbuk halus. Ada dua pilihan aiskrim sama ada perisa vanilla ataupun kacang pistachio. Disebabkan takut berlemak sangat rasa kacang tu jadi kita playsafe pilih perisa vanilla. at least dia blend well dengan cheese. Well that's just my crappy theory. 



Tangan tak berseni bila ambil gambar makanan dengan shadow bagai but you guys boleh nampak kan topping dia banyak mana? Tak faham kenapa dia bagi dalam box tapi bagi sudu plastik padahal dine-in. So buat tak nampak je lah shadow tu hshs. Kunafa tu tak lah besar sangat sampai penuh kotak dan suam-suam je bila dia serve. Mungkin sebab tak nak aiskrim tu cair cepat. Kang dia jadi kunafa rendam air vanilla instead of kunafa topping aiskrim. 


Berdebar jugak nak rasa kunafa ni sebab takut manis sangat. Pernah nampak video resipi kunafa, dia punya tabur air gula tu pergghhh macam nak mintak admit dekat ward sebab kencing manis. Masa nak masuk mulut boleh hidu bau wangi cheese. Bila makan pun terasa cheese pejal dengan cheese yang rangup. Lega tak manis sangat. Paling sedap makan dengan aiskrim dan kacang fuhhhhh nikmat!

Dah faham lah kenapa tempat ni boleh viral sebab manis dia tahap sederhana, boleh adapt dengan tekak Melayu. Portion kunafa tu pun tepat sebab cheese bukannya boleh makan banyak sangat, senang betul muak. Ini pun kitorang share makan dah terasa kenyang. Sebab ada aiskrim, kena makan cepat-cepat satu hal. 


Selain Kunafa, ada juga manisan Turki yang lain macam Baklava (Dates and Nuts, Cashew, Cranberry and Pomegranate), Turkish Slice, Milkshake dengan aiskrim pelbagai perisa dan topping. Kopi Turki pun ada yang panaskan guna pasir tu tapi haritu tak sempat pulak nak try sebab dah cecah kuota harian. 




Next time nak menyinggah lagi ke Kunafa Crisp ni sebab nak try menu lain pulak. Macam menarik jugak Kunafa Cheese topping Lotus Biscoff ataupun Nutella. Bukan nak kena tunggu lama pun sebab dia serve laju, payment pun cashless. Mantap!

3 comments

  1. LeYa pun suka Kunafa... Tapi tak pernah try lagi Kunafa Crisp BB ni... Okay...nanti kuota harian berlebihan boleh singgah... Hehe..

    ReplyDelete
  2. Sedapnya kunafa. Tengok gambar pun dah terliur nihh.

    ReplyDelete
  3. Tak pernah try rasanya kunafa ini sebab risau manis gila.. hehehe.. Kalau tak manis, bolehlah nak cuba cumanya nak ke Bukit Bintang tu macam jauh sangat lah pula.. hehehe

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.