SYAFIQ YUSOF BUKTIKAN ABANG LONG FADIL 3 FILEM KOMEDI AKSI TERBAIK SEPANJANG ZAMAN
Sunday, 28 August 2022
SYAFIQ YUSOF BUKTIKAN ABANG LONG FADIL 3 FILEM KOMEDI AKSI TERBAIK SEPANJANG ZAMAN | “Ketawa Tanpa Henti, Padat Aksi Mendebarkan, Gandingan Pelakon-Pelakon Hebat”
Dua penerbit yang mendominasi filem-filem pecah panggung Malaysia, Skop Productions dan Astro Shaw sekali lagi bekerjasama dan bersedia mempersembahkan filem terbaru daripada francais komedi aksi ‘blockbuster' no 1 Malaysia, Abang Long Fadil 3 bermula 8 September di seluruh pawagam Malaysia, Singapura dan Brunei. Lebih gempak, lebih impak, lebih aksi, lebih komedi; itu yang dirumuskan mengenai Abang Long Fadil 3. Filem sekuel ketiga ini menampilkan kualiti produksi yang lebih mengagumkan dan antara kelainan yang ditampilkan adalah set terbesar pertama dibina di Malaysia untuk pembikinan filem tersebut.
Abang Long Fadil 3 adalah idea asal serta diarahkan oleh pengarah muda berbakat besar, Syafiq Yusof. Terdahulu, beliau telah menghasilkan Abang Long Fadil 1 dan 2 dan mencipta fenomena tersendiri apabila Abang Long Fadil 2 berjaya menjadi filem tempatan pertama yang menembusi kutipan pecah panggung melebihi RM18 juta. Uniknya ketiga-tiga francais Abang Long Fadil, penonton dapat melihat transisi konsep cerita di mana francais pertama menonjolkan tema dunia gengster, manakala francais kedua ketengahkan Fadil dalam dunia mafia, dan naskhah terbaru paparkan Fadil dalam konsep spy.
Rata-rata penonton berkongsi rasa teruja menantikan kehadiran filem ini di pawagam.
Malah, menerusi video reaksi barisan pelakon menyaksikan buat pertama kali trailer rasmi, pelakon Zizan Razak telah mengalirkan air mata kerana rasa sebak hasil usaha kerasnya untuk Abang Long Fadil 3 akhirnya akan menemui penonton. Video tersebut juga telah mendapat respons daripada peminat dan tontonan tinggi di media sosial dengan keseluruhan melebihi 7 juta tontonan.
Abang Long Fadil 3 masih mempertaruhkan Zizan Razak selaku tunggak utama. Manakala barisan pelakon lain yang ditampilkan juga mempunyai kekuatan tersendiri dalam industri seni tanah air seperti, Zizan Razak, Johan, Elizabeth Tan, Maya Karin, Dato AC Mizal, Shuib, Kazar, Ozlyn Wati, Tania Hudson, Joey Daud, Jay Iswazir, Daniella Sha, Khir Rahman, Wak Doyok, Siraj dan penampilan istimewa Hairul Azreen. Setiap bintang turut pertaruhkan adegan aksi yang mendebarkan.
Pengarah Skop Productions, Datuk Yusof Haslam berkongsi rasa teruja filem Abang Long Fadil 3 bakal dipersembahkan kepada penonton. “Pihak penerbit, pengarah, barisan pelakon, kru dan semua yang terlibat dalam menjayakan filem ini telah pun melakukan yang terbaik untuk persembahkan kepada peminat dan penonton. Kami percaya penonton sukakan kejutan atau kelainan dari sudut persembahan dalam setiap filem yang ditonton, jadi kami tampilkan konsep segar melalui sekuel terbaru ini. Kami mengharapkan kehadiran Abang Long Fadil 3 mampu menghiburkan dan menerima reaksi positif daripada penonton.”
Sementara itu, Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad mengulas mengenai keberhasilan filem berkualiti, ia akan merancakkan lagi persaingan yang sihat dikalangan penerbit dan penambahan filem cereka, lantas membuka pasaran yang lebih luas ke negara-negara lain untuk ditayangkan. “Filem Abang Long Fadil 3 menjadi filem komedi aksi tempatan pertama yang menemui penonton di pawagam selepas dua tahun. Kami percaya genre tersebut masih menjadi genre kesukaan penggemar filem di negara ini. Meskipun begitu, filem ini turut dipadatkan dengan naratif, mutu produksi dan elemen ‘fresh’ agar sekuel ketiga tampil lebih baik serta menarik. Sasaran kami bukan sahaja ingin menampilkan francais komedi aksi terbaik sepanjang masa, tetapi filem yang dapat meninggalkan impak yang besar dan mampu mempelopori pasaran luar. Kami harap filem ini mampu memberi nafas yang baik untuk industri perfileman tempatan.”
