Movie Review | Good Luck Jerry (2022)

Tuesday, 2 August 2022


Director : Siddharth Sengupta 
Writer : Pankaj Matta
Cast : Janhvi Kapoor, Mita Vashisht, Samta Sudiksha, Deepak Dobriyal, Neeraj Sood
Production Companies : Lyca Productions, Colour Yellow Productions, Mahaveer Jain Films
Distributor : Disney+ Hotstar 
Genre : Black Comedy / Drama
Running Time : 119 minutes
Release Date : 29 July 2022
Trailer :


Jaya "Jerry" Kumari (Janhvi Kapoor) bekerja di pusat urut untuk menampung perbelanjaan keluarga dan yuran sekolah adik dia, Cherry (Samta Sudiksha). Satu hari, ibu dia, Sharbati (Mita Vashist) didiagnos dengan kanser paru-paru dan kos rawatan sebanyak Rs2 juta. Mana dia nak cari duit sebanyak tu untuk sembuhkan ibu dia? 

Masa keluar dari kedai sari, Cherry secara tak sengaja bantu polis tangkap pengedar dadah. Timmy (Jaswant Singh Dalal) ugut Jerry untuk ambil dadah yang disembunyikan dalam tandas lelaki. Kalau Jerry gagal, Cherry akan dibunuh depan mata dia.Dalam keadaan takut, Jerry berjaya dapatkan kembali sepaket dadah tersebut tanpa disyaki apa-apa dari pihak polis. 


Walaupun takut sebab pertama kali buat kesalahan besar tapi Jerry merayu untuk bekerja dengan Timmy supaya dapat wang untuk rawat ibu dia yang sakit. Kalau nak harapkan gaji di pusat urut dan hasil jualan dumpling, entah berapa sangat lah dia dapat kumpul dalam masa terdekat. Timmy yang terpana dengan kecantikan Jerry mudah saja bersetuju. 

Tugas Jerry mudah, hantar bekalan dadah kepada Malik (Saurabh Sachdeva) di kawasan terpencil. Kawasan tersebut perlu lalu beberapa roadblock polis dan kesemua anak buah Timmy tak pernah berjaya tapi Jerry dengan mudah berjaya lolos disebabkan muka naif dan polos dia. 


Inspektor Lal pelik kenapa tak jumpa pengedar dadah tapi bekalan sentiasa ada, mesti ada sesuatu yang tak kena. Bila dapat tips dari panggilan tak dikenali, dia yakin info tu sahih. Berjaya tak Jerry terlepas dari penjara, kena tengok sendiri lah movie ni. 

Pertama kali Janhvi berlakon dalam black comedy genre dan solo lead sejak dia debut. Lepas kegagalan movie Roohi (2021), macam cuak jugak lah nak layan movie Good Luck Jerry arahan Siddharth Sengupta ni sebab belum pernah lagi Janhvi pikul movie tu seorang diri. Dalam movie Gunjan Saxena: The Kargil Girl (2020), ada Pankaj Tripathi dengan watak sampingan yang lain. 


Bila layan rasa kagum lah dengan lakonan Janhvi. Facial expressions dia mainkan peranan besar sebab watak Jerry tak ada banyak dialog tapi lebih kepada bahasa badan. Janhvi gunakan kelebihan mata Disney dia untuk sempurnakan watak Jerry, gadis Bihar yang sentiasa dibelenggu dalam kemiskinan. Masa dia bagitahu Timmy ada anak buah yang jealous dengan dia pun kelakar. Nampak suci tapi licik! 

Dialek Punjab dalam lakonan Janhvi mungkin ada masanya tak menjadi tapi tak lah teruk sangat, mungkin sebab tu juga pengarah tutup kelemahan tu dengan kurangkan dialog watak Jerry. Kekuatan Janhvi pada genre drama sejak movie debut, Dhadak (2018) lagi dah nampak. Menangis tengok Jerry tahan kena pukul dengan Sharbati tapi menangis sebak bila Cherry peluk dia. 


Watak Rinku lakonan Deepak Dobriyal patut dikembangkan lagi terutamanya dekat babak klimaks atau babak lain sebab dia ada potential untuk jadikan movie black comedy ni lebih menarik. Patutnya watak peminat Cherry tub uang je dan bagi screentime lebih dekat Deepak. Ada juga beberapa scene yang draggy dan selekeh macam watak Daler (Sushant Singh) dalam toilet tu. 

Sinematografi Good Luck Jerry memaparkan sosio budaya masyarakat Punjab dengan realistik. Grading tone yang digunakan sesuai dengan beberapa babak tertentu dan meningkat lagi impak pada penceritaan. Walaupun mempunyai ramai pelakon sampingan tapi Janhvi tetap diberikan spotlight dengan perbezaan warna pada baju yang lebih ceria dan cerah berbanding baju warna kusam pada watak lain. 



Music album Good Luck Jerry dari komposer Parag Chhabra dan lirik yang dikarang oleh Raj Shekhar juga bagus danmenguatkan penceritaan terutamanya lagu Paracetamol. Lirik lagu dia kelakar, sesuai lah dengan mood movie ni. 

Good Luck Jerry bukanlah idea original dari Bollywood sebab remake kepada movie Tamil, Kolamaavu Kokila (2018) namun naskhah ni digarap dengan baik dan menghiburkan mengikut acuan masyarakat India Utara. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.8, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7  =  8.8/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.