FILEM AKSI HEIST TERBAIK INDONESIA TAHUN 2022, ‘MENCURI RADEN SALEH’ TEMUI PENONTON MALAYSIA DI PAWAGAM BERMULA 22 SEPTEMBER | “6 Anak Muda, 1 Lukisan, 1 Rompakan Terbesar Abad Ini”
Filem aksi heist terbaik Indonesia tahun ini, MENCURI RADEN SALEH kini temui penonton Malaysia di seluruh pawagam tanah air bermula 22 September. Filem terbitan Visinema Pictures, Jagartha, Blibli dengan kerjasama Astro Shaw telah ditayangkan di Indonesia pada 25 Ogos lalu dan berjaya meraih kutipan lebih 1.2 juta penonton dalam tempoh kurang satu minggu tayangan.
Kekuatan filem Mencuri Raden Saleh bukan hanya pada jalan cerita yang segar dan sarat dengan babak aksi mendebarkan, tetapi turut mengetengahkan kisah golongan gen-Z yang dijayakan oleh barisan pelakon muda yang telah mengukir nama menerusi filem-filem box office Indonesia seperti Iqbaal Ramadhan (pelakon filem no 1 genre romantik drama Indonesia, filem Dilan), Angga Yunanda (Habibie & Ainun 3), Aghniny Haque (filem no 1 paling laris Indonesia, KKN di Desa Penari), Rachel Amanda (Dua Garis Biru), Umay Shahab (Danur 3) dan Ari Irham (Generasi 90an : Melankolia).
Setiap watak mempunyai peranan dan tugas berbeza dalam misi pencurian ini serta diberi jolokan masing-masing seperti Piko - "The Forger", Ucup - "The Hacker", Fella - "The Negotiator", Sarah - "The Brute", Gofar - "The Handyman", dan Tuktuk - "The Driver".
Selain itu, turut membintangi filem Dwi Sasono, Atiqah Hasiholan, Ganindra Bimo, Andrea Dian, Muhammad Khan, Reza Hilman, Joshua D Pandelaki, Ratna Karya Riantiarno, Jenny Zhang, Tegar Satrya dan ramai lagi.
Filem ini diarahkan oleh Angga Dwimas Sasongko yang juga merangkap sebagai Penerbit Eksekutif, lakon layar, idea asal Mencuri Raden Saleh. Angga Dwimas Sasongko berkata, “Idea menghasilkan Mencuri Raden Saleh tercetus pada tahun 2018 dan mengambil masa lebih tiga tahun untuk menyempurnakan dari proses penulisan sehingga ke penerbit; dan mengambil masa satu tahun untuk menghimpunkan kesemua enam pelakon anak muda yang menerajui watak utama filem ini. Kami rasa amat gembira filem ini berjaya mendapat sambutan baik daripada penonton Indonesia dan mengharapkan kehadiran filem ini di Malaysia juga mampu menerima reaksi baik daripada penonton.”
Manakala, Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Astro Shaw rasa berbesar hati dapat meneruskan kerjasama dengan Visinema Pictures menerusi filem terbaru Mencuri Raden Saleh. Filem aksi heist ini diarahkan oleh pengarah box office Indonesia, Angga Dwimas Sasongko dan kami rasa amat teruja berpeluang berkolaborasi serta bertukar idea kreatif dengan pengarah dan penerbit hebat ini. Kami percaya bahawa usaha sama sebegini adalah langkah untuk industri terus maju ke hadapan dalam mengangkat filem ke persada dunia yang lebih mampan. Kami bersedia dan teruja untuk mempersembahkan filem ini kepada peminat dan penonton di Malaysia. Tambah lagi jalan cerita yang segar dan genre yang ditampilkan dalam Mencuri Raden Saleh sememangnya menepati cita rasa penggemar filem di Malaysia. Kami harap kerjasama strategik di antara kedua-dua pihak ini mampu memberi manfaat besar buat penonton dan sekali gus memperluaskan landskap perfileman dua negara dalam mempelopori industri perfileman serantau Asia.”
Antara komen-komen daripada penonton di Indonesia tentang filem Mencuri Raden Saleh:
“Saya betul-betul ‘enjoy’ menonton filem ini. Cukup dengan pelbagai elemen seperti komedi, mendebarkan, sedih. Sebuah filem wajib tonton!” @dhaniaputrisyah.
2. “Menonton Mencuri Raden Saleh buat saya menangis! Bukan kerana jalan cerita yang sedih tetapi kerana terlalu bagus! Bangga dengan karya Indonesia yang tampil dengan kelainan iaitu filem bertemakan heist dengan kualiti produksi dan jalan cerita yang baik. 2 jam 30 minit amat berbaloi menonton dan berhibur dengan filem ini. @HabisNontonFilm.
