'PAYUNG' Lagu Tema Abang Long Fadil 3 | Kolaborasi pertama Zizan Razak & Elizabeth Tan
Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd bersama Warner Music Malaysia mempersembahkan kolaborasi terhebat tahun ini, Zizan Razak dan Elizabeth Tan dengan single terbaru mereka berjudul 'PAYUNG' yang menjadi soundtrack kepada filem 'ABANG LONG FADIL 3' yang akan ditayangkan di seluruh pawagam tanah air pada 8 September 2022.
Setelah berkolaborasi bersama Ismail Izzani untuk single terakhir 'BERSERAH', Zizan mendapat idea untuk merakam single 'PAYUNG' dengan memilih untuk berduet bersama Elizabeth Tan memandangkan mereka berdua adalah watak utama di dalam filem ABANG LONG FADIL 3. Keserasian antara mereka membuatkan program rakaman lagu ini telah berjalan dengan lancar.
Mengenai pemilihan judul lagu ini yang diberi nama 'PAYUNG', ia diilhamkan daripada kata bual jalanan yang bermaksud 'TOLONG' ataupun 'BANTU' mengikut seperti jalan cerita yang dipaparkan di dalam filem tersebut.
"Ini adalah projek terbesar kami untuk tahun ini kerana ia melibatkan 3 organisasi besar dalam industri hiburan tanah air iaitu Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd, Warner Music Malaysia dan juga Skop Production Sdn Bhd serta disokong oleh Astro Shaw. Kami percaya lagu ini akan menjadi trending kerana jenama Abang Long Fadil telah menjadi sinonim dalam kalangan rakyat Malaysia di samping ia mempunyai melodi yang kuat." - Encik Feros Sayna, Ketua Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
Di samping itu, pihak Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd dengan kerjasama Astro Shaw dan juga radio nombor satu Malaysia, ERA telah mengadakan air contest bertajuk 'MENCARI ZIZAN ERA' sejak 12 Julai 2022 lalu. Empat pemenang bertuah akan mendapat peluang untuk muncul dalam muzik video 'PAYUNG'. Para pemenang akan diumumkan sendiri oleh Zizan Razak secara live di radio ERA pada 10 Ogos 2022 nanti.
LIRIK LAGU PAYUNG
Komposer : John Jeevasingham (Faithful Music), Firdaus Rahmat (World Peace Entertainment), Omar K (World Peace Entertainment)
Lirik : John Jeevasingham (Faithful Music), Firdaus Rahmat (World Peace Entertainment), Omar K (World Peace Entertainment), Ariz
Terbitan : Omar K & John Jeevasingham
Susunan Muzik : John Jeevasingham
Mixing and Mastering : John Jeevasingham at Soar Studio
Chorus
Satu dua tiga lekuk
Semua aku ketuk
Karang kena letup, kan payah
Satu dua tiga lekuk
Takkan lepas cangkuk
Karang kena cekup, kan susah
Verse 1
Langgar sini langgar sana
Kerja sikit lebih masa, Banyak benda kena payung
Nak dapat sagu, kena pecah ruyung
Benda boleh perang, jangan runding
You got beef? Aku ada serunding
Tembak dulu, soal kemudian
Nak lulus, tapi takut ujian
Verse 2
Abah kau! Suka-suka nak langgar
Kira langkah jangan sampai salah langgar
Sebut namaku bergegar satu bandar
Jangan sampai kau hilang tiada tanda
Banyak mulut busuk sudah aku payung
Tapi kacang memang mudah lupa kulit
Macam tikus dari kolong
Hilang pedoman bila diulit duit
Pre-chorus
Buat baik pada-pada
Buat jahat, tunggulah
Chorus
Satu dua tiga lekuk
Semua aku ketuk
Karang kena letup, kan payah
Satu dua tiga lekuk
Takkan lepas cangkuk
Karang kena cekup, kan susah
Post chorus
Jangan cakap aku tak payung
Jangan cakap aku tak payung
Verse 3
Nakkan bulan dan matahri
Yang hadir hanya si api-api
Siapa sangka sudah begini
Andai tak turutkan rasa hati
Si kaki licik, yang bergeliga
Buaya pun mampu diperdaya
Putih dah bersalin merah roho
Putik dah menjadi bunga loco
Ay ay mana posse?
Mana apit kanan? Mana apit kiri?
Kata kita brother-brother sampai mati
Biar aku sorang-sorang kamikaze
Bridge
Hempas pulas ku melangkah ke kiri
Jadi jangan kau bilang sama mama papa
(Pandai buat pandai cuci)
Jika kau takmahu jatuh, boleh saja kau berteduh denganku
(Jaga-jaga dengan uji, setan dulu pernah suci)
Chorus
Satu dua tiga lekuk
Semua aku ketuk
Karang kena letup, kan payah
Satu dua tiga lekuk
Takkan lepas cangkuk
Karang kena cekup, kan susah
Aduh.. Smart betul liriknya..
ReplyDeleteAdui Klau ingat dua2 org pak lawak ni ada ja yg nak tergelAK🤣
ReplyDelete