Hi-Tea Di Tokyo Secret One Utama

Monday, 26 September 2022


Zehan : Dekat OU ada cafe yang cantik tak? 
Me : Hmmm OU eh? Hmmm...... 

Bila toleh kiri nampak Tokyo's Secret. Tertarik sebab susunan pastries dia cantik lepastu ada sofa warna pink. Interior pun cantik macam cafe dekat Jepun. Sembang macam pernah pergi Jepun T.T

Bila tanya Zehan dia okay tak nak lepak sini, dia kata boleh je maka melangkah lah kaki mencari meja yang cantik untuk bergambar. Tak pasti lah tujuan utama untuk makan atau bergambar. Zehan sebenarnya nak habiskan masa sementara tunggu abang dia. I pula nak makan heavy sikit sebab masa lunch tak puas makan makanan healthy. Actually bukan tak suka makanan healthy tapi chef tu masukkan banyak sangat olive oil sampai potong terus rasa sedap dan tinggalkan rasa minyak. Haa macam tu lah. 


Belek menu dia nampak macam not bad lah pilihan makanan dengan harga standard cafe. Nak selamat sebab ni pertama kali datang maka I pilih makan grilled chicken. For drinks ambil Iced Hazelnut Latte, Strawberry punch for my sister. Zehan pula ambil air durian belanda. Lepas pilih menu, pergi tengok pastries sebab semuanya cantik belaka. Wangi bau pastries pulak tu. 









Zehan kata dia teringin nak makan burnt cheesecake dengan pumpkin bun. Kitorang ambil almond croissant, butter croissant dengan tuna bun. Kalau ikutkan nak ambil garlic bread tapi sebab tak ada cheese terus cancel sebab takut dia letak bawang putih banyak sangat. Nak ambil kek jugak tapi macam tak sedar diri pulak sebab meja kitorang hampir penuh padahal nak hi-tea? 



Masa ambil gambar kemain semua senyum melebar sebab visual cantik tapi bila masuk mulut muka memasing kelat semacam. Roti dia tak fluffy, even worst kuat betul bau yis. Lepastu fillings sikit je tapi yang pumpkin tu sedap lah. Croissant quite mehhhh. Drinks pun so so je. 

I macam dah cuak dengan grilled chicken yang bakal datang tu tapi I cakap 'what would go wrong with grilled chicken?'


Bila sampai I terdiam sebab teringat balik soalan tadi. Hmmmmm kenapa grilled chicken dia macamni? Ayam dia macam kena masak dengan sos lepastu dihidang. Dia tak grill pun. Coleslaw dari rupa pun dah boleh tahu macam mana rasa dia. Memang kecewa teruk lah makan dekat sini. Rasa bersalah pulak dekat Zehan sebab ajak dia makan dekat sini. Dah lah tak sempat nak bergambar pun sebab abang dia dah sampai. 

Next time kalau lepak sama-sama kena cari yang well known or I memang sure makanan dia sedap. Buat malu dekat orang je ajak makan dekat tempat hambar. 

3 comments

  1. Aduhai.. tergamam betul tengok grill chicken dia.. kenapa macam tu.. pelik sangat..

    ReplyDelete
  2. ya ampun menggoda sungguh tengok semua yang ada tu

    ReplyDelete
  3. aduii sayangnya semua tak okay, display nampak sedap betuii

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.