3. “Mencuri Raden Saleh sebuah filem yang di luar kotak. Sangat menghiburkan! Rasa bangga akhirnya Indonesia mampu hasilkan sebuah filem bertemakan heist dengan jalan cerita menarik! @WatchmenID
4. Mencuri Raden Saleh tampil sesuatu yang luar biasa. @dacann
5. Lakonan mantap oleh barisan pelakon. @nurfadilah.dil
Filem Mencuri Raden Saleh mengisahkan tentang enam remaja yang mempunyai kepakaran berbeza (The Painter, The Mastermind, The Brute, The Negotiator, The Handyman, The Driver) bergabung dan merancang untuk merompak sebuah lukisan Raden Saleh atas arahan seorang yang berpengaruh dan berkuasa. Namun, misi mereka dikhianati dan mereka menjadi buruan polis. Justeru, mereka nekad untuk membalas dendam dengan mencuri kembali lukisan Raden Saleh serta membersihkan nama baik mereka.
Saksikan filem aksi heist, Mencuri Raden Saleh di pawagam seluruh Malaysia bermula 22 September ini. Gunakan #MencuriRadenSaleh dan #FilmMencuriRadenSaleh di platform media sosial bagi berkongsi reaksi anda mengenai filem ini. Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik filem ini di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw dan Astro Gempak.
PRODUCTION NOTES
Tajuk : Mencuri Raden Saleh
Genre : Aksi
Pengarah : Angga Dwimas Sasongko
Penerbit : Cristian Imanuell
Terbitan: Visinema Pictures
Syarikat Penerbitan : Visinema Pictures
Bahasa: Bahasa Indonesia
Durasi Filem: 02:32:15
Jumlah Hari Penggambaran: 33 Hari
Lokasi Penggambaran: Jakarta, Surabaya, Pasuruan
Tarikh Tayangan di Pawagam : 25 Ogos 2022 (Indonesia), 22 September 2022 (Malaysia)
BARISAN PELAKON
PIKO - IQBAAL RAMADHAN
UCUP - ANGGA YUNANDA
SARAH - AGHNINY HAQUE
FELLA - RACHEL AMANDA
GOFAR - UMAY SHAHAB
TUKTUK - ARI IRHAM
PERMADI - TYO PAKUSADEWO
BUDIMAN - DWI SASONO
DINI - ATIQAH HASIHOLAN
DETEKTIF ARMAN - GANINDRA BIMO
DETEKTIF SITA - ANDREA DIAN
RAMA - MUHAMMAD KHAN
REZA - REZA HILMAN
MARWAN - JOSHUA D PANDELAKI
NENEK SARAH - RATNA KARYA RIANTIARNO
IBU FELLA - JENNY ZHANG
GITO - TEGAR SATRYA
DONI - FRANGKY LUCAS MANUHUTU
TUNGGAK UTAMA
Dipersembahkan oleh: Visinema Pictures
Syarikat Penerbitan: Visinema Pictures
Penerbit Eksekutif: Angga Dwimas Sasongko, Raja Jastina Raja Arshad, Fx Iwan, Kenneth Destian Tali, Kusumo Martanto, Ricky Wijaya, Yonathan Nugroho
Penerbit: Cristian Imanuell
Penerbit Penyelaras: Syaiful Wathan
Pengarah: Angga Dwimas Sasongko
Skrip: Muhammad Husain Atmodjo, Angga Dwimas Sasongko
Cerita Asal: Angga Dwimas Sasongko
Lakon Layar: Angga Dwimas Sasongko
Pengurus Produksi: Awaludin Saffad, Robbie Purnama
Pengarah Fotografi: Bagoes Tresna Adji
Penyunting: Hendra Adhi
Pengarah Lagak Ngeri:Dinar Safari (Abah)
Kesan Visual: Afterlab
Muzik Skor & Komposer: Abel Hurray
Penata Bunyi: Aufa R. Triangga
Pereka Busana : Marcello Hizky
Penata Tatarias: Chassey Julian
Jurugambar Di Sebalik Tabir: Jozz Felix
OFFICIAL SOUNDTRACK
1. Juragan & Tuan
Artis: Tuan TigaBelas
Durasi: 4:33
Komposer: M. Syaifullaj
Lagu: Misty
Durasi: 3:38
Komposer: Errol Garner, Johnny Burke
2. Sebuah Kisah Klasik
Artis: Rendy Pandugo
Durasi: 3:31
Komposer: Eros Chandra
SINOPSIS
Enam mahasiswa biasa yang mempunyai keahlian special masing-masing (The Painter, The Mastermind, The Brute, The Negotiator, The Handyman, The Driver) dipaksa untuk menjalankan rencana pencurian lukisan asli Raden Saleh atas permintaan seorang jahat yang berkuasa, demi imbalan yang menggiurkan. Ternyata, beliau justru mengkhianati mereka dengan menjadikanya buronan. Keenam pemuda ini pun bertekad untuk membalas dendam dengan cara mencuri kembali lukisan Raden Saleh dari rumah markas penjahat untuk membersihkan nama baik mereka.
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.