Filem Abang Long Fadil 3 akan mengadakan sesi jelajah yang turut dimeriahkan dengan barisan pelakon pada 10, 11 September di Johor dan Melaka, 16, 17, 18 September di Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Untuk maklumat selanjutnya mengenai jelajah ini boleh ikuti Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw.
Manakala OST bagi filem Abang Long Fadil 3 adalah ‘Payung’ nyanyian Zizan Razak bersama Elizabeth Tan. Lagu ini turut mengajak orang di luar sana untuk turut serta dalam dance challenge lagu Payung di platform TikTok dan peminat bertuah yang terpilih berpeluang untuk hadir ke majlis Mega Fans Screening Abang Long Fadil 3 pada 7 September nanti.
Filem ini juga telah mendapat tajaan daripada Suria KLCC selaku penaja lokasi bagi Malam Gala Abang Long Fadil 3 di kawasan Esplanade dan di selaras bersama TGV Cinemas. Selain itu, Suria KLCC turut menaja melalui platform promosi LED Skrin di Concourse, digital outdoor screen di Pintu Masuk Ampang, papan tanda digital di sekitar mall Suria KLCC, perkongsian promosi di media sosial dan eDMs (mesej elektronik melalui emel). Selain itu, filem ini menjalin kerjasama erat bersama pemamer dan mendapat sokongan padu daripada station radio Melayu dan Inggeris Astro, serta portal hiburan nombor 1, Astro Gempak. Manakala, Luckin Coffee turut menyumbang pada Majlis Gala Abang Long Fadil 3.
Filem Abang Long Fadil 3 menyaksikan Fadil kembali dengan misi terbaru yang lebih berprofil tinggi. Fadil perlu menjatuhkan konspirasi jahat Chow Han, namun dalam pada yang sama Fadil diburu oleh King Cobra atas dendam dahulu.
Saksikan filem daripada francais komedi aksi no 1 Malaysia, Abang Long Fadil 3, di pawagam seluruh Malaysia, Brunei, Singapura bermula 8 September ini. Gunakan #AbangLongFadil3 dan #ALF3 di platform media sosial bagi berkongsi reaksi anda mengenai filem ini. Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik filem ini di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw dan Astro Gempak.
TRIVIA ABANG LONG FADIL 3
1. Abang Long Fadil 1 – Dunia Gangster, Abang Long Fadil 2 – Dunia Mafia, Abang Long Fadil 3 – Dunia Spy.
2. ‘Comeback’ atau kemunculan semula gandingan popular tanah air, JOZAN (Zizan Razak dan Johan) di layar perak selepas setengah dekad.
3. Set filem terbesar yang pernah dibina untuk filem tempatan. Mengambil masa 3 bulan untuk menyiapkan set tersebut.
4. Filem komedi aksi pertama Elizabeth Tan. Elizabeth Tan telah melakukan aksi ‘stunt’ sendiri tanpa menggunakan pelakon alih lagak aksi. Dia turut menjalani sesi latihan bersama pelakon Maya Karin bagi memantapkan babak aksi yang perlu dipersembahkan.
5. Watak Ocy Lin dihasilkan khas untuk Ozlynn kerana Syafiq Yusof merasakan gandingannya bersama Johan mampu menyaksikan watak antagonis suami isteri yang mampu meninggalkan kesan.
6. Mengambil masa sedikit panjang apabila menjalani penggambaran babak Johan dan Ozlynn kerana rata-rata kru tidak mampu menahan gelak melihat aksi persembahan mereka.
7. Banyak babak letupan di dalam filem. Menariknya, babak letupan tersebut adalah letupan sebenar dan tidak menggunakan teknik CGI atau VFX.
8. Pencarian ‘Sama Tak Serupa’ menerusi radio ERA yang mengajak orang di luar sana berkongsi gambar seakan-akan Zizan Razak di media sosial dengan menggunakan #MencariZizanEra yang dijalankan pada bulan Julai lalu, telah menyaksikan 4 pemenang istimewa terpilih untuk tampil dalam muzik video OST Abang Long Fadil 3.
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
anak anak yang suka cerita abg long fadil ni
ReplyDeleteHarap tak mengecewakan. Minat betul pairing Jozan dulu
ReplyDeleteMesti meletup.. Lama tak tengok zizan dan johan.. OST dia pun okaylah..
ReplyDelete