BTS X Snickers | Life Goes On

Friday, 2 September 2022


Sebelum ni dah ternampak iklan dekat IGstory pasal kolaborasi BTS dengan Snickers ni, tak lama lepas tu nampak mini section khas untuk projek kolaborasi ni dekat pasaraya NSK. Dari jauh menyerlah betul dengan warna ungu terang. Yeoppuda~!!

Memang nak sambar dah Snickers edition BTS tapi bila cari label Life Goes On tak ada pulak. I tak nak label lain sebab lagu Life Goes On tu bawa meaning besar kot. Even title dia pun dah cukup deep dah. Belek punya belek memang tak ada. Label Good Day, Spring Day dengan Never Mind je banyak. Kalau ada Just One Day, I dah ambil dah. 

Snickers bar yang besar tak sama dengan Fun Size sebab stok Fun Size di bahagian luar je ada tajuk lagu BTS tapi packaging kat dalam maintain sama. Berbeza dengan snickers bar saiz besar tu. Kecewa la jugak sebab dah habis. Tak pasti lah dah habis ataupun tak banyak label Life Goes On dekat display. 


Sudahnya balik je lah sebab dah tak ada, nak paksa apa lagi dah kan. Benda dah tak ada tu tak ada lah. Minggu depannya sebelum masuk anniversary event rasa nak cari roti dekat MyNews sebab tak sempat breakfast lagi. Masa nak bayar dekat cashier counter tu ternampak bowl besar penuh Snickers edisi BTS. Excited bila nampak Life Goes On banyak kat dalam tu terus grab 2!

Belanja Kak Nora satu Snickers pastu I cakap dengan dia jangan kotorkan wrap tu sebab nak simpan tapi hmmm dia koyak pun dah rosak logo BTS. Kak Nora ni mesti bukan sejenis yang simpan chocolate wrapper dari crush kat bawah plastik alas meja yang transparent tu. Tengok dia makan pun I dah tahu tak ada harapan sebab coklat dah melekat dekat plastik. Nasib baik beli dua, dapat lah simpan lagi satu dekat PC hshshs. 


Tadaaaaa!!!!

Just to clarify I bukan ARMY tapi disebabkan warna tema BTS guna warna ungu, warna fav I dan represent something yang I suka so macam ni lah jadinya. Wrapper tu dah dibasuh ye so tak ada isu semut datang bertandang ;)

1 comment

  1. Cantik gila warna ungu dia.. nak kena cari juga nie.. Kak Sha pun pernah simpan wrapping coklat/gula-gula.. jadi faham sangat perasaan Farhana tu.. Lama tak buat kerja simpan wrapping coklat ini.. hehehe..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.