Cast : Kim So Jung (Sowon), Jung Chanwoo (iKON), Lee Yoo Jin, Lee Joong Mun, Kim Ye Ji, Song Young Sook, Park Sang Ho, Joo Soo Kyung
Production Company : IOK Entertainment, CGV, Contact Media
Distributor :
Genre : Horror / Romantic / Comedy
Running Time : 112 minutes
Release Date : 13 Jun 2022
Trailer :
Masa dapat tahu Chanwoo nak berlakon balik kemain excited sebab dia masuk dalam dunia hiburan sebagai child actor lepastu join debut dengan idol group iKON di bawah YG Entertainment. Drama yang pernah Chanwoo join adalah The Heirs (2013), No Limit (2009), The Slingshot (2009), Boys Over Flowers (2009), dan Cain and Abel (2009). Dia selalu pergi kelas lakonan dan buat uji bakat. Tup tup keluar gambar pegang skrip cine-rama My chilling Roommate.
Tak banyak yang I dapat cari untuk cine-rama terbitan IOK Entertainment ni malah kenyataan rasmi pun tak bagitahu banyak tentang team production. Tak pasti lah cine-rama ni untuk promote OTT platform baru ataupun IOK saja nak test water.
Bagi yang belum tahu cine-rama tu format apa, cine-rama adalah gabungan filem dan drama. Filem ditayangkan di pawagam manakala sambungan drama akan ditayangkan di OTT platform ataupun Youtube account. Setakat ni IOK bagitahu drama akan ditayangkan di Youtube account tapi tak pasti ada English subtitles ataupun video berbayar. PR masing-masing tak update.
Kisah My Chilling Roommate bermula dengan watak Se Ri (Sowon) yang boleh nampak hantu selepas terkejut dengan mayat ibunya yang dijumpai tergantung kaku di dalam lif bangunan syarikat perusahaan milik ayahnya. Fast forward 20 tahun kemudian agaknya, Se Ri bekerja sebagai barista separuh masa di café milik kawan baik dia.
Tak pasti kenapa separuh masa sebab watak dia tak dikembangkan. Nak kata dia busy jadi dukun untuk kelebihan dia tu pun tak juga, nak kata dia ada banyak duit sampai boleh bersenang-lenang tu pun tak juga sebab ayah dia tak tinggalkan harta pun sebab jatuh bankrap sebelum meninggal dunia. Nak kata dia terkesan sebab nampak hantu sampai badan dia lesu pun tak.
Song Ji Chan (Chanwoo iKON) pula terlibat dalam kemalangan dan tak sedar dia sudah menjadi hantu. Disebabkan café Se Ri paling dekat di kawasan tersebut, dia pergi ke sana dan halang roh jahat mengganggu Se Ri. Dek kerana hanya Se Ri saja boleh nampak dan bercakap dengan dia, Ji Chan ikut gadis tersebut pulang ke rumah supaya dia tak rasa sunyi. Selepas kemalangan tersebut Ji Chan hilang ingatan dan tak tahu identiti sendiri.
Jalan cerita My Chilling Roommate banyak lompongnya sebab tak dikembangkan dengan baik sedangkan banyak yang boleh diceritakan sepanjang durasi 112 minit tersebut. Tiba-tiba masuk babak Ji Chan menangis tepi jalan nak ingat siapa diri dia, tiba-tiba roh jahat perempuan tanpa bola mata datang rasuk kakak Ji Chan.
Sepertimana plot cliché drama seram yang lain, roh jahat ni adalah ibu kepada Se Ri sebab pengarah tak tunjuk pun muka ibu Se Ri. Dia mati dengan penuh dendam jadi dia cuba untuk bunuh Ji Chan dengan kakak Ji Chan. Roh jahat tu cuba untuk masuk ke dalam badan Se Ri sebab nak bagitahu dalang kematian dia. Mana tahu ibu Se Ri sebenarnya tak bunuh diri tapi dibunuh? Sebab jarang roh orang bunuh diri ada peluang untuk tinggal di alam nyata sebab berdosa besar. Roh jahat penuh dendam sahaja yang tak jumpa cahaya, berwajah buruk dan ganggu manusia.
Dalam movie ni ada babak aksi tapi pengarah nak save budget agaknya sebab dia tak hire stunt actor pun. Babak aksi dia pun singkat sangat dengan aksi serupa gimnastik. Patutnya tak payah ada pun tak apa. Background music paling teruk sekali dalam movie ni sebab setiap masa ada music lepastu bunyi lag lagi kuat dari suara pelakon. Ibarat macam tengok IGstory penuh lagu. Semua story dia up, semuanya nak letak lagu. Annoying bukan?
Lakonan Chanwoo bagus, sesuai lah dengan watak Ji Chan, anak chaebol yang kacak tapi lakonan Sowon tak feel langsung. Kebanyakan masa dia nak cover cantik je. Dia memang dah cantik dah pun, apa salahnya buat riak wajah yang penuh perasaan lebih sikit. Lakonan dia mendatar je padahal screentime dia banyak.
Penceritaan My Chilling Roommate ni tak ada elemen misteri ataupun cliffhanger untuk buat penonton rasa tak sabar nak tengok drama pun. Drama lagi panjang dari filem jadi kalau filem tak menarik, untuk apa lah nak tengok drama. Hopefully Chanwoo boleh cari skrip yang lebih sesuai dengan bakat lakonan dia. Cari movie thriller mystery ataupun romantic comedy.
1.Team Production +0.4, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.2, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.3, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.4 = 4/10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
Mungkin dia nak test je kot..
ReplyDeleteOh, bolehlah ni tengok sambil lipat kain petang2, hihi.
ReplyDeletemalas la nak tgk ada hantu hantu ni
ReplyDeleteRasa macam tak pernah tengok lagi lakonan dia ni
ReplyDelete