ABANG LONG FADIL 3 RAIH KUTIPAN RM18 JUTA DALAM TEMPOH 11 HARI

Monday, 19 September 2022

Filem komedi aksi Abang Long Fadil 3 terbitan Skop Productions dan Astro Shaw berjaya meraih kutipan RM18 juta dalam tempoh 11 hari. 

Wakil Penerbit Abang Long Fadil 3 dan merangkap Pengerusi Skop Productions, Datuk Yusof Haslam berkata, “Alhamdulillah atas sambutan yang memberangsangkan ini. Menerusi platform sosial media serta tinjauan pihak kami menerusi siri jelajah Abang Long Fadil 3 (road tour) baru-baru ini, kami mendapati rata-rata penonton filem ini yang hadir ke pawagam adalah dari golongan keluarga. Saya dan rakan penerbit Astro Shaw ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang telah menonton filem arahan Syafiq Yusof dan kami harap bagi yang belum menonton filem ini agar tidak lepaskan peluang untuk menyaksikan serta berhibur dengan Abang Long Fadil 3.”

Filem Abang Long Fadil 3 menyaksikan Fadil kembali dengan misi terbaru yang lebih berprofil tinggi. Fadil perlu menjatuhkan konspirasi jahat Chow Han, namun dalam pada yang sama Fadil diburu oleh King Cobra atas dendam dahulu. 

Saksikan filem daripada francais komedi aksi no 1 Malaysia, Abang Long Fadil 3, kini di pawagam seluruh Malaysia, Brunei, Singapura. Gunakan #AbangLongFadil3 dan #ALF3 di platform media sosial bagi berkongsi reaksi anda mengenai filem ini. Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik filem ini di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw dan Astro Gempak. 

3 comments

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.