SINAR tampilkan personaliti baharu di ‘Pagi Di SINAR’, ‘Duo SINAR’ dan ‘R&R SINAR’

Tuesday, 30 August 2022

 Personaliti baharu ‘Pagi Di SINAR’, ‘Duo SINAR’ dan ‘R&R SINAR’


Para peminat radio SINAR kini boleh menikmati gandingan baharu di segmen ‘Pagi Di SINAR’, yang kini menampilkan Siti Elizad, menemani Jep, Angah dan Rahim; gandingan baharu di segmen ‘Duo SINAR’, bersama Hefny dan Falyq; serta berhibur bersama Putra Anuar, personaliti baharu di segmen ‘R&R SINAR’, di udara dan menerusi aplikasi SYOK. 

Segmen Pagi Di SINAR bersama Jep, Angah, Rahim dan Siti Elizad akan terus menghiburkan peminat di setiap pagi Isnin hingga Jumaat, dari 6 hingga 9 pagi, dengan pengisian berikut: 
o Satu Hari Satu Kata, di mana personaliti SINAR akan berkongsi satu perkataan yang jarang digunakan menurut rujukan daripada Kamus Dewan Bahasa.
o Kawan Tanya Ustaz Jawab, di mana peminat boleh bertanyakan soalan tentang ilmu agama di media sosial SINAR dan mendapatkan jawapan daripada Imam Muda Asyraf, selaku tetamu jemputan. 
o Meja Bulat, di mana personaliti ‘Pagi Di SINAR’ berkongsi topik perbincangan harian bersama peminat. 
o Jerat SINAR, peminat berpeluang untuk berinterasi bersama personaliti SINAR dan bermain permainan menarik.


Peminat boleh terus berhibur dengan segmen ‘Duo SINAR’, menampilkan Hefny dan Falyq, gandingan baharu pada setiap Isnin hingga Jumaat, dari 3 petang hingga 7 malam. Pelbagai pengisian menarik yang ditawarkan seperti Kisahnya, perkongsian topik semasa dan tular di media sosial; Kota Duo, permainan menarik bersama peminat; Korus SINAR, peminat boleh bernyanyi rangkap lirik dari lagu pilihan; dan Cer Citer Duo, perkongsian topik menarik bersama peminat dengan membuat panggilan di SINAR. 


Pada waktu malam pula, peminat SINAR ditemani Putra Anuar, personaliti baharu SINAR yang juga gemar mencipta kandungan di aplikasi TikTok. Putra akan bersama pendengar di segmen ‘R&R SINAR’, setiap Isnin hingga Jumaat, dari 8 malam hingga 12 tengah malam dan akan membawakan Berita sukan, perkongsian trivia dan topik menarik, serta pilihan lagu-lagu terbaik. Peminat boleh menantikan pengisian-pengisian terkini, termasuk: 
o Cerita Sukan, di mana Putra berkongsi info ringkas dan terkini tentang berita sukan 
o Nak Tahu?, di mana Putra akan menyampaikan fakta-fakta menarik bersama peminat
o Kata-Kata Tak Terungkap, di mana peminat boleh membuat permintaan lagu 
o Jiwang Jumaat, setiap hari Jumaat, di mana Putra akan memainkan lagu-lagu jiwang dan peminat boleh sampaikan ucapan buat yang tersayang.

Untuk maklumat lanjut tentang personaliti dan pengisian-pengisian baharu di SINAR, layari www.sinar.my atau ikuti platform media sosial. 

Ulasan Erman Zaki, Pengurus Kandungan SINAR

“Kami teruja untuk menampilkan barisan personaliti SINAR terkini yang diperbaharui untuk hiburan para pendengar, dengan kehadiran Siti Elizad di Pagi Di SINAR bersama Jep, Angah dan Rahim, Duo SINAR bersama Hefny dan Falyq, serta R&R SINAR bersama personaliti baharu, Putra Anuar. Kami berterima kasih kepada semua pendengar atas sokongan mereka dan berharap para peminat dapat terus berhibur dengan barisan personaliti dan pengisian menarik di SINAR.”

3 comments

  1. Kalau jalan2 memang selalunya dengar sinar

    ReplyDelete
  2. Lamanya tak dengar Sinar.. boleh dengar balik.. teringin nak dengar celoteh Elizad tu..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.