Kempen ‘The Golden Ticket’ Kini Kembali di Suria KLCC!

Friday, 2 September 2022

Kempen ‘The Golden Ticket’ kini kembali di Suria KLCC dengan ganjaran sehingga RM500,000 untuk dimenangi! Berbelanja dan anda berpeluang membawa pulang RM5,000! | Bermula dari sekarang sehingga 18 September 2022, dua baucar beli-belah bernilai RM 5,000 akan di berikan setiap hari sepanjang tempoh Kempen ‘The Golden Ticket’ di Suria KLCC.    

Kempen ‘The Golden Ticket’ kembali ke Suria KLCC untuk kali yang ketiga lanjutan dari sambutan hebat pada tahun 2020 dan 2021. Pelanggan yang berbelanja RM500 dan  ke  atas  dalam  dua  resit  dari  mana-mana  kedai  terpilih  berpeluang  untuk membawa  pulang  tiket  emas  bernilai  RM5,000.  

Sebanyak  100  kotak  misteri  akan ‘dihidangkan’ di Centre Court yang mana di dalam salah satu kotak tersebut, terdapat sekeping ‘Golden Ticket’. Yang lebih menarik mengenai kempen cabutan bertuah ini, pelanggan yang tidak bertuah untuk memenangi ‘Golden Ticket’ pasti akan menerima ganjaran ‘Purple Ticket’ yang bernilai RM50 yang akan di jumpai di dalam setiap kotak.   

Para pemenang ‘Golden Ticket’ juga akan diraikan dengan pengalaman mengambil gambar di laman “The Wall of Winners”. Gambar dan video pemenang yang bertuah akan dilayarkan di skrin digital berputar yang berlokasi di Centre Court.  

Dua pemenang bertuah akan dipilih secara rawak melalui dua sesi cabutan yang mana cabutan pertama akan di adakan pada jam 10.00 pagi sehingga 2.00 petang manakala sesi cabutan kedua akan berlangsung pada jam 5.00 petang sehingga 9.00 malam.

100 tiket yang baru akan di tambah pada setiap sesi untuk direbut. Lebihan tiket yang tidak dicabut akan digabungkan bersama tiket yang lain pada keesokannya.  Setiap  pelanggan  dibenarkan  untuk  menyertai  sesi  cabutan  ‘Golden  Ticket’  terhad untuk satu kali setiap hari. Sesi cabutan tersebut hanya sah diadakan pada hari resit pembelian.   

Dalam  usaha  mempromosikan  kempen  ini,  ‘mobile  truck’  Suria  KLCC  yang  dihiasi tema  ‘Golden  Ticket’  telah  berarak  di  sekitar  bandaraya  Kuala  Lumpur  bagi memeriahkan sambutan kempen dan bertujuan sebagai pratonton  terhadap peluang keemasan yang menanti para pelanggan Suria KLCC. Di samping itu, Kotak Misteri juga disediakan semasa Kempen ‘Golden Ticket’ Bergerak Mini ini yang mana setiap kotak mengandungi ‘Purple Ticket’ yang bernilai RM10 dan juga ‘Golden Ticket’ yang bernilai RM50.   

“Kami amat berbesar hati untuk kembali dengan Kempan ‘The Golden Ticket’ pada tahun  ini  melihat  pada  sambutan  yang  sangat  hebat  pada  tahun-tahun  yang  lepas daripada pelanggan setia kami. Kempen ini dilihat menerima penghargaan yang tinggi apabila kami berusaha memastikan hampir kesemua pelanggan yang berbelanja akan membawa peluang sebentuk ganjaran” 

“Dengan kelangsungan pandemik yang semakin dalam kawalan, kami berharap agar inisiatif ini memberi impak yang positif untuk para peruncit di Suria KLCC dan secara tidak langsung membantu peningkatan ekonomi negara menginjak akhir tahun 2022” jelas Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Andrew Brien.

2 comments

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.